Berbeza daripada petang-petang biasa, suasana di butik Aigner Pavilion KL semalam tiba-tiba sesak dengan kehadiran VIP, selebriti dan wanita-wanita hebat. Fenomena ini menimbulkan tanda tanya, apakah kejutan yang menanti di dalam?
Bersempena pelancaran koleksi #AIGNERLOVE Spring/Summer 2018, sebuah majlis eksklusif Aigner X Nona telah diadakan bersama para peminat jenama Jerman ini serta pembaca setia majalah Nona.
Bertemakan kehangatan cinta, koleksi kulit yang dipertontonkan berjaya memikat selera tetamu yang hadir. Himpunan tas tangannya bersifat lebih street style
dan mencerminkan gaya klasik moden, ditambah pula signature typography Aigner serta ditampilkan dalam nuansa neon.Di antara jemputan selebriti yang hadir adalah Siti Saleha, Datin Alyah, Nita One In A Million, De Fam dan Joy Revfa. Kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah penampilan khas selebriti popular Indonesia yang juga penghias kulit Nona Februari 2018 iaitu Laudya Cynthia Bella.
Wah, nampaknya kemunculan Bella memang amat ditunggu-tunggu! Semua tetamu berdebar ingin bertentang mata dengan pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 itu yang juga baru melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Wanita jelita yang juga usahawan berjaya ini hadir dalam persalinan dan tas tangan Aigner yang sungguh memukau. Personaliti beliau memang cukup mesra dan memukau!
Paling mengujakan, tentu sekali acara cabutan bertuah yang menawarkan seutas jam tangan Aigner dan tas tangan #AIGNERLOVE yang cukup eksklusif. Bella sendiri diberi penghormatan untuk memilih dan menyampaikan hadiah kepada dua pemenang bertuah dalam majlis ini. Tahniah!
Sebelum majlis berakhir, kehadiran Pengasas dan Presiden The Melium Group iaitu Dato’ Seri Farah Khan membuatkan ramai yang enggan berganjak pulang. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang bertemu ikon fesyen yang disegani itu, sambil membeli-belah koleksi Aigner yang dihajati.
Saksikan sendiri kemeriahan acara Aigner X Nona ini yang sememangnya merakam kenangan manis buat semua tetamu yang hadir! Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.