Naelofar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila jenama yang cukup sinonim dengan fesyen muslimah popular di Malaysia ini menghasilkan rekaan sulung busana eksklusifnya di Madinat Arena, Dubai awal November lalu.
Ia adalah sempena penganjuran edisi kedua Swarovski’s Sparkling Couture: Infinity Exhibition yang turut menghimpunkan lebih 40 busana mewah melibatkan 50 orang pereka fesyen dari 17 buah negara di serata dunia.
Antara label antarabangsa yang tersenarai dalam pameran berprestij ini termasuk Zumorrod, Al Qattan dan Rizwan.
Bertemakan lima konsep rekaan merangkumi perkahwinan, etnik, persalinan gaun petang dan modest wear di samping garapan perhiasan serta aksesori yang bertahtakan butiran kristal Swarovski, rekaan unik Salacia menterjemahkan inspirasi busana Naelofar yang berasaskan rona-rona lautan.
Dengan penyertaan Naelofar dalam pameran bertaraf antarabangsa berkenaan pastinya membuka peluang lebih besar buat pengusaha industri muslimah ini menembusi pasaran dunia. Sekali gus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena fesyen global.
This website uses cookies.