Namanya pernah popular dengan tagline ‘Hotel? Trivago.’ Hingga mendapat julukan sebagai ‘Gadis Trivago’. Dahlia Shazwan binti Mohd Amin atau lebih mesra dengan panggilan Dahlia Shazwan merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia.
Bagaimanapun, selepas hampir lapan tahun berkhidmat, akhirnya penerbit dan pengacara jelita ini telah pun mengumumkan pengunduran dirinya daripada program televisyen popular, Hlive pada April tahun lalu.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dahlia menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya berhubung keputusan yang diambilnya itu.
Dahlia Syukur, Yakin Dengan Percaturan Allah Dalam Hidup!
Menurut ibu kepada seornag cahaya mata ini, dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan buat dirinya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan saya selama lapan tahun ini sebagai penerbit dan pengacara untuk Thinker Studios dan Hlive.
“Saya sangat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan oleh Allah tidak kira disaat jatuh dan bangun.
“Selamat Tinggal Semua, Saya Undur Diri” – Dahlia Shazwan
“Selamat tinggal semua. Saya mengundurkan diri,” tulisnya.
Pada masa sama, Dahlia turut berkongsi sebuah video yang memapar momen-momennya sepanjang bersama Thinker Studios dan Hlive.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Dahlia.
Ads
“Sangat seronok bekerja bersama. Selamat maju jaya.
“Kami mendoakan yang terbaik buat kamu Dahlia.
“I love your hosting dear.
“Kami akan merindui awak di Hlive.
Ads
“The best co-host at Hlive. Farewell gee,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Dahlia merupakan antara personaliti tv terawal yang mengacarakan program hiburan, Hlive. Dahlia telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati, Shafiq Ismet pada tanggal 23 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Freda pada 22 Februari 2018.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Membesarkan anak-anak, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai bukan suatu tugas mudah lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ini. Menjadi seorang ibu dalam masa yang sama berfungsi sebagai isteri, pekerja mahupun majikan memerlukan pengorbanan yang begitu besar dalam diri wanita.
Membayangkan tubuh yang sempurna pun kadang-kadang ‘gagal’ melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu apatah lagi dilahirkan kekurangan fizikal. Namun, wanita yang layak digelar Superwoman seperti Ramlah Md. Jalee ini tidak pernah menganggap kekurangan dirinya sebagai halangan untuk berjaya.
Bercerita tentang pengalaman ibu kesayangan kepada Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina ini membesarkan anak-anak, “Dengan keadaan saya yang tidak dapat berjalan dan terpaksa berkerusi roda, memanglah satu cabaran besar untuk menguruskan anak-anak semasa kecil.
Cuma cara saya mendukung anak-anak, memasak, memandu, menaiki tangga dan keluar bekerja berbeza berbanding ibu-ibu lain. Saya terpaksa membawa anak-anak ke rumah pengasuh dengan kereta kerana saya bekerja manakala suami pula seorang ahli perniagaan.
Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan saya seperti ini. Saya percaya, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap makhlukNya. Dalam kehidupan ini, saya melihat ada keadaan orang yang lebih teruk daripada saya,” terang ibu kepada tiga orang anak ini.
Semangat dan jati diri yang teguh dalam diri wanita kelahiran Negeri Jelapang Padi yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini melayakkan dirinya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Gemilang 2018.
“Saya membuktikan, walaupun seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), kesedaran untuk menjaga diri sendiri menjadi paksi agar saya terus berusaha untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini. Saya harus berdikari tanpa mengharapkan sesiapa.
Jika saya tidak menolong diri sendiri, siapa yang sanggup membantu saya buat selamanya? Jadi saya harus kuat dan sentiasa positif,” tutur wanita yang pernah menerima Anugerah Seri Nona, Anugerah Tokoh Negeri Selangor dan Tokoh Hari Pekerja OKU ini.
Walau dilahirkan ‘tidak sempurna’ tetapi ibu kepada penyanyi One Nation Emcees ini tidak pernah menyalahkan takdir dan terus bangkit meneruskan kehidupan. “Saya juga merupakan penulis skrip bebas untuk drama tempatan. Saya pernah bekerja sebagai penyunting skrip drama di stesen televisyen RTM. Lebih beratus skrip yang ditulis untuk TV, radio dan ada juga drama saya yang menang anugerah,” ungkap wanita yang mempunyai kelulusan Penulisan Kreatif & Deskriptif dari Universiti Malaya ini.
Ramlah juga sempat menitipkan nasihat yang sangat berguna buat semua wanita, “Dalam hidup ini, kita harus ambil risiko. Begitu juga dengan hubungan suami isteri. Perkahwinan adalah perjudian. Bagi OKU seperti saya, kita tak boleh mengimpikan yang indah-indah saja. Setiap perkahwinan ada pasang surutnya tidak kiralah sama ada pasangan itu normal atau OKU. Ia sama saja,” bicara wanita yang tegas dengan anak-anak ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keperibadian Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sememangnya menarik perhatian rakyat. Beliau bukan hanya aktif menjayakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, membantu golongan kurang bernasib baik dan mengekang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Malah cukup mengambil
berat isu pendidikan. Dikenali sebagai puteri diraja Selangor berjiwa penyayang dan gemar membaca, bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini YAM Tengku Zatashah terbuka berkongsi sisi peribadi kepada umum.
Ujarnya, “Dan kerana ia adalah Hari Guru, saya kongsikan memori ketika pertama kali melawat kanak-kanak di flat PPR. Saya berpeluang membacakan buku ilustrasi berkisar
cerita rakyat Melayu kepada kanak-kanak di sini.
Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak tahu yang saya sebenarnya merupakan guru Bahasa Inggeris bertauliah dan menerima CELTA (Cambridge Certificate In Teaching English To Speakers of Other Languages) dari British Council KL dengan high pass B. My course was to teach real students from beginners to intermediate level English and my own teachers would be evaluating me. One of the most interesting and rewarding experiences I’ve been through. Sadly they no longer offer this course. Grateful I manage to do it. So to all the teachers out there, I salute you!”
Tambah YAM Tengku Zatashah lagi, “Saya sangat mengagumi usaha keras para guru dalam merancang pembelajaran, mencipta keseoronokan belajar dan melakukan latih tubi
bergambar untuk memberi motivasi kepada pelajar di samping menjaga setiap murid. Kepada semua guru di luar sana, terus memberi inspirasi dan motivasi kepada anak bangsa
terutamanya ketika lockdown ini, pasti ia bukan tugas mudah.
Saya suka menggunakan pendedahan mengajar anak-anak ini dengan memotivasikan mereka untuk rajin membaca dan gigih berusaha. Saya terangkan kepada mereka bahawa lagi banyak anda berusaha dan belajar bersungguh-sungguh, lagi banyak ganjaran yang akan diperoleh. Anak-anak ini menganggap guru mereka sebagai salah seorang insan penting dalam hidup mereka, dengar cakap mereka sebab motivasi guru inilah yang bakal memberi perubahan besar dalam hidup anda.
Penglibatan YAM Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada sahaja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, kurang berkemampuan dan warga emas pasti kelibatnya muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah pelindungan bagi hidupan liar dan laut yang kini diancam kematian akibat pencemaran.
Sebelum ini beliau pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully, dan Save Wild Life. Moga usaha murni Tengku Zatashah melindungi kebajikan semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkah beliau.
Dalam pada itu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Covid-19 YAM Tengku Zatashah turut menghadkan pergerakan dan hanya duduk di rumah. Selain menghabiskan masa dengan bahan bacaan kegemaran, beliau juga mengambil peluang ini untuk memasak. Berbeza daripada Ramadan tahun lalu, YAM Tengku Zatashah akan pergi mengunjungi bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka sambil membawa bersama mangkuk tingkat atau tiffin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan mana yang bebas masalah? Hakikatnya ramai yang berhadapan dengan sengketa perkahwinan. Antara masalah paling kerap berlaku ialah melibatkan kewangan, tiada masa bersama, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dan pasangan kurang romantik.
Berikut teknik-teknik yang boleh diikhtiarkan bagi membantu menyelesaikan kemelut rumahtangga.
JANGAN MENGUNGKIT
Tak kiralah apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, penting untuk anda dan pasangan berbincang serta menyelesaikannya secara bertolak-ansur. Perselisihan pendapat mungkin akan terjadi namun harus berlaku dalam keadaan terkawal. Tak perlu bersikap terlalu mempertahankan diri. Jangan sesekali ungkit kesilapan pasangan. Fokus dan bincang isu yang sedang berlaku saja, bukan isu-isu lama yang diungkit semula.
SELESAIKAN DENGAN BIJAK
Perbezaan pendapat kadangkala bagus untuk menjadikan perkahwinan lebih baik dan matang. Tapi, berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil atau mengikut nafsu amarah hanya membawa perasaan negatif terhadap pasangan. Apabila berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan lebih terbuka seterusnya masing-masing sedar akan kesilapan.
MEMAAFKAN & TERBUKA
Ketika berselisih faham berusahalah untuk menyelesaikan, memaafkan dan melupakan masalah itu. Bincangkan masalah semasa saja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau. Saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian dipersetujui, lupakan masalah itu dan bermaafanlah.
JANGAN MUNGKIR JANJI
Mungkir janji adalah satu kesilapan besar. Jika tak ditangani dengan betul masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan. Maka, penting untuk menepati janji walaupun sekadar berjanji untuk keluar makan bersama. Ingat, janji-janji kecil yang tak ditepati boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan.
ATUR TEMU JANJI
Jadikannya seperti pertemuan pertama. Teknik ini akan mengimbas semula kenangan anda berdua ketika mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya detik-detik pertemuan pertama. Selalulah bercakap tentang kegembiraan, kebahagiaan, kehidupan dan masa depan keluarga. Ia pasti akan memberi perubahan besar dalam perkahwinan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin...