Senyumannya mesra, bahasanya juga tersusun manis. Tetapi di sebalik kecantikan Maya Hejnowska, kepintaran gadis berusia 21 tahun itu yang mengagumkan juri sewaktu berlangsungnya pertandingan Ratu Unduk Ngadau Borderless di Pesta Kaamatan 2021.
Sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan masyarakat Kadazandusun di Sabah, tahun ini berlangsung dalam suasana berbeza berikutan PKP yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, aktiviti Unduk Ngadau tetap dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam norma baharu.
Ads
Hanya pusingan akhir dimana si cantik Maya Hejnowska dimahkotakan sebagai ratu saja dipentaskan di Shangri-La Tanjung Aru Resort dengan pematuhan SOP yang ketat.
She is a beauty with brains. Kemenangan Maya menewaskan tujuh finalis yang berentap dalam acara tahunan ini jelas berasas apabila dia bijak menguruskan masa antara pelajaran di universiti dengan aktiviti Unduk Ngadau 2021.
Merupakan pelajar jurusan Muzik di Universiti Malaysia Sabah (UMS), gadis berketinggian 165cm itu tampil memukau dalam persalinan tradisi kaum Kadazan Penampang.
Kelebihan darah kacukan yang mengalir juga memberi kelebihan kepada anak kedua dari tiga beradik itu. Kulit putih bersih, berhidung mancung dan bertubuh langsing melengkapkan lagi pakej Maya sebagai seorang ratu.
Memang terpesona melihat kecantikan Maya tanpa mekap. Cantik betul wajahnya, baby face! Berkali-kali pandang pun tak jemu, boleh ‘girl crush’ dibuatnya.
PEPERIKSAAN
“Syukur rasanya sebab tersenarai dalam Top 21. Bila sudah tersenarai itu cabarannya bermula apabila saya ada tugasan dan peperiksaan peringkat universiti.
Walaupun saya belajar secara online, tapi para pensyarah banyak memberikan kami tugasan yang mesti disiapkan pada satu-satu masa. Pada waktu yang masa, saya terpaksa juga meluangkan banyak masa untuk persediaan diri untuk pertandingan ini, antaranya mempelajari tentang budaya dan tradisi orang Kadazandusun, mendalami bahasa, belajar cara berjalan, pertuturan, serta banyak lagi.
Ads
Saya bergelut juga menguruskan masa agar emosi tidak terganggu. Mujurlah semua berjalan lancar dan dinobat ratu pula,” katanya kepada Astro AWANI.
Kata Maya, dia berasa sangat yakin apabila mengenangkan ketabahan, sokongan dan restu ibu tersayang.
“Ibu saya seorang yang sangat cekal. Dia wanita hebat, mampu membesarkan saya dan adik-beradik yang lain tanpa pernah mengeluh. Semua dibuatnya dengan baik.
Jadi apabila saya berdiri di atas pentas dan nampak dia, saya rasa mahu menangis.” Maya Hejnowska
Ads
Kecekalan dan semangat itu nampaknya tidak sia-sia apabila peserta Unduk Ngadau mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Maya Hejnowska dimahkota Ratu Unduk Ngadau peringkat negeri 2021.
Maya menewaskan 21 finalis sekaligus membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830.
Manakala, tempat kedua dimenangi oleh peserta mewakili DUN Paginatan, Dianarin Vahidin yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM45,280; sementara tempat ketiga dimenangi oleh Febby Angelica yang mewakili DUN Kundasang yang membawa pulang hadiah keseluruhan RM32,980.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan tertipu dengan wajah seseorang yang cantik di dalam gambar. Ada kemungkinan kecantikannya hanya manis dipandang tapi realiti bila berjumpa, boleh buat kita sesak nafas! Masalah bau mulut atau halitosis, bukanlah benda baru tapi amat jarang disedari oleh penghidapnya.
Tanya diri sendiri, kita ni ada masalah bau mulut tak? Pernah ke bila bercakap dengan orang dalam jarak dekat, orang tu tiba-tiba berpaling atau tertunduk? Awas juga kalau orang sekeliling jarakkan badan bila bercakap dengan kita atau menggosok-gosok hidungnya tanpa sebab. Itu mungkin tanda-tanda bau mulut kita tak terbendung busuknya!
Perkongsian oleh pegawai pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Hidayu Hatta dalam video ini (klik) amat menarik perhatian. Iyalah, sapa penah jumpa seseorang yang sangat menarik di luaran tapi bau nafasnya… nauzubillah, memeningkan!
Kata Dr. Hidayu, macam mana nak tegur ahli keluarga atau kawan yang ada mulut berbau? Sebenarnya ramai yang segan nak cakap atau takut nak bagitau hal macam ni demi menjaga hati orang lain.
Tapi bukan ke kebenaran itu menyakitkan?
Jadi kalau benar kita sayangkan mereka, cuba ikhtiar cara halus… ajaklah mereka buat pemeriksaan gigi. Dari situ doktor gigi boleh beri nasihat tentang masalah bau mulut yang mereka hadapi. Ataupun, beri hadiah ubat kumur macam Listerine waktu hari jadi.
Tambah doktor jelita ni lagi, antara sebab utama bau mulut adalah kewujudan sejenis bakteria iaitu Volatile Sulphur Compound (VSC). Ia akan membebaskan bau kurang menyenangkan, seolah-olah bau telur busuk.
Bakteria ni hidupnya di kawasan yang tiada oksigen, seperti di celah-celah gigi atau poket, gusi dan belakang lidah. Sebab tu kita mesti faham hikmah diciptakan air liur iaitu untuk melawan bakteria sambil menstabilkan tahap pH dalam mulut.
Punca Pembiakan VSC
– Tidak menggosok gigi dengan cara yang betul.
– Makan makanan berbau seperti durian, bawang, petai atau jering.
– Merokok kerana ia menyebabkan mulut jadi kering.
– Pengambilan ubat yang mendorong kekeringan air liur.
– Infeksi gusi atau usus.
– Minuman keras.
Dr. Hidayu sempat menitipkan beberapa nasihat bagi mengatasi masalah bau mulut. Antaranya kita mesti betulkan cara membersihkan mulut. Sentiasa berus lidah, dalam pipi dan lelangit apabila gosok gigi. Akhir sekali, jangan lupa flos dan berkumur dengan ubat kumur tanpa alkohol. Mudahkan?
Selepas dua minggu menyahut cabaran FOREO BEAR, kini saya lebih yakin mengambil foto tanpa calitan concealer dan mampu ucap selamat tinggal pada klinik kecantikan!Norzalina, Majalah Nona
Pada usia 35 tahun, majoriti wanita seusia saya mula tercari-cari produk keramat untuk mengekalkan keanjalan kulit serta bentuk runcing pada dagu dan pipi.
Jadi suatu hari sewaktu di tengah PKP, saya dipelawa oleh wakil FOREO untuk mencuba device inovasi terbaru jenama kecantikan Sweden itu.
Pada awal Mei, saya menerima bingkisan gift FOREO BEAR lengkap bersama produk Serum Serum Serum, set pengecas dan sebuah cermin berlampu.
Rekaannya yang ringan dan kompak sebesar genggaman tangan, membuatkan device berwarna magenta ini cukup ideal dibawa ke mana sahaja.
This is a really good investment for your skin!
Device senaman wajah dengan fungsi Microcurrent dan T-sonic pulsation ini membantu otot-otot wajah bekerja, menjadikannya lebih berseri, anjal dan tirus mengikut keperluan kulit individu.
Ini rumusan peribadi saya selepas dua minggu mencuba sendiri FOREO BEAR secara konsisten mengikut arahan yang diberikan.
COMEL
Perkara pertama yang timbul di ingatan adalah comel. Rekaannya berbentuk bujur dengan 2 bulatan besi di bahagian atas yang berdenyut apabila diaktifkan.
Dari jauh nampak macam beruang!
Seperti rangkaian FOREO yang lain, alat ini boleh diaktifkan melalui aplikasi FOREO yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store.
PENGALAMAN
Sewaktu kali pertama menggunakan device FOREO BEAR, terasa seperti getaran elektrik meresapi kulit. Jangan bimbang, ia tidak berbahaya kerana alat ini mengalirkan denyutan elektrik ke seluruh permukaan wajah pada kadar yang selamat.
Kombinasi antara denyuran dan aliran elektrik inilah yang merangsang kulit agar lebih tegang, berseri dan tirus. Seperti latihan workout!
FOREO BEAR juga berguna untuk memudarkan kedutan halus, menjaga kelembapan wajah serta meminimalkan penampilan pori-pori.
Paling ketara, masalah lingkaran gelap bawah mata pun mula menghilang selepas menggunakan alat ini secara rutin. Bahagian dagu semakin runcing, dengan kulit leher yang tegang dan nampak awet muda.
Bermaksud selepas ini, FOREO BEAR akan menjadi device wajib dalam rutin penjagaan kulit saya bagi mengekalkan kemudaan!
CARA MENGGUNAKAN
Sebelum bermula, FOREO BEAR harus digunakan sewaktu wajah bersih tanpa mekap dan dalam kondisi wajah yang kering. Kemudian muat turun aplikasi FOREO For You (penggunaan pertama) di Playstore atau App Store. Seterusnya:
Aktifkan App FOREO For You di smartphone anda, log in akaun dan kemudian pilih ‘Add Device’ untuk menghubungkan FOREO BEAR dengan software FOREO app.
Tekan butang POWER pada device FOREO BEAR, kemudian klik ‘START TREATMENT’.
Di tahap selanjutnya, anda boleh mengaktifkan atau mengawal tahap denyutan T-sonic, serta memilih level Microcurrent mengikut keselesaan.
Klik Next, kemudian gunakan FOREO BEAR menurut panduan yang ditunjukkan dalam FOREO App, bermula dari langkah sapuan FOREO Serum, Serum, Serum hingga penggunaan FOREO BEAR!
Lakukan senaman muka dengan FOREO BEAR.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim panas sekarang ini bukan saja boleh menyebabkan kesihatan terjejas malah kulit juga menjadi kering dan kasar. Kita disarankan untuk mium air kosong banyak bagi melembapkan kulit.
Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh dilakukan bagi mengembalikan kesihatan kulit. Antaranya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mudah diperolehi seperti yogurt. Ia membantu menjadikan kulit semakin sihat dan segar.
Yogurt bukan hanya sangat bagus untuk perut bahkan turut mengandungi mineral contohnya kalsium dan zink yang baik untuk tulang, gigi dan sistem kekebalan badan. Manfaat lainnya dapat anda rasai apabila dioleskan sebagai masker wajah.
Yogurt menjadi pilihan terbaik sebagai masker wajah kerana ia dapat membantu:
MENCEGAH JERAWAT
Munculnya jerawat selalunya berpunca dariupada minyak berlebihan dan keadaan wajah yang kotor. Masker yogurt boleh menjadi penyelesaian. Kandungan zink membantu mencepatkan penyembuhan kulit berjerawat.
MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Yogurt juga membantu menghaluskan kulit kasar dan kering. Kandungannya juga berpotensi untuk mencegah garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik penuaan sekaligus menjadikan kulit lebih segar dan tidak kusam.
MENGEKALKAN TONA WARNA KULIT
Pancaran matahari boleh mengakibatkan noda di wajah merosakkan penampilan. Salah satu cara mengatasinya menggunakan masker yogurt yang dipercayai memiliki kesan pencerah semula jadi.
PETUA MASKER YOGURT
Memilih yogurt untuk masker wajah tidak boleh sebarangan. Elakkan yogurt yang mengandungi gula dan berbau lazat. Berikut tiga cara untuk menghasilkan sendiri masker yogurt di rumah.
YOGURT & MADU
Membantu melembutkan dan membersihkan kotoran. Caranya ialah sediakan 2 ½ sudu makan madu asli dalam sebuah bekas. Campurkan 1 cawan plain yogurt, gaul rata. Jika kulit anda berminyak tambah 1 sudu teh perahan lemon. Sapu rata ke wajah dan leher. Biarkan selama 5 minit dan bilas bersih. Amalkan dua kali seminggu.
GREEK YOGURT & ESSENTIAL OIL
Yogurt jenis ini memiliki tekstur padat berbanding yang lain. Kombinasinya dengan essential oil membantu melembapkan, mencerahkan dan menyegarkan kulit. Caranya, sediakan greek yogurt dalam bekas. Masukkan sesudu madu asli diikuti 2-3 titis minyak zaitun. Gaul rata dan sapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam dan bilas bersih.
YOGURT & STRAWBERI
Strawberi kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang membantu melawan radikel bebas penyebab penuaan awal. Caranya, masukkan secawan plain yogurt dalam bekas. Masukkan 1 ½ sudu besar madu asli. Campurkan strawberi (dihancurkan halus) dan gaul rata. Sapu rata ke wajah dan biarkan selama 8 minit, bilas bersih.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak mana yang tidak rasa bangga melihat ibu tersayang meraih pengiktirafan besar dalam bidang akademik. Begitulah yang dirasai pengacara dan penyampai radio popular, Haniff Hamzah apabila menjadi saksi kejayaan ratu hati kesayangan, Rosnah Mohd Zain ...