Naelofar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila jenama yang cukup sinonim dengan fesyen muslimah popular di Malaysia ini menghasilkan rekaan sulung busana eksklusifnya di Madinat Arena, Dubai awal November lalu.
Ia adalah sempena penganjuran edisi kedua Swarovski’s Sparkling Couture: Infinity Exhibition yang turut menghimpunkan lebih 40 busana mewah melibatkan 50 orang pereka fesyen dari 17 buah negara di serata dunia.
Antara label antarabangsa yang tersenarai dalam pameran berprestij ini termasuk Zumorrod, Al Qattan dan Rizwan.
Bertemakan lima konsep rekaan merangkumi perkahwinan, etnik, persalinan gaun petang dan modest wear di samping garapan perhiasan serta aksesori yang bertahtakan butiran kristal Swarovski, rekaan unik Salacia menterjemahkan inspirasi busana Naelofar yang berasaskan rona-rona lautan.
Dengan penyertaan Naelofar dalam pameran bertaraf antarabangsa berkenaan pastinya membuka peluang lebih besar buat pengusaha industri muslimah ini menembusi pasaran dunia. Sekali gus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena fesyen global.
Raya Kali Ini Tak Menawan Tanpa LANCOME ABSOLUE ROSE DROP! Kulit Lebih Berseri & Mulus
Haruman segar bunga mawar menyelubungi segenap ruang di Nizza Sofitel telah menyuntik perasaan indah yang sukar digambarkan. Setiap sudut telah diserikan dengan kelopak mawar yang mampu memikat hati sesiapa sahaja. Jenama produk penjagaan dan kecantikan kulit telah mengangkat bunga mawar sebagai elemen utama rangkaian produk terbaharunya, The Absolue Rose Drop.
Produk yang terbaharu ini menjanjikan keputusan yang menakjubkan dan pasti menjadi produk penjagaan diri yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Absolue Precious Cells Rose Drop Night Peeling Concentrate adalah kunci kepada kecantikan kulit kerana mampu melakukan proses eksfoliasi kulit dalam tidur anda. Diperkaya dengan konsentrasi minyak yang dirumuskan khas berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati yang tidak diperlukan oleh kulit.
Krim mewah ini akan menghasilkan kulit cerah berseri secara semula jadi dan boleh menerima nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit secara maksimum. Kulit juga akan kekal muda kerana kelembapan bawah kulit terpelihara secara semula jadi.
Zikir ‘Penyelamat’ Ketika Hadapi Detik Cemas & Stres, DATO’ DR FADZILAH KAMSAH Pun Amalkan!
Aura Dato’ Dr Fadzilah Kamsah masih berbisa. Seperti magis, setiap butir bicara yang dituturkan beliau ‘merangsang’ para pendengar untuk praktik ilmu yang telah disampaikan. Kali ini, Dato’ Dr Fadzilah berkongsi pesanan tentang kehebatan zikir dan perihal stres atau tekanan yang mudah melanda masyarakat hari ini.
Menerusi video live di Facebook rasminya, pakar motivasi ini mendedahkan rahsia yang diamalkan beliau semasa menghadapi situasi cemas dan gemuruh ketika masih bergelar penuntut. Katanya, “Saya menulis tesis PhD selama 6 minggu setebal 300 muka surat sepenuhnya di masjid. Di sana, saya kerap buat solat taubat, solat hajat dan solat sunat untuk dapatkan ilham. Alhamdulillah, first draft saya Profesor baca… hanya tiga muka surat je yang kena repair. Daripada lapan Prof yang menilai tesis itu, enam adalah Yahudi dan mereka meluluskan tesis tersebut dalam masa yang boleh dikatakan agak cepat.
Sepatutnya interview bersama panel akan berlanjutan sehingga enam jam tapi waktu saya, hanya sejam saja. Kepada mereka yang rasa stres nak jumpa bos, pensyarah dan sebagainya boleh cuba amalkan 3 nama Allah ini seperti di dalam Asmaul Husna.. ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir’ seperti yang saya amalkan ini semasa gemuruh dan stres.
