HIKMA NURSYAFA

Kalau tengok rupa paras cantik dan kulit gebunya pasti ramai yang tidak menyangka wanita cantik ini seorang anggota pasukan keselamatan yang berani menggalas senjata. Hikma Nursyafa berjaya membuktikan kecantikan yang dimiliki perlu seiring dengan keberanian untuk bertempur lawan.

Meskipun perlu mengenakan uniform yang tebal dan lengkap dengan topi serta kasut but keselamatan setiap hari namun gadis ini tetap menjaga penampilan diri. Setiap kali keluar bertugas menjaga keamanan dan keselamatan penduduk, Hikma yang berasal dari Yogjakarta akan memastikan keadaan dirinya kemas dan cantik walaupun berhijab dan berdepan situasi panas serta tidak menentu saban hari.

Ads

Tidak hairanlah nama Hikma Nursyafa menjadi viral dan bualan netizen di media sosial. Dia bukan hanya dikurniakan raut wajah menawan bahkan semangatnya menjaga ketenteraman dan memilih kerjaya mencabar yang jarang diceburi kaum wanita ini mencetuskan ‘pemandangan’ luar biasa masyarakat.

Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!

Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!

Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!

Hikma Nursyafa yang kini berusia 26 tahun merupakan anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Khabarnya sudah lebih setahun gadis ini berkhidmat bersama PBB yang berpangkalan di Bangui, Afrika Selatan sejak Jun 2018.

Biarpun kebanyakan rakan seperjuangan terdiri daripada kaum lelaki namun ia bukan halangan buat Hikma. Sebaliknya gadis berkulit cerah ini tenang mengangkat senjata dan menjalani ujian ketahanan sama seperti anggota lain.

Demi memberi inspirasi dan semangat buat kaum wanita, wanita berkulit cerah ini terbuka berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar woman peacekeeper. “Sebelum menjadi seperti sekarang ini, perjalanan untuk sampai di titik ini pun rasa cukup berat dan penuh dengan liku. Hampir rasanya ingin menyerah tapi hati tetap berkeras untuk meneruskan. Dari dulu aku memang mahu pergi mencari pengalaman hidup dan akhirnya Allah kabulkan.

Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!

Aku bergabung di kepolisian sejak tahun 2013 mungkin banyak sekali pengalaman yang boleh ku ceritakan sampai detik ini. Tapi mungkin aku akan ceritakan pengalaman yang sangat menarik pada tiga tahun terakhir ini. Bermula dari aku bergabung dalam pasukan perdamaian dunia (peacekeeper), banyak perkara yang perlu dilalui antaranya dari segi pendaftaran, ujian dan latihan dari segi akedemik serta penilaian kesihatan.

Ads

Ujarnya lagi, “Misi pertamaku adalah menjadi pasukan Formed Police Unit (FPU) dan pertama kalinya juga Indonesia mengirimkan pasukannya di Republik Afrika Tengah. Setiap hari kami dikerah menjalani pelbagai latihan. Di sini juga aku dituntut pakai dua bahasa iaitu Inggeris dan Perancis. Awalnya sangat sukar untuk belajar Bahasa Perancis kerana memang di misi ini lebih dominan Bahasa Perancis.”

Tambah Hikma, buat masa ini dia ditugaskan menjaga keamanan di ibu kota Afrika Tengah, Bangui. “Di kota inilah aku bertugas selama setahun ini. Awal mula datang ke sini betul-betul terkejut kerana persekitarannya yang sangat berbeza. Sebuah negara yang bagi ku masih memerlukan banyak bantuan untuk maju. Di Bangui, tahap keselamatan dan konflik masih sering terjadi seperti kontak tembak, perselisihan antara kelompok bersenjata dan ancaman keamanan lain.

Ini adalah cabaran terbesar untuk kami di sini tapi alhamdulillah sampai saat ini semuanya masih dapat diatasi. Ini juga adalah pengalaman hidup pertamaku untuk misi kemanusiaan.”

Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!
Di samping keluarga tersayang
Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!
Sisi berbeza Hikma tanpa mengenakan uniform

Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya! Galas Tugas ‘Peacekeeper’, Wanita Ini Dikagumi Kerana Wajah Cantik & Keberaniannya!

Ads

Mengintai media sosial Hikma, kecantikan gadis ini tidak ubah seperti pelakon sinetron popular. Selain meminati bidang lasak dan mencabar, Hikma juga memiliki naluri kewanitaan yang gemar akan kecantikan dan fesyen. Lebih menarik, dia turut mengenakan solekan nipis ketika bertugas demi memastikan penampilan diri sentiasa terjaga.

Iyalah, takkan wanita yang bekerja di pejabat saja nak nampak cantik. Yang menjaga keamanan di negara bergolak seperti ini pun hendak sentiasa nampak bersedia. Lagipun penampilan diri sangat penting tidak kiralah walau di mana berada. Apatah lagi, sesetengah wanita akan rasa lebih yakin bila sudah bermekap. Mungkin beginilah cara Hikma untuk raih keyakinan diri dan kekal bersedia menjaga keamanan penduduk tempatan.

Apa-apa pun Nona bangga dengan Hikma kerana berjaya mengangkat martabat dan kredibiliti kaum wanita ke tahap lebih tinggi. Semoga kejayaan gadis ini menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menjadi anggota pasukan keselamatan yang kental, berani dan dalam masa sama memiliki sifat-sifat terpuji yang boleh diteladani. Syabas buat Hikma!

 

 

Kredit foto: Instagram Hikma Nursya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI