Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi! Itu perumpamaan tepat bagi menggambarkan minat anak Diva Indonesia, Krisdayanti. Mewarisi bakat nyanyian daripada ibu tersayang, Ariannha Amora Lemos atau mesra dengan panggilan Amora Lemos kini turut mengikut jejak langkah Krisdayanti sebagai penyanyi.
Baru menginjak usia 11 tahun pada September lalu, Amora cukup bertuah kerana minatnya disokong keluarga tersayang. Malah Krisdayanti menerusi media sosial turut berkongsi suasana ketika majlis pelancaran single
anaknya.“Hari ini (12 Disember 2022) mendampingi Amora Lemos menjadi artis penyanyi masa depan, bersama Lulu Lala Indo dan Sony Music Indonesia.
Terima kasih atas hadirnya. Semua teman media. Terima kasih keluarga Sony Music Indonesia atas pelukan hangatnya untuk Amora.”
Difahamkan single Amora tersebut berjudul Buku Mimpiku yang mula disiarkan kepada umum pada 9 Disember lepas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut di samping mengakui bakat gadis ini yang memiliki suara merdu.
Bakat seni Amora turut diasah apabila dia turut menjadi suara latar untuk video cerita, The Lady In The Veil.
Untung Amora diberi peluang mencungkil bakat dalam bidang seni pada usia muda. Semoga Amora dapat menjadi bintang terkenal seperti ibunya pada masa depan.
Krisdayanti mendirikan rumah tangga dengan Raul Lemos pada 20 Mac 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Amora Lemos dan seorang anak lelaki iaitu Kellen Alexander Lemos.
This website uses cookies.