Nikmati musim percutian ini dengan kerangupan bertih jagung Garret yang tersedia dalam pek Nutcracker Trio Tins Edisi Terhad. Mula ditawarkan pada awal November lalu, penggemar snek popular ini berpeluang merasai perisa Cocoa CaramelCrisp atau memilih mana-mana perisa lain yang disediakan termasuk rasa savuri Chicago Mix atau Nut CaramelCrisps ekstra rangup.
Selain tersedia dengan pilihan perisa, istimewanya kempen Garrett Popcorn Shop kali ini kerana turut menawarkan pilihan Nutcracker Trio Tins yang diinspirasikan daripada karakter unik seperti snowman, red fox dan nutcracker soldier. Setiap koleksi tin ini juga dihasilkan dengan kombinasi berbeza dan boleh diputar serta diasingkan sebagai meraikan suasana percutian yang menyeronokkan.
Sama ada menikmatinya di rumah atau di pejabat, Garrett Popcorn turut sesuai dijadikan snek tatkala berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Miliki edisi terhad Nutcracker Trio Tin yang dijual pada harga RM69 mulai 6 November hingga 31 Disember 2017. Sementara harga Cocoa CaramelCrisp pula bermula daripada RM19.
Nak Bawak Produk Lokal Ke London, Mercu Food UK Limited & WAWASANITA Mampu Realisasikan Impian Anda!
Nama Malaysia sememangnya cukup terkenal di bumi United Kingdom dalam pelbagai aspek. Antara yang sering diperkatakan ialah dari aspek makanan di mana kebanyakan hidangan Malaysia sering menjadi pilihan di London.
Baru-baru ini, Jasmine Restaurant dan Mercu Food UK Limited berkolaborasi dengan WAWASANITA untuk membangun serta mengembangkan sayap pengeluar serta usahawan produk dari Malaysia ke United Kingdom dan Eropah.
Menurut Presiden Mercu UK Limited, Datin Sri Mastura Yusoff ketika ditemui di majlis sidang akhbar kolaborasi bersama WAWASANITA berkata misi utama kerjasama di antara Jasmine Restaurant adalah untuk memberi peluang untuk pengeluar dan usahawan produk tempatan mengetengahkan produk mereka melalui ruang dan platform Brick n Mortar Jasmine Restaurant yang terletak di Lexham Gardens, London, United Kingdom.
“Visi kami untuk mendukung tanggungjawab serta memainkan peranan bersama sebagai pemain industri F&B di luar negara dan WAWASANITA sebagai pintu gerbang memajukan pembekalan produk lokal ke pasaran dunia,” ujar Datin Sri Mastura ketika ditemui di sidang media hari ini.
Untuk rekod, Jasmine Restaurant merupakan sebuah restoran Malaysia yang semakin popular di London yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa. Restoran yang mula membuka pintu pada tahun 2021 mula meniti di bibir para penggemar hidangan Malaysia dan antarabangsa kerana lokasi yang strategik dan hidangan autentik Malaysia yang premium.
Berteraskan misi experience, explore dan enjoy, restoran yang berkonsepkan premium F&B boutique ini bakal mengetengahkan pelbagai produk gaya hidup buatan Malaysia serta hidangan serta produk makanan yang boleh dinikmati dan sedia dibeli oleh para pelanggan.
Jasmine Restaurant bermurah hati berkongsi ruang, kemudahan dan fasiliti untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka di London, United Kingdom.
Presiden WAWASANITA, Y.Bhg Datin Norly Alias pula menambah usaha tersebut akan direalisasikan dengan fasiliti serta pengurusan vendor bertaraf antarabangsa dari Malaysia dengan tunjuk ajar yang diatur di bawah WAWASANITA. Pengalaman WAWASANITA selama 26 tahun membimbing usahawan memperkenalkan produk mereka dalam pelbagai platform.
Malah, Jasmine Restaurant dan WAWASANITA bakal menganjurkan Asia Food Fiesta pada 5 hingga 7 Mei 2023 yang akan datang. Para pengunjung akan berpeluang menikmati keenakan hidangan Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri yang akan datang.
Kerjaya Makin Berkembang & Miliki Imej Baik, UYAINA ARSHAD Dilantik Duta Ariani!
Bukan sahaja bijak mengacara bahkan Uyaina Arshad juga berbakat besar dalam industri lakonan. Figura yang semakin meningkat naik popularitinya ini ternyata seorang yang sangat disenangi dan cukup profesional dalam kerjaya. Buktinya, sejak pembabitan awal Uyaina dalam industri hingga ke hari ini namanya terkenal disebabkan kejayaan yang diraih. Malah wanita cantik ini juga bebas daripada sebarang kontroversi.
Bersandarkan wajah ceria, keramahan dan kepetahannya berbicara selain pencapaian membanggakan saban tahun, tidak hairanlah graduan jurusan undang-undang ini dilantik sebagai Duta Ariani yang baharu! Ia pastinya menjadi satu lagi lakaran istimewa dalam hidup Uyaina kerana diberi kepercayaan membawa jenama muslimah terkenal berkenaan ke satu tahap yang lebih tinggi. Tahniah!
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Uyaina di laman Instagram miliknya pada pertengahan Januari lepas. “MashaAllah, Alhamdulillah Yana telah dilantik menjadi Duta baharu Galeri Ariani together with my sisters Bella Dally & Mira Filzah. Thank you to my new Ariani Family especially Datin Farah Philip, Kak Ain Rahim, Kak Fazreen Ramli, Tj Nizam and let’s grow together.”
Dalam pada itu, Uyaina turut berkongsi sesi fotografi pertamanya sebagai Duta kepada lebih sejuta followers. “A sweet memory that I will forever remember. And to be honest, it still feels surreal! Yana nak share sikit pasal relationship Yana dengan Ariani. Sebenarnya, Yana & Ummi dah pakai Ariani since dulu lagi.
Bertahun-tahun lamanya. Kualiti terbaik, design sentiasa baru. Kalau tudung termasuk dalam mesin basuh pun batu dia tak tertanggal langsung! So, bila tahun 2021 ni Yana diterima menjadi sebahagian daripada wajah brand tu, alhamdulillah syukur. Thank you my Galeri Ariani family.”
Menyingkap pencapaian Uyaina, dia memulakan karier dalam bidang pengacaraan selepas menjuarai Pengacara Jemputan Nona yang kemudian terus mencipta nama di luar negara menerusi pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Seakan tidak puas dengan mengacara, Uyaina mencuba potensi diri dengan menceburi bidang lakonan dan terbukti Uyaina mampu menjayakan watak yang diberi dengan sebaik mungkin.
Antara drama yang pernah dibintangi Uyaina termasuk Curi-Curi Cinta, Lelaki Kiriman Tuhan dan Perempuan Tanpa Dosa.
Dalam temu bual bersama Nona suatu ketika dulu, Uyaina menyifatkan ibunya ialah individu terpenting yang banyak memberi galakan untuk dia menceburi karier seni. “Yana masuk dalam industri ini pun disebabkan Ummi. Yana pertama kali masuk dalam industri sebab Yana join pertandingan Nona Manis.
So daripada pertandingan tu, dia yang tengok iklan dan kata Yana why not you hantar application dan cubalah mana tahu ada rezeki. Cuba punya cuba.. dapat, menang lepas tu jadi hos Nona. Dari situ ia bermula. Yana rasa semua kejayaan ini pun disebabkan Yana dapat restu dari dia.”
Kredit: Instagram Uyaina Arshad
‘Dia Siap Tunjuk Teacher PUKUL Macam Mana’, Ibu Kanak-Kanak MANGSA DERA Ini Bongkar Salah Laku Pengasuh!
Kalau tak mampu nak jaga anak orang, jangan jadi pengasuh! Itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulut ramai kaum ibu bila isu penderaan kanak-kanak di taska makin serius sekarang. Sudahlah berani berselindung di sebalik profesion mulia pendidik, terang-terangan tunjuk contoh tak baik depan anak kecil lagi.
Video berdurasi dua minit yang viral di Internet sejak tiga hari lalu nyata masih meninggalkan kesan kepada sebahagian besar ibu bapa. Apatah lagi bagi si ibu yang mengandungkan anak kecil mangsa dera tersebut yang pastinya trauma menghadapi situasi sukar hari ini.
Berkongsi apa yang dirasainya sejak insiden berkenaan tular, Nur Hasriha Mohamad meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia yang selama ini enggan ambil pusing dengan aduan anak sulungnya kerana menganggap guru-guru di taska berperibadi baik.. sama sekali tak menyangka sanggup memperlakukan anak kecil berusia tiga tahun ini seperti boneka.
“Assalamualaikum.. berkenaan dengan kes dera anak saya tu, terus terang saya katakan saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.. saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar). Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan cara macam ni.. terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.
Sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je. Rupanya ini lah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina. Tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak.. dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap.
Setiap kali bukak FB penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun… Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni, memang tak buatlah. Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni. Tadi sebelum dia tidur saya ada cakap dengan dia, ‘Dina nak sekolah baru tak?’ Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru. Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ.
Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ni berulang lagi. Kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”
Sumber: Facebook Nur Hasriha Mohamad