Fesyen

GAYA Dan USIA Biarlah Seiring Dan Sejalan!

Semakin usia meningkat, semakin gentar seseorang wanita terutamanya si ibu untuk bergaya. Bimbang dikatakan over atau melebih-lebih. Tidak salah untuk bergaya asalkan tahu apa yang ingin digayakan. Biarlah sesuai dengan usia dan status. Jangan pula anda kelihatan lebih muda dari si anak walaupun usia sudah mencecah 50-an!

Semoga tip di bawah dapat membantu.

  • Jangan hadkan busana di dalam almari hanya kepada busana one-piece seperti jumpsuit dan dres.
  • Pelbagaikan blazer dan jaket untuk dipadankan dengan skirt atau seluar panjang untuk kelihatan profesional ke tempat kerja.
  • Ubah penampilan dengan padanan legging dan jean dengan jaket untuk membawa anak ke perlawanan bila sepak. Pastinya anda kelihatan lebih ranggi!
  • Skirt rona solid seperti merah, hitam dan putih dengan sedikit corak sesuai dimuatkan dalam almari pakaian anda, mudah untuk disuaipadan.
  • Pilih skirt yang tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
  • Seluar panjang atau pendek paras lutus pilihan TEPAT buat ibu. Memudahkan pergerakkan dan nampak lebih sopan.
  • Jauhi fabrik dengan label cucian kering atau dry clean. Walaupun cantik, banyak masa perlu diperuntukkan dan wang dilaburkan untuk cucian.

 

MESTI ADA! 

*Blazer Potongan penuh karaktor.

*Jean biru tampak cantik dengan potongan menarik dan kualiti denim yang baik. Rona gelap membuatkan anda tampil lebih kurus.

*Kemeja putih
Potongan klasik sentiasa ‘kena’ pada tempatnya. Bergaya lebih menarik dengan perincian ringkas.

*Blaus sifon
Gaya lebih feminin dan anggun. Padanan blaus sifon dan skirt fabrik berat atau seluar menyerlahkan lagi penampilan anda

*Skirt berpotongan pensel
Sentiasa kelihatan seksi walaupun berapa usia anda.

*Baju sejuk jahitan kasmir
Glamour! Potongan baju yang ketat nampak lebih trendy berbanding yang menggelebeh. Tambahan aksesori gelap menyerlahkan gaya anggun wanita matang.

*Seluar panjang hitam
Padanan ideal untuk pelbagai jenis top. Pilih fabrik berkualiti supaya nampak kemas dan terletak. Tidak salah membayar lebih untuk tempahan terbaik buat diri sendiri.

*Little black dress
Buang persepsi wanita matang tidak boleh bergaya! Busana ini sesuai digayakan dalam kebanyakan majlis. Busana dengan gaya drapping menampilkan gaya elegan di samping menyembunyikan bahagian badan yang agak menonjol.

*Skaf sutera panjang
Pilih skaf bercorak ringkas dan tidak terlalu berwarna-warna. Sedikit perincian pastinya menambah seri si pemakai.

*Tudung ringkas
Selain mengikuti arus fesyen, tudung ringkas menjadi pilihan setiap ibu kerana mudah digayakan dan didatangkan dengan pelbagai corak dan potongan fesyen. Padankan dengan busana sesuai, anda boleh terus melangkah penuh gaya.

BOLEH!  

*Jangan terlalu memikirkan usia. Bertindak seperti orang muda cuma jangan terlebih pula.

*Utamakan kecantikan semulajadi.

*Pilih rona solid: karamel, merah, kelabu, khaki dan terutamanya hitam dan putih. Anda tidak akan tersalah langkah untuk bergaya! Seperti kata Tom Ford untuk YSL, “Eternally elegant and modern chic”

*Pilih gaya klasik seperti shirtdress dan jaket. Jaket pilihan terbaik untuk kelihatan ranggi secara sederhana.\

*Minimakan perincian pada busana. Zip misalnya lebih ‘muda’ berbanding hiasan butang rona emas.

*Kemeja-T leher kura-kura ketat rona hitam sentiasa cantik digayakan pada waktu siang atau malam.

 

JANGAN…

  • JANGAN menyarungkan MOM JEANS! Jean potongan tinggi dari bawah garis pakaian dalam dengan potongan lurus tidak sepatutnya menjadi sebahagian dari wardrobe wanita berusia.
  • JANGAN terlampau mendedahkan bahagian kaki untuk kelihatan muda dan seksi. Sarungkan seluar potong boot atau skirt pensel dipadankan dengan blaus sutera. Seksi dalam kesopanan tersendiri.
  • JANGAN mengenakan busana terlalu longgar atau terlalu ketat. Pilih yang menepati saiz tubuh anda.
  • JANGAN memilih pakaian dalam yang sesuai. Sokongan dari dalam memberi impak besar untuk bergaya dalam apa juga busana.
  • JANGAN saratkan penampilan anda dengan terlalu banyak aksesori.
  • JANGAN bersolek terlalu tebal. Ini akan menampakkan anda lebih tua dari usia sebenar.
  • JANGAN terlalu kurus atau terlalu gemuk.
  • JANGAN menyarungkan busana bercorak bunga-bunga kecil.
  • JANGAN pilih busana dengan butang, zip atau perincian rona emas.
  • JANGAN anggap skirt fesyen trendy sepanjang zaman. Seluar panjang lebih menyuntik gaya muda.
  • JANGAN menambah gaya dengan pilihan shawl. Anda akan kelihatan lebih tua.

 

 

Share
Published by
KR