Gedung IKEA Terbesar Di Asia Tenggara, 10 Sebab IKEA TEBRAU Wajib Dikunjungi Hujung Minggu Ini!

Nak tahu apa yang istimewa sepanjang opening week ini?

Sepanjang hari pembukaan dan hujung minggu, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran terhad dan aktiviti di gedung untuk seisi keluarga seperti cat muka, badut pembuat belon dan pemberian belon percuma, penampilan maskot dan banyak lagi.

Malah, pada hari pembukaan, pengunjung boleh mendapatkan tawaran harga istimewa untuk beberapa produk antaranya termasuklah bingkai katil BRUSALI bersaiz queen dan meja tepi katil BRUSALI pada harga yang cukup menarik.

Manakala sepanjang minggu pembukaan pula iaitu dari 16 hingga 26 November, dapatkan LERBERG shelf unit pada potongan harga sehingga 50 peratus. Begitu juga jam thermometer KLOCKIS.

Dengan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki, pilihan makanan yang enak turut tersedia di rangkaian restoran, bistro dan kedai khas makanan Sweden, serta Smaland, iaitu kawasan permainan untuk kanak-kanak yang diawasi. Bersandarkan fasiliti dan promosi hebat ini, IKEA Tebrau pastinya akan menjadi pilihan seisi keluarga untuk dikunjungi.

Mempunyai pasukan pekerja seramai lebih 300 orang, IKEA bersedia menerima kunjungan lebih 1.8 juta orang pelanggan yang tinggal dalam jarak sejauh 60 minit dari gedung IKEA.

IKEA Tebrau terletak berhampiran dengan outlet terkemuka lain kini menjadi sebahagian daripada destinasi peruncitan yang rancak dan meningkatkan lagi imej Tebrau sebagai lokasi yang hebat untuk menjamu selera, membeli-belah dan bersantai. Selain  itu, IKEA Tebrau turut menyediakan perkhidmatan tambahan untuk kemudahan para pelanggan. Ini termasuk pengambilan dan penghantaran ke rumah, pemasangan perabot, IKEA Gift Card, pelan pembayaran ansuran 0%, syarat pemulangan dalam masa 100 hari, WIFI percuma dan kemudahan Aplikasi IKEA Store App dan banyak lagi.

Untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, IKEA Tebrau menyediakan 1,771 petak letak kereta. Bagi memudahkan perjalanan ke gedung, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Larkin Sentral dan Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad  Johor Bahru.

Bagi anda penggemar hidangan Sweden terutamanya hidangan signature dish Ikea seperti Sweedish Meatball, stor IKEA terbesar di Asia Tenggara ini wajib dikunjungi hujung minggu ini. Dengar khabar, pada hari perasmian sahaja restoran dan bistro IKEA sudah padat dengan pengunjung. Jadi, jangan lupa mengunjungi IKEA Tebrau hujung minggu ini!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

 

IKLAN
Share