Ini bukan cerita baru. Kalau dihitung kes melibatkan kecederaan kanak-kanak disebabkan kecuaian pemakaian seat belt atau car seat memang tidak terkira jumlahnya. Terbaru, satu lagi kisah mengenainya tular di media sosial dan sekali lagi mendapat perhatian orang ramai. Khabarnya, kanak-kanak yang terlibat dalam insiden berkenaan ialah Aisy Fayyadh berusia empat tahun.
Menurut sumber Nurfarahin Zahri yang juga merupakan ibu saudara kepada Fayyadh, kejadian berlaku ketika bapa kepada kanak-kanak tersebut menekan brek kecemasan lalu menyebabkan anak sulungnya itu terjatuh dan terhantuk di besi tempat duduk hadapan.
“Alhamdulillah, he’s fine now. Tak ada kecederaan serius dan mujur tak kena mata atau mulut. Hanya dahinya saja luka kecil. Dia memang ada car seat cuma dah lama tak pakai sebab fikir dia dah besar dan boleh jaga diri. Apa-apa pun, kami mengaku silap sendiri sebab ambil mudah.
Memang sebelum ini dia biasa duduk seorang dekat tempat duduk belakang tanpa pakai car seat tapi benda hendak jadi. Itulah orang cakap, manusia selalu lalai dan malang tak berbau. Saya harap lepas ni orang ramai akan lebih berjaga-jaga supaya insiden sama tak berulang.”
TIP KESELAMATAN ANAK KETIKA MENAIKI KENDERAAN
Memang susah hendak buat kanak-kanak duduk diam tapi tidak mustahil jika anda menyediakan car seat yang selesa, empuk dan membiasakan mereka dengan ruang tersebut. Tak perlu car seat
yang mahal. Cukup sekadar anak-anak pandai menghargai barang kepunyaan mereka sendiri dan selesa menggunakannya.Untuk membiasakan kanak-kanak duduk diam dalam car seat harus bermula sejak mereka kecil. Bukan hanya sehari dua. Malah, mereka ‘wajib’ duduk di situ setiap kali menaiki kenderaan. Jangan hari ini saja pakai tapi esok atau lusa, car seat hanya terperuk di rumah.
Lekakan anak-anak dengan barang kesukaan mereka seperti alat mainan, makanan atau buku-buku cerita. Secara tidak langsung, mereka mudah menerima apa yang dipraktikkan.
Tidak kira walau di mana terutamanya ketika baru memasuki kenderaan, beritahu kepada mereka tentang bahaya yang boleh menimpa jika tidak memakai car seat mahupun seat belt. Beri peringatan dengan kerap meskipun sampai anak-anak sudah boleh menghafal skrip anda berulang-kali.
Sama ada melalui perbuatan atau percakapan. Percaya atau tidak, ia akan menyenangkan hati kanak-kanak dan suatu masa mereka akan lakukan tanpa anda suruh.
Elakkan pilih kasih dan semua anak-anak harus duduk dalam car seat melainkan jika mereka sudah besar. Walaupun car seat sedia ada tidak mampu menampung berat si anak, latih untuk menggunakan tali pinggang keselamatan pula.
This website uses cookies.