Gaya Hidup Sihat Jadi Pilihan NIA RAMADHANI & ARDI BAKRIE Selepas Kontroversi Kes Dadah

Pernah dikhabarkan bakal bercerai sekitar Mac lalu, pelakon sensasi Indonesia Nia Ramadhani meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan suami iaitu Ardi Bakrie semakin erat selepas pasangan suami isteri itu terlibat dengan kes dadah.


“Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan.
Sekitar Mac lalu, rumah tangga Nia Ramadhani yang dibina bersama ahli perniagaan Ardi Bakrie selama lebih 10 tahun dikhabarkan sedang berantakan.

Memetik portal KapanLagi, Nia didakwa bakal memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya biarpun kedua-dua mereka ketika itu berada di pusat pemulihan akibat penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, suami Nia iaitu Ardi turut berasa bangga mempunyai seorang isteri yang bukan saja menyokong malah membantunya dalam menguruskan perniagaan.


“Alhamdulillah, saya sebagai suami rasa senang mempunyai isteri yang sama-sama bekerja dalam bidang yang sama. Dia banyak membantu saya. Nia kini mahu beri fokus kepada keluarga dan kerjaya.


Menjengah laman media sosial milik Nia, pasangan ini kita memilih menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan aktif bersukan. Antara aktiviti sukan kegemaran pasangan ini termasuklah golf, menyertai maraton, tennis, scuba diving dan sebagainya.


Malah aktiviti bersukan ini ternyata telah dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri ini dan kedua-duanya amat mendukung antara satu sama lain untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk tiga cahayamata mereka.


Aktress berusia 32 tahun ini berkahwin dengan Ardie Bakrie pada 2010 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie.

Pada Julai tahun lalu Nia ditahan bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan dia dikehendaki menjalani proses rehabilitasi selama 10 bulan.
Pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini selesai menjalani proses tersebut pada 29 Mac lalu dan kini sedia menjalani aktiviti seni seperti biasa.

Memilih menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan menumpukan perhatian terhadap tiga cahayamata merupakan keputusan yang tepat buat Nia yang mengimpikan sebuah keluarga yang harmoni bersama suami tersayang.

Share
Published by
Rosmah Idayu