Fungsi SENTAL Kulit Mati Sebagai ASAS KULIT SIHAT. Rahsia Kulit Cantik Yang Ramai Abaikan!

Nak miliki kulit sihat dan cantik? Rahsianya singkirkan dahulu sel kulit mati yang melekat pada kulit tu!  Ini kerana purata dalam setahun, sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul di atas permukaan kulit!

Sel kulit mati juga menjadi punca solekan bercapuk dan kadang-kadang berkuping. Masalah kulit seperti bersisik, kering, mengelupas, bintik hitam dan jerawat berpunca daripada timbunan sel kulit mati di lapisan kulit.

Mencuci wajah atau memakai pelembap sahaja tidak cukup untuk mengeluarkan sel kulit mati di atas kulit. Memakai topeng muka dan lulur sangat penting untuk mengeluarkan sel kulit mati di samping melakukan perawatan wajah.

Sebaiknya segara lakukan perawatan kulit agar tidak terlambat sehingga perlu melakukan rawatan estetik di klinik. Bagi memiliki kulit wajah yang halus dan lembut, ayuh buang sel kulit mati yang terkumpul di atas kulit dengan petua mudah berikut.

1.Cuci Wajah Menggunakan Air Panas

Cara paling efektif untuk menyingkirkan sel kulit mati adalah dengan melakukan proses eksfoliasi. Langkah yang paling mudah untuk melakukan eksfoliasi kulit adalah dengan menekap wajah dengan tuala hangat. Ambil tuala yang bersih, rendam dalam air panas dan perah.

Letak lembut pada wajah dan tepuk perlahan serta biarkan selama dua minit. Tindakan ini dapat membantu membuka pori-pori wajah dan menyediakan kulit untuk proses eksfoliasi. Apabila pori-pori wajah terbuka, sel kulit mati lebih mudah disingkirkan.

2.Guna Pembersih Wajah Lembut

Pori-pori wajah terbuka selepas menggunakan tuala panas, singkirkan sel kulit mati dengan menggunakan cecair pembersih yang lembut. Boleh menggunakan pembersih wajah yang digunakan setiap hari.

Kulit yang telah dipersiapkan untuk eksfoliasi memudahkan langkah untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan efektif. Tekap tuala lembut pada wajah dan jangan menggosok terlalu kasar sehingga kulit boleh menjadi rosak.

3. Keistimewaan Campuran Garam Laut

Garam biasa BUKAN saja digunakan dalam masakan semata, tapi garam juga berkuasa untuk menyingkirkan sel kulit mati. Garam laut kaya dengan mineral dan merupakan pilihan terbaik untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.

Butiran kasar pada garam bagus untuk pengelupasan sel-sel kulit mati pada wajah. Urut lembut dalam pergerakan bulatan pada wajah atau pada kawasan yang memiliki sel kulit mati. Geseran garam pada kulit membuat sel-sel kulit mati tertanggal dengan sendirinya.

Lakukan di waktu malam sebelum tidur adalah langkah yang bijak. Jika mahu kesan yang lebih sempurna campur minyak zaitun pada garam agar kulit menerima lembapan daripada minyak zaitun tersebut.

4. Eksfoliasi Kulit Secara Mekanikal

Jika mahu membuang sel kulit mati dengan lebih efektif, lakukan pengelupasan sel kulit mati secara mekanikal. Eksfoliasi kulit ini berupa lulur, krim pembersih dan partikel kasar.

Eksfoliasi ini lebih mudah didapati kerana terdapat banyak di pasaran. Namun, eksfoliasi secara mekanikal ini tidak boleh dilakukan dengan kerap kerana boleh menyebabkan lapisan kulit luar terhakis. Hanya lakukan gerakan lembut dan berhati-hati ketika mengurut wajah untuk mengelakkan iritasi kulit.

5. Eksfoliasi Kulit Secara Kimia

Kaedah ini adalah yang terbaik untuk kesan jangka panjang kerana boleh membersihkan jauh ke bawah lapisan kulit. Eksfoliasi secara kimia berfungsi dengan menghancurkan ikatan kimia dengan melepaskan sel-sel kulit mati sehingga dapat ditanggalkan dengan lebih mudah.

Baca dengan teliti terlebih dahulu produk ini agar bersesuaian dengan kulit. Setelah selesai proses eksfoliasi, tepuk lembut kulit wajah sehingga kering dan biarkan selama lima minit. Setelah selesai sapu pelembap untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit.

6. Ketahui Jenis Kulit

Sebelum melakukan proses pengelupasan adalah penting untuk mengetahui jenis kulit. Kerana jika menggunakan cara atau produk yang salah akan memberi kesan yang tidak baik kepada kulit. Terdapat lambakan produk untuk menyingkirkan sel kulit mati ini dan pilih yang terbaik agar tidak menimbulkan masalah kulit sehingga anda perlu berjumpa dengan doktor kulit.

Bagi pemilik kulit jenis sensitif, perlu lebih berhati-hati memilih produk atau kaedah yang mahu digunakan. Pemilik kulit jenis ini lebih baik menggunakan masker wajah yang dibuat sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi atau lulur. Bagi pemilik kulit jenis berminyak pula lulur dengan bahan kimia seperti asid hidroksil, asid salisilat merupakan pilihan terbaik.

Namun sebelum melakukan apa juga kaedah anda perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk membuat rundingan. Melalui pemeriksaan rapi mereka boleh menyarankan produk atau kaedah yang terbaik untuk kulit.

Bukan Setiap Hari

Awas! Kulit wajah tidak boleh melakukan proses eksfoliasi setiap hari. Kulit memerlukan waktu untuk tumbuh kembali setelah dilakukan proses pengelupasan. Cukup hanya lakukan proses eksfoliasi sekali seminggu untuk kulit normal. Bagi kulit berminyak pula boleh melakukan pengelupasan dua kali seminggu.

Jika berlaku iritasi kulit sebaik sahaja selepas melakukan eksfoliasi berhenti melakukannya. Eksfoliasi juga boleh membuat kulit menjadi sensitif terhadap sinar matahari. Selepas membuat pengelupasan anda tidak boleh keluar rumah tanpa menyapu krim tabir suria.

Share
Published by
Rosmah Idayu