Dua tiga hari ini beberapa kawasan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur mengalami gangguan air untuk kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor. Ramai yang bertungkus-lumus menyimpan air di dalam tong. Tapi, bila dah ada air nanti, cuba ubah sikap dan berjimat-cermat!
Ramai yang mengambil remeh soal penjimatan air. Walaupun kos untuk bil air sesebuah rumah murah, bukan bermakna anda boleh membazir sewenang-wenangnya. Ikuti tips ini untuk mulakan langkah berjimat-cermat.
Jangan ambil ringan paip bocor di rumah. ambil masa untuk memeriksa setiap pili dan paip dan baiki dengan kadar segera. Takut nanti anda terkejut menerima bil yang melabung tinggi!
Menjadi kebiasaan kita membiarkan air terpasang ketika sedang memberus gigi. Kononnya supaya mudah untuk berkumur. Apa kata lepas ni, bukan air sekadar untuk membasahkan berus dan terus tutup. Buka semula untuk berkumur-kumur. Kan jimat!
Amalan membersihkan tangan memang bagus. Tetapi, ketika menggunakan sabun, janganlah biarkan air mengalir begitu sahaja. Tutupkan pili dan buka semula hanya untuk membilas sabun yang digunakan.
4. Kurangkan flush
Gunakan flush sebaiknya. Selepas selesai membuang air besar atau kecil, barulah flush tandas. Jangan kerana terlalu hendak berjimat, anda membiarkan sahaja tandas kotor tanpa diflush!
5. Membasuh pinggan dengan lebih bijak
Penuhkan sinki dengan air dan sabun. Cuci pinggan mangkuk dengan span kemudian bilas dengan air bersih. Jangan biarkan air terus mengalir tanpa henti ketika anda sedang membasuh pinggan.
Jika anda memilih untuk menggunakan dishwasher, maksimumkan setiap ruang dengan pinggan mangkuk kotor. Untuk sekeping dua pinggan yang kotor, lebih baik anda mencuci menggunakan tangan sahaja.
7. Nyahbeku makanan beku di dalam peti sejuk
Daripada anda menggunakan air untuk menyahbeku makanan, apakata tinggalkan sahaja di dalam peti sejuk lebih awal.
Penuhkan mangkuk dengan air dan cuci sayur-sayuran dan buahan-buahan di dalamnya. Jangan biarkan pili air terus terbuka dan membazirkan air.
This website uses cookies.