Waktu itu, saya baca banyak-banyak dan hembus ke arah dewan di fakulti sebanyak 300 kali. Sepatutnya 3 kali je. Tak sangka, sesi tu dapat habis awal. Dengan izin Allah, saya dapat jawab dengan penuh yakin. Dan selepas satu jam mereka (panel) berhenti bertanya. Paling tak sangka mereka memuji dan sangat berpuas hati dengan tesis saya.
Ya Aziz (Maha Gagah), Ya Jabbar (Maha Perkasa), Ya Mutakabbir (Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran).. amalkanlah untuk memberi keyakinan, mengurangkan stres dan membuat orang terpegun.”
Memandangkan bidang tugas dan pekerjaan masyarakat hari ini lebih mencabar dan terdedah dengan tekanan, Dato’ Dr Fadzilah turut menitipkan pesan berikut. Apa yang pasti, setiap daripada kita tak lepas daripada mengalami tekanan hidup.
“Ingat, semua orang yang normal juga stres. Kalau tak dirawat dan diurus akan jadi teruk, sengsara dan rentetan daripada itu akan menyebabkan masalah kepada fizikal, spiritual, sosial dan macam-macam lagi akan berlaku akibat gagal kawal stres. Kita mungkin rasa macam ok tapi sebenarnya kita tak perasan diri sedang stres sebab sudah terbiasa. Tahap stres ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu kurang stres, sederhana dan maksimum yang meninggalkan kesan negatif kepada diri.
Stres pada dasarnya akan beri kesan positif sebab ia merangsang diri agar lebih bersemangat, berdaya saing, lebih kreatif, lebih bertenaga untuk menjalankan tugas. Tapi kalau sampai keterlaluan dan melampaui batas, boleh buatkan seseorang itu murung, mudah marah, cepat penat, tak sihat, susah buat keputusan, tak mampu beri idea dan susah selesaikan masalah. Do something about it untuk uruskan stres dengan optimum agar hidup lebih ceria.”
Sumber: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf
Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal dan sensasi Joy Revfa bukan? Sejak kebelakangan ini sudah jarang sekali kisah tentang ibu kepada seorang cahaya mata ini diperkatakan di dada-dada akhbar mahupun di media sosial.
Sehinggalah baru-baru ini, Joy berkongsikan gambar di mana dia meraikan kedatangan Aidilfitri dengan sebuah keluarga dipercayai keluarga teman lelakinya.
Menurut sumber Mstar, Joy Revfa meraikan hari raya bersama seorang jejaka berbangsa Cina pada 1 Syawal lalu dan lelaki tersebut merupakan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Adrian.
Joy turut menjelaskan yang lelaki tersebut, Adrian atau nama Islamnya, Muhammad Adrian Yeah adalah bakal suaminya yang dikenali sejak awal Februari lalu.
“Kami kenal awal Februari lalu tapi setuju untuk membawa hubungan ke arah lebih serius pada 18 Februari 2023. Sejak itu, kami memang tidak main-main dan serius merancang masa depan bersama. Insya Allah kami akan mengikat tali pertunangan pada Mei ini,” katanya.
Menurut sumber, mereka bukan sahaja sedang mengenali hati budi tetapi Joy teruja dan bertanggungjawab membimbing Adrian mendalami ilmu agama Islam dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Dedahnya, Dr Adrian yang juga seorang doktor perubatan sudah pun melafazkan syahadah dan bergelar mualaf pada 24 Mac lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.
“Alhamdulillah Adrian telah memeluk agama Islam pada 24 Mac lalu dan sekarang saya sedang membimbingnya untuk belajar lebih mendalam tentang Islam. Selepas dia lafaz syahadah, baru saya betul-betul yakin nak merancang perkahwinan,” katanya.
Menjengah ruangan hantaran tersebut, rata-rata ramai pengikut dan peminat Joy terkejut dan teruja dengan khabar terbaru Joy sehinggakan ada yang bertanyakan status Joy selain mendoakan agar mereka berdua akan bersatu di atas pelamin dan berbahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga yang baik-baik saja buat Joy dan bakal suaminya.
Kredit foto: Instagram @joyrevfa
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***