Pernah tak, bila anda tiada masa untuk spend time dengan anak sebab terlalu sibuk, tiba-tiba terasa seperti ini, ‘Ya Allah, banyaknya kerja! Bukan taknak beri masa pada anak, tapi tak sempat!’
Selalu, kan?
Setiap wanita dianugerahkan satu superpower yang datangnya entah dari mana. Selepas seharian di pejabat, pulang saja ke rumah terus berkejar membereskan kerja rumah pula. Tak sempat berehat pun!
Penat itulah yang sebenarnya menjadikan wanita seorang yang garang. Memahami dilema wanita berkerjaya yang terpaksa menguruskan rumah tangga seperti ini, Nona berkongsi keajaiban Love Parenting seperti yang dialami oleh Dr. Siti Ujila Masuri, seorang Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UPM dan Pengasas Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku).
Semoga sharing ini bermanfaat dan dapat memupuk sifat ibu yang penyayang serta pemaaf terhadap anak-anaknya. Norzalina Mohd Alias
====================================
Bukan kita sengaja tak mahu spend time dengan anak-anak. Tapi memang baju berbakul-bakul nak kena lipat dan gosok dari minggu lepas lagi. Pinggan mangkuk pun tersusun bertingkat-tingkat, bukan dalam almari tapi kat dalam sinki.
Bila kita lihat anak jadi leka tengok tv sampai berjam-jam, yang kecil makan sorang-sorang sampai comot pipi hidung, hati mak mana yang tak terusik.
‘Alahai kasihannya anak aku… Sorry sayang Mama, tak sempat Mama nak spend time dengan korang. Kerja Mama menimbun’
Betul. Lagi-lagi ibu berkerjaya yang tiada pembantu rumah. Balik rumah dengan bateri tenaga dah blinking tapi perlu pula sambung tugasan di rumah.
Sudahnya jangan kata nak spend time dengan anak, nak cakap elok-elok pun satu cabaran. Silap haribulan, anak salah sikit pun Mama dah terus melenting.
Itulah yang terjadi pada saya baru-baru ini, kira-kira sebulan lebih yang lalu. Saya nak kongsikan kisah ini sebab ada pengajaran berharga yang tak mampu dibayar wang ringgit.
Hari itu weekend. Sabtu ke Ahad, saya tak berapa ingat. Yang saya ingat, hari itu saya memang sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Sebab sudah hampir seminggu berada di Terengganu sebelumnya.
Jadi bila balik, baju punyalah banyak nak dibasuh, sidai, lipat, gosok. Bertrip-trip.
Dah macam kedai dobi rasanya.Anak-anak memang ‘acara bebas’ habis hari itu. Tak sempat Mama nak spend time dengan mereka. Dalam hati tu cuma nak satu je… nak kerja-kerja kat rumah settle, itu yang penting masa tu.
Then petang itu ada satu waktu…. Dua orang anak saya, Yaya dan Aqif masa tu tengah tengok tv. Saya pula sedang menggosok baju sejak entah jam berapa sebelumnya.
Saya tengok Yaya. ‘Hmm… Dari tadi dia tengok tv.’
Bila saya tengok jam, ‘Dah pukul 6 lebih.’
Saya terus cakap sambil tangan terus menggosok dengan kaki yang dah lenguh berdiri, “Kakak, dah solat Asar?”
Saya tanya elok-elok je pun. Yaya jawab, “Belum.” Perlahan saja.
“Dah, pergi solat,” arah saya.
Alhamdulillah, bila saya cakap macam tu Yaya terus bangun menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup. Lama, dia tak keluar-keluar.
‘Eh, okay ke tak Yaya ni?’
Entah kenapa hati saya rasa tak sedap. Sebab Yaya jarang nak tutup pintu biliknya. Entah kenapa waktu itu memang saya terdetik nak jenguk dia.
So saya matikan suis iron. Ketuk pintu bilik dia dan saya masuk. Rupanya Yaya sedang duduk di tepi katil. Dia tak buat apa-apa, just duduk situ. Diam. Mukanya sugul.
‘Eh, laa… buat apa ni? Nape tak solat lagi?’
Spontan soalan ni singgah di fikiran saya. Darah dah mula rasa nak mendidih. Hati panas. Orang suruh solat, dia tercegat duduk kat sini kenapa?
“Kenapa ni Yaya?” Saya tanya dia. Nada dah mula nak pitching. Muka dah mula nak transform jadi singa. Yaya pula dah ready nak ‘masuk gear’ menangis.
Dalam hati Mama dah mula membebel, ‘Kita punyalah banyak kerja, penat berdiri menggosok dari tadi. Time ni la dia nak buat perangai pulak. Kita tak marah tak apa, dia pula yang nak merajuk’, bebel saya sorang-sorang dalam hati. Sebenarnya dah OTW dari hati nak ke mulut. Tunggu masa je.
Tapi Tuan-Puan, satu magik berlaku waktu itu. Magik daripada Allah.
Sebab waktu itu, waktu yang saya rasa hati ni dah macam gunung berapi yang ready nak meletup… tiba-tiba hati saya terjentik, ‘Eh! Ya Allah. Apa aku buat ni? Love parenting, Mama!’
Secara tak semena-mena, terus darah yang macam nak mendidih tadi bertukar jadi setenang-tenang air di kali. Terus saya duduk di sebelah dia dan saya rapatkan duduk saya itu.
“Nape ni sayang?” Saya tanya soalan yang sama, cuma kali ini suara saya sudah tidak tinggi bahkan penuh dengan rasa simpati. Rasa ingin mengerti. Saya tak tahu macamana tiba-tiba nada saya, hati saya, emosi saya, bertukar completely opposite.
Subhanallah. Satu rasa yang sukar diungkap. Waktu itu Yaya sudah mula menangis. ‘Allah, kesiannya anak aku.’
Sebab Yaya diam bila saya tanya dan hanya menangis, saya tanya lagi, “Nape ni sayang? Cakap dengan Mama.”
Saya peluk Yaya. Dia menangis lagi. “Nape Yaya nangis? Cakapla dengan Mama.”
Tapi masih tiada jawapan. Akhirnya saya ambil langkah untuk cuba meneka, “Sebab Mama tak layan Yaya?”
Yaya angguk.”Mama asyik dengan baju je”, tiba-tiba dalam esakannya, dia berkata-kata. Esakan yang masih tidak mahu reda.
Ya Allah! Sedihnya saya rasa. Saya langsung tak sangka yang anak saya boleh sesedih ini bila saya sibuk menguruskan rumah terutamanya baju-baju itu. Saya terus memeluknya lebih erat.
“Sorry kakak. Mama sorry ek.”
Saya leraikan peluk dan pandang mukanya, cuba untuk memberi kefahaman.
“Bukan Mama tak nak layan Yaya tapi sekarangkan Nenek (Bibik) dah takde. So Mama kena lipat baju, gosok baju, kemas rumah. Itu yang Mama tak sempat nak main dengan Yaya,” kata saya, cuba untuk beri penjelasan. Alhamdulillah, tangisan Yaya mula berkurang.
Saya tambah lagi.
“Okay macam ni, kejap lagi nanti, kerja Mama dah siap, kita main dinasour okay?” Pujuk saya dengan nada memberi janji dan harapan.
Sebab saya tau, anak saya ni memang suka saya ‘main dinasour’ dengannya adik-beradik. Saya lihat ada senyuman yang terukir di wajahnya yang basah itu. Saya terus peluk Yaya kembali. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Kau pujuk hati anakku ini.
Terima kasih, Tuhanku. Kau beri aku magik ini. Dari terus mahu marah, membebel dan menghukum, Kau cepat-cepat jentik aku, beri aku ilham untuk cuba memahami dan mengerti sekeping hati nurani pada tubuh kecil di hadapan ku ini.
Betul Tuan-Puan, memang saya anggap apa yang berlaku ini bagaikan satu magik. Sebab kalau ikut emosi saya yang dah mula nak marah waktu itu, yang kaki dah memang penat berjam-jam berdiri menggosok baju, dan kerja pula masih banyak… jawabnya memang kena bebellah Yaya. Tak pun kena marah sebab mengada-ngada sangat.
Tapi subhanallah, alhamdulillah dengan magik daripada Allah, Yaya tersenyum dan kami berpelukan.
Yang ini pula paling best. Sebab rupanya magik itu tidak terhenti di situ.
Malam itu selepas solat Maghrib, Yaya ke dapur dan saya yang berada tidak jauh darinya, dengar dia cakap sesuatu,”Nak tolong Mama basuh pingganlah. Nanti kalau kerja Mama cepat siap, bolehlah Mama main dinasour dengan Yaya,” suaranya girang. Wajahnya ceria. Lengan bajunya mula disinsing dan tangannya mula mencapai pinggan-pinggan kotor di sinki itu.
Saya yang dengar… Ya Allah, touchingnya. Saya touching bukan semata-mata sebab Yaya nak tolong saya buat kerja rumah. Tapi bila saya tahu, betapa besarnya keinginan dia untuk ‘main dinasour’ dengan saya.
Ia satu ‘fun time’ activity yang saya suka buat dengan anak-anak untuk bonding dengan mereka. Memang best sebab Mama akan bertukar jadi dinasour yang lapar, yang akan mengejar anak-anak untuk makan dan anak-anak pula akan lari lintang-pukang satu rumah sambil tergelak sakan sampai sakit perut dibuatnya sebab gelak sambil berlari.
Ia cara paling best untuk bonding dengan anak dan antara yang saya kongsikan dalam buku Love Parenting.So malam itu, alhamdulillah kerja saya semua selesai dan memang kami main ‘dinasour’. Punyalah gembira dua beradik ni dan Mama pula dapat hilangkan penat selepas seharian berpenat!
Apa yang berlaku ini beri saya banyak pengajaran:
Isn’t life beautiful?
Kredit: Facebook Dr. Siti Ujila Masuri
This website uses cookies.