Nama Bill Gates sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bill Gates merupakan sosok di sebalik kejayaan Microsoft, yang mana sistem operasinya, Windows, terdapat di kebanyakan komputer di seluruh dunia.
Bill Gates menduduki kedudukan individu kedua terkaya di dunia dengan nilai kekayaan AS$98 bilion (RM426 bilion), meningkat AS$1.5 bilion (RM6.51 bilion) berbanding tahun lalu. Menyingkap kisah cinta pasangan ini, mereka menjalani hubungan cinta selama tujuh tahun, sebelum akhirnya melangsungkan pernikahan pada tahun 1994. Dikhabarkan Gates menyewa seluruh kamar hotel di Manele Bay Hotel dan semua helikopter di pulau tersebut untuk menjaga privasi majlis pernikahannya pada 1 Januari 1994. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak bernama Jennifer, Rory dan Phoebe.
Meskipun bergelar isteri kepada individu ke 2 terkaya di dunia, Melinda French Gates dan suami, Bill Gates merupakan individu yang gemar menjalani hidup yang sederhana. Malah, pasangan ini telah menubuhkan yayasan dikenali sebagai Bill and Gates Foundation, yayasan amal terbesar di dunia!
Yayasan yang didirikan pada tahun 1999 ini memberi tumpuan pada penghentian infeksi penyakit menular di seluruh dunia, termasuk HIV dan malaria. Pasangan ini dikenal dengan kekayaannya yang berlimpah ruah. Dengan kekayaan tersebut, mereka telah banyak memberikan sumbangan melalui yayasan yang ditubuhkan. Satu usaha murni yang wajar dijadikan inspirasi.
Di sebalik kejayaan Bill Gates, Melinda adalah antara faktor pendorong untuk dirinya berjaya sebagai tokoh konglomerat mahupun kerja-kerja amal yang sering dilakukannya.
Malah tidak hairanlah mengapa Melinda French Gates pernah menerima ranking sebagai salah seorang wanita paling berkuasa di dunia oleh Forbes.Walaupun dikaitkan dengan kemewahan, namun beliau lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana. Menurut laman Forbes, pasangan suami isteri itu memiliki kekayaan AS$85.7 milion dan pernah diumumkan sebagai pasangan suami isteri paling kaya di dunia!
Dalam usaha membanteras kemiskinan, kedua-duanya menubuhkan Yayasan Bill dan Melinda Gates dengan menyumbang 95 peratus kekayaan mereka kepada yayasan itu.-Kedua-duanya mengumumkan untuk melaksanakan misi mahu membanteras kemiskinan di seluruh dunia melalui pendidikan, kesihatan dan hubungan yang baik sesama manusia.
Melalui Bill and Melinda Gates Foundation, Melinda menyalurkan lebih dari US$ 40 mil ke berbagai organisasi di dunia. Tujuannya adalah memperbaiki masalah kesihatan dan kesejahteraan wanita di negara miskin dan berkembang. Hasil kerja keras yayasan ini telah menyaksikan penurunan jumlah kematian ibu melahirkan sebanyak 57% di Eutophia sejak tahun 1990.
Dalam mendepani pandemik COVID19, bilionair yang mempunyai nilai harta kekayaan lebih AS$100 bilion (RM437 bilion) itu juga mengulas dengan terperinci tentang kesihatan awam dan bagaimana penjarakkan sosial dan peranan kerajaan dapat meredakan pandemik tersebut.
Malah, beliau juga menyelar tindakan melulu Amerika Syarikat (AS) yang membekukan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disifatkan sebagai keputusan berbahaya.
“Tugas mereka adalah untuk memperlahankan penyebaran Covid-19 dan jika usaha itu dihentikan, tiada pertubuhan lain yang dapat menggantikan WHO. Dunia memerlukan WHO sampai bila-bila,” kata Gates.
Kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial itu turut meraih lebih 200,000 like.
“Saya bimbang dengan impak terhadap ekonomi dan lebih buruk lagi bagaimana ia akan memberi kesan kepada negara membangun yang gagal melaksanakan penjarakkan sosial seperti dilakukan negara maju dan keupayaan kelengkapan hospital di negara itu yang jauh lebih rendah,” ujarnya.
Sifat empati beliau terhadap krisis itu semakin jelas selepas Gates mengumumkan mahu menyalurkan dana tambahan berjumlah AS$100 juta (RM437 juta) untuk memerangi wabak tersebut pada Februari lalu.
“Ini adalah masalah global. WHO ialah sebuah institusi yang menyatukan negara dan memastikan kita berkongsi amalan terbaik antara satu sama lain,” ujar Gates ketika wawancara bersama stesen televisyen ABC News.
Kenyataan itu turut dipersetujui isterinya, Melinda yang melihat WHO sebagai sebuah pertubuhan tepat yang dapat menangani wabak tersebut.
“Kami telah bekerjasama dengan WHO selama lebih 20 tahun. Tiada institusi yang sempurna. WHO yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua bertujuan untuk menangani isu seperti ini.
“Oleh itu, keputusan AS membekukan dana mereka adalah tidak wajar,” kata Melinda yang turut mengumumkan dana tambahan berjumlah AS$150 juta (RM655 juta) disalurkan daripada The Bill & Melinda Gates Foundation bagi membantu mempercepatkan penghasilan rawatan, vaksin dan langkah kesihatan awam untuk membendung wabak tersebut.
Difahamkan, yayasan tersebut adalah pemberi dana kedua terbesar kepada WHO selepas AS. Dana tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang disumbangkan Yayasan The Bill & Melinda Gates Foundation kini mencecah AS$250 juta (RM1.1 bilion).
Di samping sokongan diagnostik, ubat-ubatan dan vaksin, tujuan utama dana Gates tersebut adalah untuk membantu negara miskin dan populasi yang berisiko untuk menghadapi penularan pandemik terbabit.
“Sebagai komuniti global, kita perlu menangani situasi yang baru bermula di negara Afrika dan Asia Selatan. Kami melihat keperluan yang amat besar. Oleh sebab itu, kami perlu melipatgandakan komitmen.
“Golongan itu yang perlu kami bantu untuk memastikan pemindahan bayaran tunai dapat dilakukan dan mereka mempunyai akses kepada rawatan kesihatan utama,” tambah Melinda lagi.
Ketika ini, yayasan pasangan tersebut sedang menyokong lapan projek bagi mencari penyelesaian berpotensi untuk penghasilan vaksin Covid-19 yang dijangka mengambil masa selama 18 bulan selain membiayai peningkatan keupayaan pengesanan virus di Afrika.
Sejak beberapa dekad lalu, pasangan Bill dan Melinda Gates telah membiayai program penyelidikan dan beliau juga pernah memberi amaran tentang pandemik yang boleh meragut lebih 10 juta nyawa ketika mengulas topik The next outbreak? We’re not ready? (Wabak akan datang? Dunia masih belum bersedia) di TED Talk pada 2015 dan mengulangi ramalan sama dalam satu acara di Davos pada 2017. – Agensi