Jumaat yang berkah, debar Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau mesra dengan panggilan Madammu menanti kelahiran zuriat sulung berakhir hari ini, genap 39 minggu apabila beliau selamat bersalin Baby A di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Perkhabaran gembira itu disampaikan sendiri melalui media sosial pengasas kosmetik Noir Health & Beauty itu, bermula seawal jam 8.00 pagi di bilik pembedahan. Kelibat resah suaminya, Muhammad Azri Che Noh menanti di pintu OT turut jadi perhatian.
“Salam, Madammu dah selamat melahirkan baby A. Terima kasih atas doa semua” Boss Azri
Dalam satu hantaran di TikTok, video baby A yang sedang ditolak keluar dari bilik OT oleh petugas perubatan turut dibanjiri doa serta ucapan tahniah. Madammu selamat melahirkan pada usia kehamilan 39 minggu.
Nampak risau dan gelisah, tonton video detik kelahiran anak Madammu di bawah ni…
“Tahniah Madammu & TP. Selamat berpantang”
Paling suka melihat wad mewah Madammu yang dihias indah sempena menyambut kelahiran baby A.
Setiap ceruk dan sudut bilik dihiasi belon dan patung beruang yang comel. Bertuahnya si comel dapat ibu bapa yang penyayang!
Kerap berkongsi journey IVF dan kehamilannya di Internet, kisah kecekalan Madammu mengharungi dugaan bisnes serta menguruskan keluarga dalam satu masa menjadi inspirasi ramai wanita.
Madammu memiliki Diploma Penjagaan Kesihatan dan merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi massa. Beliau berkahwin dengan duda anak tiga yang sudah kematian isteri, Muhammad Azri Che Noh, 45 tahun.
Madammu menggelarkan suaminya sebagai TP iaitu Tuan Penasihat. Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi. Dalam perkongsiannya, Madammu mengakui sudi berkahwin muda kerana terlalu menyayangi anak-anak suaminya. Melayan anak tiri seperti anak sendiri membuatkan ramai yang kagum dan memuji sifat keibuan Madammu.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/diari-madammu/
Wanita jelita berusia 34 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu itu mencuit perhatian ramai apabila tampil dari siri eksklusif ‘Diari Madammu’ pada setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro RIA.
This website uses cookies.