Masyarakat Jepun sering dilabel sebagai kumpulan individu yang memiliki mentaliti kelas pertama. Kesedaran mereka tentang alam sekitar, kebersihan dan disiplin membuatkan sesiapa saja yang pernah berkunjung ke Negara Matahari Terbit itu kagum dengan sikap rakyatnya. Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza yang berpeluang menjejakkan kaki ke sana pada awal Disember tahun lalu turut melahirkan perasaan sama menerusi laman Facebooknya.

Gara-Gara Sikap Seorang Muslim, PEMUDA JEPUN Tak Jadi Masuk Islam! DR MAZA Dedah Pandangan Orang Luar Tentang Agama Islam

Ads

Malah, salah satu entri yang dikongsikan beliau dengan kapsyen ‘Jepun Sudah Laksana Syariat Islam?’ menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman sosialnya. Tulisnya, “Di Jepun tandas awamnya amat bersih. Canggih elektronik tapi tidak dirosakkan oleh pengguna. Tiada vandalisme. Ini salah satu gambar tandas di R&R (hentian rehat & rawat) semasa perjalanan saya antara Shizuoka ke Tokyo tadi.

Gara-Gara Sikap Seorang Muslim, PEMUDA JEPUN Tak Jadi Masuk Islam! DR MAZA Dedah Pandangan Orang Luar Tentang Agama Islam

Gara-Gara Sikap Seorang Muslim, PEMUDA JEPUN Tak Jadi Masuk Islam! DR MAZA Dedah Pandangan Orang Luar Tentang Agama Islam

Orang Jepun ramai yang guna basikal. Pada waktu malam di bandar sekalipun basikal hanya ditinggalkan di luar rumah. Hanya kunci biasa macam zaman sekolah dahulu. Tiada pencuri berleluasa. Aman sekali berjalan sendirian di malam hari.

Jika di sudut itu, maka orang Jepun sudah lama melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan mereka. Itu jika kita memahami tujuan perlaksanaan syariat yang ingin dicapai oleh syarak dalam menjamin kesejahteraan kehidupan awam.”

Sebagai umat Islam yang diwajib menjaga kebersihan dan memelihara kemakmuran bersama, situasi yang berlaku di Jepun sepatutnya menjadi ikutan di setiap negara Islam dan para penganut agama Allah ini.

Dr Maza yang turut diberi penghormatan berucap di Shizuoka Muslim Association tidak sekadar berkongsi realiti yang berlaku di sana tetapi juga kisah tentang pemuda Jepun yang menolak memeluk agama Islam disebabkan sikap negatif seorang muslim. Mengambil cerita daripada Presiden Shizuoka Muslim Association, Mr Yassine Essaadi yang merupakan seorang Arab Morocco dan telah berkahwin dengan wanita Jepun, Dr Maza menitipkan kisah berikut.

Gara-Gara Sikap Seorang Muslim, PEMUDA JEPUN Tak Jadi Masuk Islam! DR MAZA Dedah Pandangan Orang Luar Tentang Agama Islam

Ads

“Antara cerita menarik yang diceritakan oleh Mr Yassine kepada kami bagaimana seorang Jepun yang melancong ke sebuah negara orang Islam. Orang Jepun itu sendiri menceritakan kepada Mr Yassine bagaimana beliau pada mulanya kagum apabila pemandu teksi yang membawanya meminta izin berhenti untuk menunaikan solat.

Pelancong Jepun itu kagum dengan pegangan dan disiplin diri seorang muslim. Dia berfikir ingin menjadi seperti orang muslim berkenaan. Kemudian apabila driver teksi itu membawanya semula, dia melihat bagaimana driver itu membuang sampah-sarap melalui tingkap kereta. Terus dia buat kesimpulan jika ajaran driver itu baik, tentu dia tidak akan buat demikian. Sejak kejadian itu orang Jepun menganggap Islam agama yang tidak baik.

Takdir Allah, dia kemudian bercinta dengan wanita muslimah dan ingin menganut Islam sebab kekasihnya. Apabila dia menceritakan hal itu kepada Mr Yassine, beliau memberikan penjelasan bagi membetulkan persepsi tersebut. Ia sesuatu yang sukar. Demikian sikap umat Islam menjadi punca orang lari dari Islam.”

Ads

Dari apa yang dikongsikan Dr Maza ini dapat disimpulkan bahawa diri kita adalah cerminan kepada agama yang dianuti. Jangan sesekali mencemarkan agama dengan tindakan kita sendiri yang boleh mejejaskan reputasi sebagai keluarga, rakyat dan hamba Allah kerana ada ‘mata-mata’yang menyaksikan setiap pergerakan dan kelakuan kita di mana-mana saja.

Sumber: Facebook Dr Maza

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI