Kalau tak ‘vass’ bukan Che Ta lah kan. Siapa yang tak kenal dengan aktres dan usahawan selebriti terkenal Rozita Che Wan, seorang yang sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
Mengenakan blazer berwarna jingga terang yang dipadankan dengan seluar dan boot hitam menyerlahkan lagi aura Che Ta sebagai seorang selebriti ternama. Tudung yang digayakan pun cantik! Kita yang melihatnya pun terpegun. Itulah Che Ta!
Pada majlis konvokesyen itu, anak teruna Che Ta memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree).
“Berbaloi la mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University … bukan sikit-sikit duit chek oiii..
“Tapi syukur Alhamduliilah, dengan izin Allah swt double degree dalam tangan
dear @aniqezra
“I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man.
btw enjoy your trip.”
Che Ta turut meluah kesyukurannya di atas segala usaha dan kerja keras anaknya itu selama ini dalam menimba ilmu sehinggalah meraih kejayaan hari ini.
“We are thankful to God for your successful graduation. It’s the result of your sincerity, hard work, and patience. You have found the result of your hard work. Congrats!
ANIQ EZRA AZUAR EFFENDY.”
Aniq yang kini berusia 24 tahun adalah zuriat hasil perkahwinan pertama Che Ta. Selain Aniq, seorang lagi anak teruna tampan Che Ta iaitu Ammar Effendy, 26 tahun.
Manakala perkahwinannya yang terkini bersama Zain Saidin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat adoreable iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9 tahun.
Semoga Che Ta kekal bahagia bersama keluarga tersayang serta sukses dalam perniagaan inai dan skarf miliknya.
Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan
This website uses cookies.