Bagaimana agaknya perasaan selebriti terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo apabila diundang menjadi pensyarah jemputan di alma mater nya, iaitu Universiti Indonesia? Teruja dan tidak sabar untuk berkongsi ilmu!
Pelakon yang popular melalui filem Ada Apa Dengan Cinta itu baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menjadi pensyarah jemputan di Universiti Indonesia (UI). Dian diundang untuk mengajar di kelas vokasional UI dan berkongsi ilmu tentang perfileman serta lakonan dengan penuntut universiti berkenaan.
Untuk rekod, Dian atau nama sebenarnya Dian Paramita Sastrowardoyo merupakan graduan lulusan Universiti Indonesia dan alumni Ilmu Falsafah, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya pada Julai 2007.
Pada kesempatan tersebut, aktress berusia 40 tahun itu diberi penghormatan untuk mengajar tentang subjek struktur filem, matlamat jangka panjang dalam sebuah karakter, bahasa visual dan mise en scene.
Dian berkongsi momen foto dan video tatkala sedang mengajar di kelas vokasional UI di akaun media sosial miliknya.
Pelakon yang berbakat besar itu sempat menitipkan pesanan berguna untuk para pelajar untuk menjadi pelajar yang baik dalam jurusan yang mereka pilih. Dian sempat berpesan kepada pelajarnya untuk melakukan tugasan dengan baik dan mengakui dia seorang yang tidak kedekut memberi markah asalkan dapat membuatnya kagum.
“Buat pelajar-pelajar saya, selesaikan tugasan kamu dengan penuh semangat. Saya tahu kamu semua jauh lebih bijak dan kreatif daripada yang kamu sangkakan.
“Saya tidak kedekut untuk memberi markah, tetapi kamu perlu yakinkan saya. Jadi, kagumkan saya dengan tugasan kamu,” katanya.
Tampil dengan wajah polos dan mengenakan blouse putih serta kain batik Indonesia sambil melengkapkan penampilan berkasut sukan, penampilan bersahaja Dian Sastro mendapat pujian warga maya yang teruja melihat gaya ringkas dan polos selebrtii yang mempunyai nama besar di persada perfileman Indonesia itu.
Untuk info, Dian merupakan pelajar lulusan Universiti Indonesia dan alumni Ilmu Falsafah, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya pada Julai 2007.
Dian Sastro merupakan antara selebriti Indonesia yang sering menggayakan kain batik Indonesia yang digayakan mengikut citarasanya hasil gabungan moden dan lebih selesa.
This website uses cookies.