Bukan sahaja Rita Rudaini malah setiap ibu di luar sana mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak ada seorang pun sanggup spoil anak-anak mereka. Pengaruh media sosial yang berleluasa telah menggugat tugas ibu sebagai pendidik terhadap anak-anak mereka. Rita Rudaini juga salah seorang ibu yang gerun dengan pengaruh media sosial terhadap anak-anak yang masih kecil dan memerlukan panduan serta tunjuk ajar.
“Ancaman media sosial terhadap anak-anak yang masih kecil memang saya pandang serius. Sebab itu saya tidak dedahkan anak-anak untuk menguruskan sendiri akuan Instagram mereka. Akaun Instagram mereka pun wujud atas permintaan kawan-kawan tetapi saya tetapkan syarat untuk menjadi admin
mereka. Secara jujurnya anak-anak pun sebenarnya tidak berminat ke arah tu. Penggunaan gajet seperti IPad, telefon bimbit memang saya tidak benarkan kecuali apabila cuti persekolahan sahaja. Quality time dengan keluarga lebih penting dan itu yang saya terapkan pada anak-anak.Saya dan anak-anak sebenarnya suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Mungkin anak-anak mengikut perangai saya yang suka memerap di rumah sahaja berbanding bersantai di luar. Kami jenis suka duduk rumah dan menonton filem bersama-sama. Kadang-kadang jika ada masa terluang kami akan keluar menonton di panggung wayang. Saya lebih suka mengikut kesukaan anak-anak. Saya tidak pernah mengatur itu ini dan memaksa mereka buat ikut kemahuan n kesukaan saya.
Apabila ada yang bertanya apa reaksi saya jika suatu hari nanti ditakdirkan anak-anak menyuarakan hasrat untuk menceburi bidang seni kerana sudah didedahkan sejak kecil dengan dunia seni ini, secara jujurnya saya tidak menghalang. Tetapi, saya akan menetapkan syarat kepada mereka jika mahu terjun dalam dunia seni ini. saya mahu mereka habiskan belajar dan mempunyai kerjaya tetap untuk masa depan famili mereka pula,” tutur Rita Rudaini yang pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis.
Naluri keibuan begitu tinggi dalam diri wanita ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memperjuangkan hak anak-anak. Rita Rudaini seorang wanita yang berhati waja dan cekal menempuh dugaan hidup yang tertulis dalam kanvas hidupnya. Anak kelahiran Kangar, Perlis ini antara pelakon yang masih mampu bertahan dan sering dilamar syarikat produksi untuk menjayakan drama Melayu tempatan.
Menyelongkar perkembangan terbaharu, Rita Rudaini yang tetap ramah seperti dahulu tetap sibuk seperti biasa menjalan tugas sebagai anak seni, ibu dan juga usahawan. “Seperti biasa saya sibuk dengan persekolahan anak-anak. Kini saya lebih selektif dalam memilih naskhah dan watak lakonan kerana anak-anak. Mereka sedang membesar dan memerlukan pantauan daripada ibu mereka. Berlakon pun sekarang kena tengok masa saya dengan jadual anak-anak.
Saya tidak lagi boleh tinggal mereka selalu kerana mereka makin membesar dan perlukan saya untuk kerja-kerja sekolah dan aktiviti sek yang lain. Jadi saya hadkan masa saya. Bulan Oktober ini baharu saya penuhkan balik dan atur balik jadual shooting. Dari awal sampai akhir Oktober jadual shooting saya penuh selama sebulan. Manakala bulan November nanti saya kena kurangkan balik aktiviti seni demi anak-anak tercinta,” terang Rita Rudaini panjang lebar.
This website uses cookies.