Tiga tahun berlalu pastinya pemergian insan tersayang mengundang kerinduan paling mendalam. Rindu pada yang telah tiada memang sakit, hanya doa pengubat jiwa.

Ads

Penyanyi era 80an, Azian Mazwan Sapuwan berkongsi satu hantaran di Instagram memaparkan gambar ‘throwback’ bersama arwah anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang maut kemalangan jalan raya pada Disember 2019.

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah Kerinduan
“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah KerinduanArwah merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Allah SWT ‘meminjamkannya’ selama 20 tahun sahaja hidup di dunia ini.

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah Kerinduan
“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah KerinduanTulis Azian di ruangan kapsyen: –

“Jumaat 16.12.2022 Genap 3 tahun anak Mama.. Allah sayang AQIL. Allahumaghfirlahu..warhamhu..waa’fihi Wa’fuanhu.. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..

Menjengah di ruangan komen selain pengikut dan peminatnya, rakan artis seperti Datin Salwa Abdul Rahman turut menitipkan doa serta ucapan.

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah KerinduanMemetik perkongsian Azian bersama Majalah NONA sebelum ini, arwah seorang yang ringan tulang dan gemar membantu orang lain. Itulah antara sikap arwah yang dirindui Azian.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motorsikal pada 22 November 2019. Ekoran kemalangan itu, arwah mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan.

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah Kerinduan“Hampir sebulan dirawat dan dalam keadaan koma akhirnya Mohammad Aqil temui ajal. Paling sedih, waktu itu arwah baru saja bergelar bapa. Anaknya, Aryan Zahfran baru berusia 11 hari.”

Ads

“Bohonglah kalau saya kata tidak merasa sedih dan menangis terutama ketika merasa rindu. Sebab itulah saya mahu arwah dikebumikan di Putrajaya agar rasa dekat dan dapat ‘berjumpa’ dengannya setiap hari.

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah Kerinduan“Setiap petang saya sering ke kubur arwah. Rasa tenang sangat, hilang rasa rindu. Kalau hujan pun saya akan duduk dalam kereta sekejap dan tengok kubur arwah dari jauh. Itu pun sudah cukup menghilangkan rasa rindu.”

Ads

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah Kerinduan“Sejak pemergiannya kami sekeluarga banyakkan bersedekah niat untuk arwah dan orang lain. Sumber kekuatan saya semestinya suami walaupun selepas kejadian dialah insan yang paling lemah walaupun luarannya nampak tenang.

“Genap 3 Tahun Pemergian Anak Mama, Allah Sayang Aqil” AZIAN MAZWAN Luah Kerinduan“Sebagai seorang Islam juga saya tidak pernah putus berdoa dalam solat lima waktu. Saya juga sentiasa memastikan mendekatkan diri kepadaNya. Itulah penawar paling mujarab buat saya, jiwa akan lebih tenang.”

Al Fatihah (mohon dibacakan buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain).

Kredit Foto: Azian Mazwan Sapuwan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI