Gara-Gara Tweet Anti-Israel, AMENA KHAN Tarik Diri Sertai Kempen L’Oreal Paris

Keputusan blogger kecantikan British, Amena Khan, untuk menarik diri daripada kempen pengiklanan L’Oreal Paris mencetuskan sensasi kerana dakwaan berpunca kenyataan anti-Israel beliau di Twitter.

Amena Khan sebelum ini terpilih sebagai model produk rambut Elvive oleh L’Oreal dan merupakan satu-satunya wanita berhijab pertama yang bakal menghiasi kempen arus perdana iklan syampu mereka.

Namun gara-gara status tweet lama yang ditulis pada 2014, beliau mengambil keputusan drastik menarik diri dan mengeluarkan status di bawah melalui Instagramnya. Walau bagaimanapun, tweet lama tersebut telah pun dipadamkan.

Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik penarikan diri ini? Menerusi komen-komen netizen, ramai yang mempertikaikan keputusan Amena kerana semua orang berhak bersuara, lebih-lebih lagi yang membabitkan isu peperangan serta kemanusiaan di Palestin.

iss_t  You should never apologise for speaking the truth nor feel bad for it. You are nobodies puppet, you have the right to express your opinion an stand for what you believe in. In the end it is their loss. Stay strong. Salam

rpandor_97  Well…alot of celebs came out in support of palestine…and they never apolagised… Never apologise for speaking the truth.

Namun tulis beliau di Twitter, “Saya amat menyesal dengan kandungan tweet yang ditulis pada 2014 itu dan memohon maaf atas perbuatan itu. Dengan penuh penyesalan, saya memutuskan menarik diri kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen terbabit.”

Sehubungan itu kumpulan L’Oreal yang dihubungi AFP berkata, mereka menerima keputusan Amena. “Kami menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan dalam tweetnya dan terhadap reaksi yang timbul,” katanya. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina