Suka tengok perwatakan dan peribadi anak perempuan Puan Sri Normala Samsuddin, Dr Ruhila Roslan. Orangnya bukan je cantik tapi cukup sopan terutama ketika berbicara. Tak ubah seperti ibu tersayang dan bagai ‘jelmaan’ personaliti TV popular tersebut yang sarat dengan ciri wanita Melayu penuh kesantunan.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 4 Januari lepas, tanggal 30 Mac 2022 merupakan ulang tahun kelahiran Dr Ruhila yang ke-30. Yang pasti, semakin meningkat usia, semakin terserlah keayuan doktor gigi ini.
Tahun lalu ketika birthday Dr Ruhila yang ke-29, Puan Sri Normala ada berkongsi zaman kanak-kanak anakanda tersayang di media sosial miliknya. Daripada perkongsian tersebut jelas menunjukkan Dr Ruhila seorang anak yang menyenangkan dan bertimbang rasa.
Malah, Puan Sri Normala mendedahkan anak perempuannya itu seorang anak yang taat dan tidak gemar barangan yang terlalu feminin, berkilat dan beropol-ropol.
Lebih menyentuh perasaannya sebagai ibu ialah sikap Dr Ruhila yang meluahkan rasa tidak setuju mengenai sesuatu perkara dengan penuh sopan dan berlapik agar tak menyinggung perasaan kedua-dua ibu bapa.
Sejuk perut ibu mengandung!
Terbukti, Puan Sri Normala berjaya mendidik Dr Ruhila menjadi seorang wanita yang bukan hanya berpendidikan tinggi, tetapi juga mempunyai peribadi yang baik dan layak dijadikan inspirasi.
Dr Ruhila selamat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Majid Nazli.
Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Dr Ruhila dalam edisi Mei 2020… wanita ayu ini mendedahkan dia berhasrat mengakhiri zaman bujan sebelum usia 30 tahun dan ternyata impian tersebut dimakbulkan Allah.
Semoga Dr Ruhila dipanjangkan usia dan terus dapat berbakti kepada ibu bapa serta menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin & Ruhila Roslan
This website uses cookies.