Inspirasi

Genap 3 Tahun Kahwin, Fazeera Bahagia Jadi Suri Hati Fizo Omar & Dikurnia 2 Anak!

Diam tak diam, genap tiga tahun Fazeera bergelar suri hati Fizo Omar. Sepanjang tempoh perkahwinan yang berusia tiga tahun itu, pasangan ini cekal melayari alam rumah tangga.

Lebih membahagiakan, mereka dikurniakan rezeki menimang dua cahaya mata dalam tempoh yang singkat.

Tidak sekadar menambah bilangan ahli keluarga, Fazeera yang juga bekas pramugari turut melakar pencapaian sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.

Kongsinya, “Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung 2 kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar-sedar eh dah berlalu dah.

Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan inshaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Master’s Degree.”

Tidak ketinggalan, suri hati Fizo Omar ini turut berpeluang mengeluarkan produk makanan iaitu Mi Kari Pop!

Artikel https://www.nona.my/alhamdulillah-sumber-rezeki-baru-kami-fazeera-fizo-omar-teruja-lancar-produk-mi-kari-pop/

Bersempena ulang tahun perkahwinan ketiga, Fazeera menitip ucapan romantis buat suami tercinta.

“Happy Anniversary Daddy Spoppy. Wish your health and wealth so can produce more babies.”

Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.

Semoga rumah tangga yang dibina Fazeera dan Fizo kekal bahagia sampai syurga.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Suzi