Untuk memiliki kulit bebas minyak kini bukan masalah lagi! Sudah diketahui, masalah kulit berminyak berpunca dari perubahan hormon ketika meningkat remaja.

Namun bukan bermaksud setelah tempoh itu masalah ini akan selesai. Banyak juga wanita yang masih harus berhadapan dengan masalah kulit berminyak.

Ads

Apa penyebabnya? Tentu saja masalah stres, kitaran menstruasi, kondisi  kulit serta pengaruh iklim tropika yang sudah lumrah. Jika anda mengalami masalah yang sama, kenal pasti masalah dan rawat dengan cara yang betul.

(a) TERLALU TEBAL

MASALAH:

Anda terbiasa mengaplikasikan solekan menjadi lebih tebal untuk mengelakkan solekan cepat luntur.

SOLUSI:

Menggunakan alas bedak dan bedak padat setebal mungkin untuk solekan tahan lama hanya akan membuatkan anda kelihatan seperti menggunakan topeng.

Lebih baik gunakan solekan primer setelah mengaplikasikan pelembap. Primer adalah salah satu produk kosmetik yang berfungsi sebagai alas dasar untuk membantu solekan wajah tahan lama. Pilih primer dengan kandungan bebas minyak pada kawasan berminyak terutama di zon-T wajah, kemudian aplikasikan bedak asas dan langkah solekan seperti biasa.

(b) BAZIR BEDAK

MASALAH:

Wajah kembali berminyak walau pun sudah touch up bedak padat berkali-kali.

SOLUSI:

Pada yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, anda tidak perlu aplikasi bedak di seluruh wajah. Bedak padat yang diaplikasi akan membuat pori-pori kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Cara yang betul ialah sekadar aplikasi bedak di zon-T yang lebih berminyak sepereti dahi, hidung dan dagu. Gunakan bedak dengan formulasi matte agar wajah tidak berkilat.

(c) MASALAH BARU

MASALAH:

Pada awalnya, produk baru yang dicuba terasa serasi dengan kulit wajah. Namun, lama-kelamaan masalah baru pula muncul iaitu jerawat.

SOLUSI:

Hindari produk dengan kandungan alkohol yang membuat kulit terasa kurang berminyak di peringkat awal. Namun harus diingat, kulit akan dehidrasi kerana kandungan tersebut mengangkat minyak semula jadi yang diperlukan oleh kulit.

Barangkali anda tidak tahu, kulit juga memiliki sistem ‘pemikiran’ yang unik. Jika kandungan minyak di kawasan permukaan kulit diminima ianya seolah memberi petanda pada jaringan kulit untuk memproduksi kembali sesuai dengan permintaan, bahkan boleh jadi melebihi keperluan.

Ads

Sebaik-baiknya pemilihan produk berasaskan air adalah pilihan yang tepat. Selain membuat wajah sentiasa lembap, ia juga mampu menjaga keperluan minyak semulajadi wajah.

(d) USAH BIMBANG

MASALAH:

Ada ketika, kilatan di wajah hanya muncul di bahagian tertentu. Tidak ideal rasanya kalau perlu aplikasi semula solekan secara menyeluruh untuk kembali kelihatan prima.

SOLUSI:

Terasa lebih yakin dengan solekan matte di pagi hari? Jangan terlebih yakin. Udara panas dan aktiviti padat akan menyerlahkan bahagian kulit yang berminyak di waktu siang.

Langkah lebih selamat ialah sentiasa membawa kertas minyak sebagai penyelamat. Cukup tekap kertas minyak di wajah, diikuti gerakan memutar tanpa mengangkat kertas minyak. Hindari gerakan menyapu wajah yang membuat solekan mudah luntur.

Gara-Gara Cuaca Panas, Wanita Bimbang Mekap Rosak & Muka NAMPAK BERMINYAK! Cuba Tip Ini Supaya Maintain Macam Anggun

Ads

Mengapa Wajah Berminyak

Kulit wajah yang cenderung sensitif memerlukan kandungan semula jadi yang sangat ringan. Jadi, produk dengan kandungan mineral merupakan penyelesaian terbaik. Namun anda perlu tahu kelebihan kandungan mineral dalam produk kecantikan yang berada di pasaran.

Anda harus memilih produk yang bersifat non comedogenic bermaksud tidak menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat. Paling menarik, produk dengan kandungan mineral memiliki butiran yang berukuran nano partikel sehingga mudah meresap ke dalam kulit. Kebiasaannya, produk yang mengandungi mineral juga tidak mengandungi wangian sintetik, pewarna, minyak mineral dan pengawet sehingga anda boleh meminima berlakunya alahan kulit.

Beberapa doktor dan pakar kecantikan seringkali menyarankan untuk menggunakan kosmetik berasaskan mineral pada wanita yang baru saja menjalani perawatan laser, mikrodermabrasi, dan pengelupasan kimia. Namun, tidak semua kandungan mineral dapat digunakan. Berikut adalah beberapa kandungan mineral yang sesuai dan terkandung dalam sebahagian besar produk kecantikan.

(a) Iron Oxide

  • Digunakan sebagai pigmen warna semula jadi untuk solekan yang memiliki kandungan mineral.
  • Kandungan ini mampu membantu memberi warna kekuningan atau keperangan yang cantik.

(b) Titanium Dioxide

  • Membantu memberi kesan mencerahkan kulit wajah.
  • Membantu bertindak sebagai anti radang kerana kemerahan atau alahan.
  • Membantu menyamarkan garis halus, perubahan warna wajah dan berfungsi sebagai pelindung matahari semulajadi.

(c) Kaolin Clay

  • Membantu menyerap minyak berlebih, mengurangkan jerawat, menyamarkan pori-pori dan menenangkan kulit yang cenderung sensitif.

(d) Zinc Oxide

  • Bertindak sebagai anti radang yang menenangkan wajah, apalagi jika anda mengalami rosacea (ruam pada wajah).
  • Memiliki ‘kekuatan’ sebagai anti mikrob sehingga menjaga kualiti produk lebih tahan lama.

Gara-Gara Cuaca Panas, Wanita Bimbang Mekap Rosak & Muka NAMPAK BERMINYAK! Cuba Tip Ini Supaya Maintain Macam Anggun

Merawat Kulit Berminyak

Minyak pada kulit wajah penting untuk menjaga kelembapan kulit. Namun minyak yang berlebihan juga tidak baik untuk kulit hingga mengundang rasa tidak selesa. Tahukah anda, masalah ini antaranya berpunca disebabkan pola pemakanan yang salah. Akibatnya, kulit berminyak memerangkap kotoran membuat kulit terlihat kusam.

  1. Untuk mengatasi kulit berminyak ialah mencuci wajah secara teratur. Basuh wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyebabkan alahan. Lebih bagus lagi jika anda memilih pembersih wajah yang dibuat dari formulasi herba.
  2. Gosok dengan pembersih wajah 2 kali dalam seminggu. Ada beberapa pembersih wajah yang berfungsi seperti lulur yang menyingkirkan kotoran dan kulit mati hingga wajah menjadi bersih dan cerah. Wajah berminyak lebih mudah memerangkap debu hingga membentuk lapisan di atas wajah. Jadi anda disarankan memilih produk yang selamat dan terbukti berkesan bagi mengurangkan masalah kulit wajah.
  3. Selepas mencuci wajah menggunakan produk pembersih wajah, jangan lupa untuk mengaplikasikan penyegar dan pelembap. Perawatan ini tidak hanya diperlukan untuk kulit berminyak namun juga kulit tidak berminyak. Pelbagai produk dijual di pasaran seperti penyegar air mawar dan dan green teaKR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI