Walaupun kita menyambut Syawal ini dengan gaya yang berbeza namun tetap merayakannya bagi simbol kemenangan setelah sebulan berpuasa. Raya tetap raya, cuma perlu amalkan norma baharu untuk membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Ads

Berkesempatan menemubual pereka muda yang berbakat, Amazé, teruja untuk bertanya tentang sentuhannya untuk Syawal yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Gaya Klasik, Kurung Kembang & Kebarung Taruhan Amazé Rai Syawal Kala PKP

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), gandingan sahabat baik Amar Madfie dan Zeed Jamel sering menjadi pilihan selebriti. Sama ada untuk ke majlis berprestij tanah air mahupun majlis perkahwinan, sentuhan pereka muda ini sering mencuri tumpuan dengan rekaannya yang berani.

Gaya Klasik, Kurung Kembang & Kebarung Taruhan Amazé Rai Syawal Kala PKP

FESYEN HANGAT BUAT LEBARAN TAHUN INI?
Classic cut is here to stay! Kurung kembang juga kebarung menjadi pilihan wanita buat Lebaran tahun ini. Juga oversized pieces seperti blaus longgar dan kaftan. Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi keselesaaan menjadi kunci gaya. Beraya di rumah, maka tidak mahu yang terlalu sarat berperincian juga yang terlalu melekap di figura.

Gaya Klasik, Kurung Kembang & Kebarung Taruhan Amazé Rai Syawal Kala PKP

Ads

BAGI KOLEKSI LEBARAN TAHUN INI, APAKAH REKAAN YANG DIPERTARUHKAN OLEH JENAMA ANDA?
Memandangkan tahun ini kami fokus pada koleksi Bridal Amazé, maka tiada koleksi spesifik Aidilfitri buat tahun ini. Cuma, kami sediakan pilihan warna pastel daripada beberapa gaya koleksi Nostalgia 2021 kami, untuk dijadikan taruhan gaya Amazé kali ini. Selebihnya, fokus kami hanya pada custom made lebaran juga perkahwinan yang dilangsungkan pada bulan Syawal kelak.

Gaya Klasik, Kurung Kembang & Kebarung Taruhan Amazé Rai Syawal Kala PKP

Ads

APAKAH PERSEDIAAN UTAMA DALAM MENCARI BUSANA LEBARAN?
Bersedia dengan bajet yang secukupnya. Berbelanja ikut kemampuan. Tidak perlu begitu banyak helaian buat Syawal, cukup memadai sekadar sepersalinan. Yang penting, quality over quantity.

KONGSIKAN TIP PENTING MEMILIH BUSANA LEBARAN?
Pilih potongan yang terletak cantik di badan. Kalau mampu, go for tailored fit. Juga pilih material yang breathable dan nipis.

Gaya Klasik, Kurung Kembang & Kebarung Taruhan Amazé Rai Syawal Kala PKP Gaya Klasik, Kurung Kembang & Kebarung Taruhan Amazé Rai Syawal Kala PKP

NASIHAT KEPADA MEREKA YANG MAHU MENJADI PEREKA FESYEN?
Amazé bermula daripada bawah. Kami tidak tergopoh-gapah mahu memiliki jenama sendiri sebaliknya kami bekerja di bawah naungan orang lain dulu. Belajar bagaimana selok-belok dunia fesyen dan perniagaan sangat elok untuk menyiapkan diri sebelum membina empayar. Pengalaman sangat penting kerana ia mampu menjadi panduan. Sebagai pereka fesyen pula, kita harus tahun apa forte dalam rekaan. Tidak dinafikan populariti juga penting, oleh itu, gunakan platform media sosial dengan baik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI