Gara-Gara Tersedak Lalat Ketika LIVE, Sikap Profesional Farah Nasser Dipuji, Rupanya ‘Award-Winning Journalist’

Menjadi seorang penyampai berita bukanlah mudah seperti yang disangka, terutama sekali apabila bersiaran secara langsung. Apa saja boleh terjadi di luar kawalan. Inilah yang terjadi pada penyampai berita Global News Canada, Farah Nasser yang mengalami satu momen yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Menurut laporan Daily Mail UK, berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, Farah Nasser dilihat telah tersedak akibat tertelan lalat ketika sedang menyampaikan berita mengenai tragedi banjir yang berlaku di Pakistan.

Saat insiden itu berlaku, eskpresi wajah Farrah terus berubah malah sedikit tidak selesa. Beliau dilihat  seperti tersedak apabila haiwan itu memasuki rongga mulutnya hingga membuatkan beliau terdiam seketika. Meskipun sedikit cemas, Farrah tidak melatah atau menunjukkan reaksi malu.

Sebaliknya beliau bertindak profesional apabila meneruskan kembali tugasnya menyampaikan laporan berita, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sikap profesionalisme Farrah juga turut dipuji oleh warga maya yang melihat video tersebut dan memuji sikapnya berhadapan dan mengawal situasi yang tidak dijangka.

Dalam temu bual berasingan bersama ET Canada pula, wanita berkenaan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana keadaan itu berlaku. “Saya hanya bimbang kalau haiwan itu boleh menutup lensa kamera, tetapi tanpa disangka haiwan berkenaan ‘singgah’ di kerongkong saya. Bagi saya, ia bukanlah satu situasi yang memalukan, tetapi sesuatu yang lucu bagi saya”. katanya.

Untuk rekod, Farah Nasser ialah seorang wartawan Kanada yang pernah memenangi anugerah.Beliau merupakan graduan Ryerson University dalam jurusan Seni Radio & Televisyen. Pada Mei 2015, beliau dinamakan oleh Shaw Media sebagai penaung bersama siaran berita 5:30 petang dan 6 petang Global Toronto, bersama Alan Carter. Sebelum peranan ini, beliau adalah seorang wartawan dan penaung dengan CablePulse24 di Toronto pada tahun 2010.

Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Pengarah untuk Yayasan Penyelidikan Arthritis, Rangkaian Kesihatan Universiti dan menjadi tuan rumah untuk pengumpulan dana yoga Power of Movement setiap tahun.

 

Share
Published by
Wan Firdaus