Berpakaian serba hitam menjadi tradisi diraja pada hari-hari menjelang pengebumian. Dan ia juga menjadi salah satu penampilan terkini Kate Middleton yang mendapat gelaran baharu, Princess of Wales.
Manakala rambutnya pula diikat kemas dengan topi berbentuk cakera, sambil membawa beg tangan mini berbentuk kotak.
BUSANA ALEXANDER MCQUEEN HITAM
Dipetik dari majalah Hello!, Kate kelihatan anggun dalam matel berkolar hitam yang dipakai sebagai outerwear gaun hitam Alexander McQueen. Ia menampilkan aksen skirt berlipat dan garis leher bulat.
Mutiara terkenal sebagai perhiasan berkabung untuk monarki British. Permaisuri sendiri merupakan pencinta mutiara dan sering memakainya untuk pelbagai acara.
Di Westminster Hall, Kate memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth dan Puteri Diana dalam busana serba hitam. Kot yang disarungkan sepadan dengan topi dan tudung, stoking serta kasut bertumit runcing.
Semasa perkhidmatan Hari Komanwel di Westminster Abbey pada tahun 2020, Kate pernah memakai gaun lengan hitam yang sepadan dengan aksen tali pinggang. Kate melengkapkan gayanya dengan kasut tumit dan stoking berwarna hitam.
This website uses cookies.