Saban hari kita disogokkan dengan peningkatan angka jangkitan pendemik COVID-19. Berikutan dengan itu, kerajaan telah mengarahkan agar rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di tempat-tempat awam yang sesak.

Ads
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
AYDA JEBAT Foto: Instagram @aydajebat
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
SHERRY IBRAHIM Foto: Instagram @sherryibrahim
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
MAWAR RASHID Foto: Instagram @mawarashid

Dalam usaha memutuskan rantaian pandemik ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan denda sebanyak RM1,000 terhadap mereka yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam. “Kerajaan telah membuat keputusan mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang bersesak-sesak adalah diwajibkan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: Instagram @ismailsabri60

Pemakaian Pelitup Muka

Nasihat Kepada Pengguna

  • Jangan pakai bawah dagu.
  • Jangan menyentuh bahagian dalam dan luar.
  • Jangan berkongsi dengan orang lain.
  • Jangan letak merata-rata.
  • Jangan pakai pelitup muka yang rosak, longgar, kotor dan basah.
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
MIRA FILZAH & WAN EMIR ASTAR Foto: Instagram @mfmirafilzah
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
YUNA Foto: Instagram @yuna
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
UQASHA SENROSE Foto: Instagram @uqashasenrose

Pelitup Muka 3 Lapis
Hanya boleh pakai sekali sahaja.
Dipakai tidak melebihi 8 jam dan jika bergejala tidak melebihi 4 jam.

Ads
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM Foto: Instagram @sarimahibrahim
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
LISA SURIHANI Foto: Instagram @lisasurihani
Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
ZARA ZYA Foto: Instagram @zarazya

Pelitup Muka Fabrik
Jangan guna pelitup muka yang menyukarkan pernafasan.
Boleh diguna semula selepas dicuci dengan cara yang betul.

Ads

1. Cuci tangan sebelum menyentuh pelitup muka.
2. Periksa jika terdapat sebarang kerosakan atau kotor.
3. Pegang kedua-dua tali gelung dan sangkutkan pada telinga.
4. Tutup keseluruhan hidung dan mulut.
5. Elakkan menyentuh bahagian dalam dan luar pelitup muka.
6. Selepas digunakan, tanggalkan dengan memegang tali gelung.
7. Basuh pelitup muka dengan sabun pencuci atau detergen sekurang-kurangnya sekali sehari. (Digalakkan menggunakan air panas).
8. Sidai dan keringkan.
9. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas selesai membasuh.

Gaya 10 Selebriti Dengan Pelitup Muka, RM1,000 Tanpanya & Dipakai Tidak Lebih 8 Jam
FAZURA Foto: Instagram @missfazura

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI