Nama gadis cilik Maleesha Kharwa tiba-tiba tular di Internet kerana kisah hidupnya yang menyedihkan. Gemar menggunakan tanda pagar #theprincessfromtheslum, gadis setinggan dari Mumbai, India itu menjalani kehidupan kanak-kanak dan remajanya di kawasan daif sebelum diangkat sebagai covergirl majalah serta bintang iklan kecantikan.
Takdir Maleesha sekeluarga berubah ketika pandemik COVID-19. Gadis ini ditemukan oleh aktor Hollywood, Robert Hoffman yang ketika itu tersadai di sana gara-gara sekatan perjalanan antarabangsa.
Ketika menjalani penggambaran, beliau terlihat kelibat Maleesha di antara anak-anak setinggan yang lain. Saat itu Robert tertarik pada kecantikannya, sekaligus percaya bakat terpendam yang dimiliki Maleesha mampu diketengahkan.
Meskipun tidak mampu berbahasa Inggeris, namun impian Maleesha untuk menjadi seorang model dan individu kaya demi membantu keluarganya yang susah, mencuit hati Robert.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/wanita-58-tahun-tercantik-di-dunia-elizabeth-hurley-pakai-pelembap-10-kali-sehari/
Hasil kutipan dana untuk membantu Maleesha dan keluarga, namanya yang berusia 14 tahun ketika itu mula dikenali dan meniti dari bibir ke bibir. Kebetulan dia juga aktif di media sosial dengan jumlah pengikut mencecah 200,000.
Tonton kisah Maleesha yang penuh cita-cita dan impian…
Berkat rezeki dan pertolongan Robert Hoffman membantunya dahulu, kini Maleesha meniti kerjaya sebagai model di India. Selain tampil sebagai covergirl majalah, beliau juga dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan semula jadi – Forest Essentials.
“Sebagai duta Forest Essentials, kami membawa wajah Maleesha sebagai idea mimpi. Dari sini masyarakat akan faham bahawa tidak kira dari mana asal seseorang, semua impian adalah penting dan mampu jadi kenyataan.
Kisah Maleesha mengingatkan kita bahawa tiada impian yang mustahil. #BecauseYourDreamsMatter.” Mira Kulkarni, Pengasas Forest Essentials