Sejak kebelakangan ini, nama Kasih Iris Leona menjadi perhatian dan seringkali diperkatakan warga maya. Personaliti media sosial berumur 20 tahun ini yang puteri kedua kepada pelakon era 90 an, Azhar Sulaiman nyata mencuri perhatian ramai pihak memandang dari satu, satu cerita sensasi diperkatakan.
Kami di NONA enggan menyentuh perihal tersebut, namun kami lebih tertarik untuk mengenali lebih rapat gadis muda ini yang ternyata punya semangat yang hebat, ceria dan sentiasa dilihat menjaga penampilan, walau di luar mahupun di alam maya. Oleh itu, jom kenali lebih dekat siapakah Kasih Iris Leona.
- Kasih Iris Loena merupakan puteri kedua kepada pelakon Azhar Sulaiaman dan ibunya, Chempaka Amalin Pahamin. Kasih Iris Leona mula mendapat perhatian ramai apabila dia mula aktif di media sosial menerusi akaun TikTok dan Instagramnya.
- Bijak dan terpelajar. Kasih Iris Leona mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur dan memperolehi 7A 1B dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sekitar Jun 2022 lalu, Kasih Iris Leona terpilih sebagai pelatih industri di syarikat penerbangan popular Air Asia. Umum mengetahui bukan mudah untuk mendapatkan tawaran tersebut. Yang pasti, Kasih Iris Leona sememangnya layak apatah lagi melihat kepada keputusan SPM nya yang cemerlang. Dan khabarnya Kasih sudah pun menamatkan latihan praktikalnya di sana dengan jayanya.
- Seorang yang fun dan bubbly. Ini boleh dilihat dari setiap hantaran videonya. Malah, setiap video yang dikongsikan menyaksikan Kasih Iris Leona seorang yang happy go lucky dan sentiasa ceria. Kasih Iris Leona juga sendiri pernah melakukan video Tik Tok bersama Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes. Fuh bukan calang-calang nak minta Tan Sri Anthony Fernandes untuk menari dan berjoget bersama!
- Mempunyai lebih daripada 50 video Tik Tok dengan hampir lebih dari 700 ribu pengikut. Kasih Iris Leona dilihat banyak menari di dalam hantaran videonya, membuktikan Kasih seorang yang aktif dan ligat.
- Pemakaian dan gaya Kasih Iris Leona juga seringkali jadi dambaan pengikutnya terutama sekali dari golongan Gen Z. Manakan tidak, setiap kali Kasih bergambar, gayanya turut sama mendapat respon positif. Dari hasil carian dan amatan kami, Kasih lebih gemar dengan gaya kasual, sporty dan sedikit suntikan sedikit seksi but classy.
- Sudah berpunya? Walaupun tidak pasti akan kesahihannya, jika melihat satu hantaran di Instagramnya, Kasih Iris Leona ada bergambar dengan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina, dengan kapsyen “One Year Of Us”. Jadi inikah lelaki yang bertakhta di hati Kasih Iris Leona?
Kredit foto: Instagram (@kasihirisleona)