Bertuahnya pelakon dan model jelita, Kavita Sidhu dikurniakan ibu mentua yang sangat baik dan pandai memasak.
Tak hairanlah hubungan menantu dan ibu mentua ini sangat akrab.
Tujuh tahun Kavita bergelar isteri kepada lelaki Itali, Roberto Guiati.
Baru-baru ini, Kavita atau nama penuhnya Kavita Kaur Sidhu memuat naik dua video pendek momen dia bersama ibu mentuanya, Valentina Rossi sedang menyediakan menu tradisi Itali iaitu lasagna.
“Belajar cara membuat Salmon Lasagne di rumah daripada yang terbaik (ibu mentua) !
Seronok tengok bonding antara Kavita dengan ibu mentuanya itu ketika mereka memasak bersama-sama di dapur. Mesti menantu kesayangan ni.
“Wow menantu kesayangan niii” kata salah seorang pengikutnya.
Comel je tengok gelagat ibu mentua Kavita, sambil memasak sambil tak lekang berkongsi tip masakan kepada menantunya yang cantik itu.
Kata Kavita, setiap kali pulang ke Itali dia pasti akan berpeluang menikmati ‘air tangan’ ibu mentuanya itu.
“Valentina, ibu mentua saya yang cantik sering buatkan ini (lasagna) untuk saya apabila saya melawatnya di Itali.
“Sangat mudah (untuk disediakan) jika mempunyai bahan yang betul.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Kavita memuji kelazatan menu tersebut biarpun sekadar melihat video dan tak kurang juga ada yang meminta resipi untuk dicuba.
“Full recipe please”
“Kindly share the recipe, dear”
Tulis Kavita lagi, dia akan cuba membuatnya semula sendiri dan berharap rasanya setanding ‘air tangan’ ibu mentua.
“Dan ianya selesai dalam masa 30 minit! Smoked Lasagne Salmon dengan bechamel souce yang sangat sedap dan sempurna.
“Sekarang masa untuk saya membuatnya semula sendiri.”
Untuk info, Kavita Sidhu dan Roberto Guiati bergelar suami isteri pada Januari 2016. Suami Kavita merupakan ahli geologi di sebuah syarikat cari gali minyak.
Kavita pernah membintangi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba seperti Layar Lara, Mimpi Moon dan Pontianak Harum Sundal Malam I & II, dan Tanda Putera.
Kredit Foto: Instagram Kavita Sidhu
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.