Gemar Minum Kopi Tanpa Gula, HETTY KOES ENDANG Akui Boleh Minum Sampai 12 Cawan Sehari

Hetty Koes Endang enyanyi evergreen Indonesia yang popular dengan lagu ‘Aduh Manis’ rupa-rupanya seorang pencinta kopi.

Siapa sangka, wanita berusia 66 tahun ini masih mempunyai hobi mengambil minuman berkafein walaupun sudah berusia.

Kredit Foto: Instagram Hetty Koes Endang.

Memetik perkongsian portal SINDOnews.com, Hetty sangat menggemari kopi hitam dan tidak boleh menggantikannya dengan minuman lain.

“Saya pun tak tahu (kenapa suka kopi). Jadi kalau beli kopi macam air minum,” kata Hetty.

Tanpa ragu, Hetty mengakui bahawa dia boleh minum sehingga 12 cawan kopi sehari.

Kredit Foto: Instagram Hetty Koes Endang.

Bagaimana pun, penyanyi senior ini menegaskan kopi yang diambilnya adalah kopi hitam tanpa gula.

“Kalau Afi (anak Hetty) tak halang, Ibu (Hetty) boleh minum 12 cawan (kopi) sehari. Tapi tak campur gula, cuma kopi hitam,” tambah Hetty.

Pun begitu, kini Hetty mula mengurangkan tabiat ini dan kerap mengambil air putih.

Kredit Foto: Instagram Hetty Koes Endang.

Biarpun gemar meminum kopi, Hetty tetap menjaga kesihatan dan mengakui tidak pernah mengadu sakit perut yang sering dialami oleh pencinta kopi.

“Ibu ada pemeriksaan berkala, alhamdulillah, insya-Allah tidak mendapat sakit perut,” katanya.

Kredit Foto: Instagram Hetty Koes Endang.

Selain rutin pemeriksaan kesihatan, Hetty juga mengakui dia turut menerapkan pemikiran positif demi mengekalkan kesihatan fizikalnya.

Kredit Foto: Instagram Hetty Koes Endang.

“Rutin pemeriksaan Ibu setiap 6 bulan.

“Tiada apa-apa rahsia pun yang penting kita enjoy dan berfikiran positif kerana ia akan memberi kesan kepada badan.

“Lagipun Ibu dah tua,” akhirinya. Semoga Bonda Hetty Koes Endang sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan awet muda.

Share
Published by
Amy Mohd