14 Oktober lepas genap setahun usia perkahwinan selebriti Angeline Tan dan Sabri Yunus. Seperti baru saja menyaksikan penyatuan dua jiwa ini bergelar suami isteri dan masih terbayang pernikahan mereka yang menjadi bualan hangat peminat.
Lebih-lebih lagi menyaksikan perjalanan aktres mualaf berbangsa Cina tersebut yang kini anggun mengenakan hijab.
Menerusi perkongsian di media sosial, Angeline Tan atau lebih dikenali sebagai Lucy ini meluahkan rasa syukur sambil mengimbas kembali momen indah bergelar isteri kepada pelakon sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkenaan.
Difahamkan pasangan ini sudah bersahabat lebih 30 tahun. Siapa sangka, kedua-duanya ditakdirkan hidup bersama setelah sekian lama berkawan.
Pastinya sepanjang lebih tiga dekad persahabatan di antara mereka, Angeline dan Sabri sudah cukup mengenali dan memahami peribadi masing-masing.
Tidak hairanlah, terserlah keserasian mereka dalam melayari alam perkahwinan.
“Hari ini genap 365 hari kami menjadi kami,” tulisnya.
Memilih sahabat lamanya, Sabri Yunus yang juga seorang pelakon dan pengarah ternama Malaysia, penghijrahan Ardini Angeline Tan, 57 tahun disambut kesyukuran oleh seluruh umat Islam.
Sabri Yunus yang kini berusia 63 tahun sah bergelar suami Angeline Tan nama islamnya Ardini dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza.
Kedua-duanya tampil segak dan anggun dalam persalinan nikah rona putih setahun yang lalul. Bahkan keayuan Angeline terserlah dalam persalinan tradisi kurung yang lengkap bertudung litup.
Meniti usia lewat 50an, kecantikan Angeline bagai tidak terusik. Tetap jelita dalam kelas tersendiri. Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berkekalan sampai syurga.
This website uses cookies.