Guardian Malaysia telah memperkenalkan rangkaian set hadiah istimewa yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk yang memberi inspirasi untuk musim perayaan yang bakal tiba.
Ads
Set-set hadiah eksklusif ini yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan Guardian.
Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Guardian sangat bangga dengan produk jenama sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, Guardian berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.
Perniagaan Guardian adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak Guardian bermula, ia dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.
Ads
Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.
Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tingkah laku sedemikian menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja.
Umum mengetahui, nama penyanyi Noh Hujan sebelum ini hangat diperkatakan berikutan kes penceraiannya bersama dengan Mizz Nina Ogos lalu. Namun tidak lama kemudian, Noh sekali lagi menjadi bualan ketika kemunculannya di pentas KLFW.
Baru-baru ini, penampilan penyanyi popular Noh Hujan mendapat perhatian DG Noor Hisham tampil memegang sebatang rokok ketika muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) Ahad lalu.
DG Noor Hisham turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha KKM mengekang budaya merokok.
“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.
Untuk makluman, rokok difatwakan haram sejak 1995. Vape dan e-cigarette (rokok elektronik) difatwakan haram sejak 2015.
Semoga perkara ini menjadi iktibar buat mereka di luar sana. Tabiat buruk seperti merokok seharusnya dibendung sehabis baik dan semoga pihak penganjur akan lebih berhati-hati selepas ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diabetes jenis 2 (T2D) ialah sejenis penyakit tidak berjangkit dan antara penyakit kronik dalam senarai teratas yang menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, kira-kira satu daripada lima atau 3.9 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menghidapi T2D.
Menjelang 2025, dianggarkan bilangan rakyat Malaysia yang cenderung menghidap T2D akan meningkat kepada tujuh juta orang, atau hampir satu daripada tiga orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas.
“Bilangan pesakit yang menghidap penyakit ini meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun lalu.
“Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, bilangan penghidap diabetes dewasa meningkat daripada 11.2% pada 2011, kepada 18.3% pada 2019 dalam tempoh lima tahun. Tend ini akan terus berlaku memandangkan kadar pradiabetes dan berat badan berlebihan/obesiti yang tinggi.
“Kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan diabetes pada masa hadapan. T2D menjadi kebimbangan serius kerana ia menjadi faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular dan buah pinggang.
“Jika anda menghidap diabetes, kemungkinan untuk menghidap penyakit jantung atau strok dua kali ganda lebih tinggi berbanding seseorang yang tidak menghidap diabetes dan pada usia yang lebih muda.
“T2D juga merupakan punca utama penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD),” kata perunding pakar endokrinologi Hospital Putrajaya Datuk Dr Zanariah Hussein.
Menurutnya walaupun terdapat pelbagai ubat untuk mengawal penyakit diabetes, masih ramai pesakit tidak dapat mengawal penyakit ini dengan baik.
“Ramai pesakit berasa sukar untuk mengubah gaya hidup mereka seperti mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan bersenam dengan kerap bagi membantu menguruskan penyakit tersebut.
“Penyakit ini juga sukar dikawal kerana kurang pematuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan terutama apabila mereka berasa sihat.
“Para pesakit tidak sedar tahap glukosa yang tidak terkawal dalam darah boleh mengakibatkan masalah kepada pelbagai organ dalaman seperti buah pinggang, mata, saraf, jantung dan lain-lain,” katanya.
Pematuhan pengambilan ubat-ubatan penting bagi pesakit diabetes bagi memastikan paras gula dalam darah kekal dalam julat normal sepanjang masa. Kajian oleh Teng CL et al, yang diterbitkan dalam Journal of the ASEAN Federation of Endocrine Societies, 34.2% pesakit diabetes mengambil ubat kurang daripada jumlah ditetapkan.
Menurut Profesor perubatan dan perunding endokrinologi Universiti Teknologi MARA, Dr Rohana Abdul Ghani, antara faktor yang boleh menjejaskan pematuhan pesakit dalam pengambilan ubat-ubatan ialah bilangan ubat yang sedang diambil, kekerapan pengambilan, bilangan dos, dan kemudahan untuk mengambil ubat.
“Dekad yang lalu menyaksikan terapi-terapi baharu seperti glucagon-like-peptide-1 receptor agonists (GLP-1 RAs) yang sedang dibangunkan.
“Jenis ubat ini meniru tindakan hormon GLP-1 semula jadi dalam badan yang meningkatkan rembesan insulin daripada pankreas mengikut jumlah gula dalam badan, melambatkan pembebasan glukosa yang disimpan di dalam hati, melambatkan penghadaman dan menggalakkan rasa puas (atau rasa kenyang),” jelasnya.
Satu lagi inovasi yang dicapai baru-baru ini ialah pembangunan ubat GLP-1 RA dalam bentuk oral yang dahulunya hanya boleh didapati dalam bentuk suntikan.
Selain merawat diabetes, ubat GLP-1 RA juga terbukti mempunyai kesan perlindungan terhadap jantung.
Menurut Pakar Perunding Kanan Kardiologi Institut Jantung Negara Dato’ Sri Dr Azhari Rosman, ujian klinikal menunjukkan ubat jenis ini berjaya mengurangkan bilangan kejadian kardiovaskular kepada penghidap penyakit diabetes jenis 2.
“Kesan perlindungan terhadap jantung termasuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung serta serangan jantung dan strok yang tidak membawa maut.
“Ini sangat penting kerana pesakit diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali ganda lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat serangan jantung atau strok berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
“Ubat yang boleh merawat diabetes sekali gus melindungi jantung memberi manfaat tambahan kepada pesakit memandangkan penyakit jantung masih lagi menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia.”
Sumber: Novo Nordisk
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin hari makin cantik Tya Arifin. Lebih-lebih lagi sejak ratu hati Asyraf Khalid ini memilih penampilan yang lebih sopan dan sejuk mata memandang. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini Tya pun turut tumpang gembira selepas melihat perubahannya hari ini. Apatah lagi, hampir lima tahun melayari bahtera perkahwinan dan dikurniakan dua cahaya mata comel, Tya mahu lebih menghargai kehidupan dan berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah!
Desas-desus mengenai berita penghijrahan Tya mula kedengaran sejak usahawan jamu, Mutyara ini memuatnaik gambar di samping suami tercinta empat hari yang lalu. Romantis memeluk lengan Asyraf sambil berhijab polos rona putih dan berbaju kurung merah jambu, rata-rata peminat yang melihat gambar berkenaan meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar wanita cantik ini terus terbuka hati untuk bertudung.
Walau hanya mengenakan solekan nipis namun aura dan pesona Tya jelas terserlah dalam gaya hijab ringkas tersebut. Cukup minimalis tetapi menawan!
Berturut-turut memuatnaik gambarnya mengenakan hijab termasuk ketika melawat adik Asyraf iaitu Aazief Khalid yang sedang sakit di hospital… menguatkan lagi kenyataan bahawa pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini sudah pun berhijab sepenuhnya. Melangkau usia 26 tahun, ia pastinya perubahan besar dan paling dinanti-nantikan Tya.
Ketika dihubungi Nona, Tya sambil tertawa mengesahkan perkhabaran itu dan berharap peminat mendoakan kemudahan buatnya serta kekal istiqamah dengan penghijrahan
tersebut. Meskipun baru berjinak-jinak untuk menutup aurat tetapi Tya kelihatan cukup selesa berhijab dan tidak kekok.
Di samping aktif mengusahakan produk Mutyara dan mengajak para ibu menggalakkan penyusuan badan, jadual harian Tya juga diisi dengan tanggungjawabnya mengurus anak
dan suami.
Bergelar isteri kepada Asyraf pada November 2015, wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini menerima kehadiran anak sulung iaitu Arif Jiwa pada bulan Mac 2017 sebelum menimang cahaya mata perempuan pada Azzahra jiwa pada 9 Mei tahun lalu.
Dek kerana rajin berkongsi tip dan ilmu penyusuan susu badan, usaha murni Tya itu telah menarik perhatian Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Kagum dengan semangat dan komitmen Tya memberi susu badan secara eksklusif kepada anaknya, pihak terbabit berbesar hati mengiktiraf jasa ibu muda ini dengan melantik Tya sebagai
Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...