Kiffy Razak memberi tip rekaan terbaik yang boleh dijadikan inspirasi buat rekaan busana dan gaya anda untuk bulan ini. Kini anda juga mampu bersuara bagai seorang pereka fesyen!
(a) Mengambil inspirasi dari kisah Lolita iaitu gadis muda yang ingin bergaya seperti wanita dewasa. Pilihan rona putih dan krim paling tepat. Siluet berlengan puff oversize, volume berombak pada bahagian dada dan skirt kembang atau kembung dari fabrik sifon, organza, cotton atau sutera Thai.
(b) Jika ingin penampilan dalam aura batik, pilih corak lakaran batik yang bergaris, moden dan abstrak. Warna-warna seperti oren, ungu, hijau tosca dan tembaga mampu menonjolkan penampilan anda dalam gaya etnik yang lebih menarik.
(c) Corak bunga usah ditinggalkan dan sesuai digayakan kala musim dingin datang bertamu. Pilih motif print
bunga besar dengan mood yang cukup indah dengan pilihan fabrik lembut sutera sifon atau satin sahaja agar kelihatan lebih ringan dan playful.(d) Lebih drama dan klasik pada pilihan busana kontemporari gaya 20an. Dalam satu busana digabungkan pelbagai elemen dan motif. Bahan yang boleh digunakan voile, leather, brocade, jacquard, taffeta dan organza. Mainan manik dan batu permata atau kristal perlu bagi menyerlahkan lagi penampilan.
(e) Tampil dengan gaya nusantara dengan hiasan aksesori etnik yang dimodenkan rekaannya. Warna batuan aksesori yang menjadi pilihan emerald, jade, turquoise, merah, ruby, ungu dan emas. Kekuatan teknik print dan penambahan detail manik-manik dan batuan sengaja dihadirkan untuk mereka yang mencintai sentuhan etnik dalam penampilan.
(f) Kurung jangan dipinggirkan, masih kekal menjadi pilihan biarpun tahun meningkat usianya. Hadir dalam siluet H line, baju kurung serta tunik, bahan renda, sifon dan tenun perlu menjadi pilihan untuk koleksi tradisi ini.
(g) Pilihan rekaan kimono dari Jepun masih mendapat perhatian. Jika ingin kelihatan lebih diva, bahan sutra tenun, synthetic organza
dan velvet lycra menjadi pilihan. Bahan diolah melalui teknik pakaian kimono dengan gaya yang terletak dan tumpuan pada bahagian bekung pinggang. Minta tukang jahit anda menawarkan siluet yang exaggerated dengan ruffles dan deconstructed cut yang dilakukan di atas tailor’s dummy. Baju kimono yang dimodifasikan dengan gaya street wear dan paduan warna terang mampu memberi kesan fusion yang lebih kental dan tegas.
TIP GAYA
This website uses cookies.