Ads
Home Berita Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh...

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Ads

Akrab, mesra dan saling melengkapkan. Begitulah romantisnya pasangan Diraja Selangor ini setiap kali lensa kamera merakam foto kandid baginda berdua.

Semenjak melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos 2016 lalu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, rakyat jelata berpeluang melihat Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi baginda dalam pelbagai majlis.

Ads

Nona sendiri kerap mengikuti perkembangan bekas pembaca berita RTM itu yang sememangnya cukup jelita, bersopan santun dan manis dipandang.

Terkini, kemunculan Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena lawatan diraja menaiki LRT, MRT dan Monorail mencuri perhatian netizen. Lawatan yang berlangsung bermula pagi tadi turut menyaksikan keperibadian sultan berjiwa rakyat itu yang cukup sederhana dan merendah diri.

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Kebahagiaan dan kemesraan baginda berdua cukup menjadi inspirasi rakyat sepanjang menyempurnakan lawatan sehari ini. Paling manis di mata Nona, tentulah melihat gaya ranggi Tengku Permaisuri Norashikin yang sedondon suami tercinta.

Meskipun sekadar bersolek tipis, namun pesona wanita bertubuh langsing itu sungguh mengasyikkan. Sekadar tekaan, gandingan kemeja putih Ralph Lauren dengan seluar jean biru, tali pinggang kulit Hermes dan tas tangan Longchamp yang sederhana tetap saja glamor di tubuhnya. Sneakers putih pula menyempurnakan penampilan.

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Ads

Ringkas, tapi ada class tersendiri. Betulkan?

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli menggunakan perkhidmatan rel antara bandar bermula dari Stesen LRT Glenmarie menuju ke Stesen KL Sentral.

Baginda berdua seterusnya menaiki MRT menuju ke Stesen Stadium Kajang dan bersantap di Restoran Sate Kajang Haji Samuri, sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur menaiki MRT ke Stesen Merdeka.

Ads

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Sungguh Class!

Dari sana, perjalanan sekali lagi diteruskan menaiki LRT dan Monorel menuju ke Stesen Bukit Nanas. Pasangan Diraja Selangor ini akhirnya berhenti di Concorde Hotel Kuala Lumpur untuk acara minum petang diraja.

Turut kelihatan mengiringi pasangan Diraja ini adalah anakanda Sultan Selangor sendiri, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah dan suami, Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson.

Tidak ketinggalan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz dan Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Asri Sapfie/Selangor Royal Official/Media Selangor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI