Pada 22 November 2022, pelakon utama drama Korea terkenal ‘Autumn in My Heart’ Song Hye-kyo meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-42 bersama rakan-rakan baiknya.
Ads
Tidak dinafikan pesonanya sering memukau pandangan. Figura bertubuh genit ini dianggap cukup bertuah kerana memiliki kecantikan semula jadi biarpun tanpa solekan. Tambahan pula, dengan potongan bentuk badan yang langsing membuatkan ramai yang cemburu.
Bukan sekadar itu, peminat begitu teruja serta tidak henti-henti memuji kejelitaan bintang Korea Selatan ini yang dikatakan tidak dimamah usia.
Mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo genap 41 tahun tetapi di Korea kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 42 tahun.
Melalui satu hantaran di akaun Instagram, dia tidak lupa untuk menzahirkan rasa syukurnya kepada peminat yang turut memberikan ucapan hari lahir buatnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Saya menerima semua bunga dan hadiah yang anda kirimkan. Terima kasih. Ya! Saya harap anda semua sentiasa sihat dengan perkara yang gembira.”
Berikut 6 amalan kecantikan Song Hye-kyo:
BERSENAM
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
Ads
URUT WAJAH DENGAN AIS
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
GUNA PRODUK PERAWATAN WAJAH ANTI PENUAAN
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
MAKAN BUAH, SAYUR & AIR MINERAL
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
Ads
MASKER WAJAH DARIPADA CAMPURAN PUTIH TELUR & MADU ASLI
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
MASKER WAJAH MADU ASLI
Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Song Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart’ memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin. Beliau sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Sumber: Instagram Song Hye-kyo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada kata yang dapat menggambarkan pesona dimiliki Nasha Aziz. Biarpun kini sudah mencecah usia 51 tahun, dia kelihatan semakin cantik dan bahagia! Barangkali khabar tentang Nasha dilamun cinta menambah keserian wajahnya, bertuah sungguh sang jejaka yang berjaya menambat hati si cantik ini.
Tiba-tiba teringat filem komedi romantik – Kad Cinta – yang dibintangi Nasha Aziz sekitar 90-an dulu. Sweet sangat lakonan aktres kesayangan ramai ni, agaknya tentu begitulah karakter Nasha andai bercinta, kan?
Memetik Harian Metro, Nasha mengesahkan dia kini sedang mengenali seorang jejaka sejak sembilan bulan lalu.
Kata Nasha yang pernah memenangi anugerah Artis Harapan di FFM13 (Bara) dan Pelakon Wanita Terbaik FFM17 (Trauma), dia mengakui sedang dilamun cinta dan lelaki itu mungkin menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.
Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.
Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu, susah juga sebab baru sembilan bulan.” Nasha Aziz
Dalam pada itu, Nasha mendedahkan lelaki itu turut menghadiahkannya bunga setiap hari dan pelakon itu menyifatkan ianya sebagai simbolik tanda ingatan.
Nasha atau nama penuhnya Noraishah Abd Aziz berkata dia mengharapkan pengakhiran yang baik berkenaan perhubungan itu. Sebagai peminat, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Nasha agar bertemu pasangan hidup yang serasi suatu hari nanti.
Merupakan seorang yang berhati-hati dan ‘agak memilih’, Nasha Aziz pernah memaklumkan bahawa dia sengaja meletakkan nilai eksklusif pada kerjayanya.
“Saya kena selektif sebelum bersetuju untuk menerima sebarang naskhah. Kerja juga tak boleh tangkap muat saja.
Saya mahu menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi bukan sahaja untuk diri saya, malah untuk peminat dan individu yang bekerja bersama saya.” Nasha Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini selebriti cantik, Che Puan Juliana Sophie Evans memuat naik gambar ibunda tersayang sempena ulang tahun kelahiran ratu hatinya yang dikenali sebagai Fauziah. Menerusi perkongsian tersebut, Che Puan Juliana menyatakan rasa kagum dengan semangat dan keperibadian ibu dalam membesarkan tiga cahaya mata.
Isteri kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini turut mengambil kekuatan ibu sebagai inspirasi dalam menjalani kehidupannya hari ini.
“My mother, the nicest person you’ll ever meet, most forgiving, generous, humble and patient. And her love for her 3 children, is endless. Growing up I remember all the nice things my mother has done not just for her family, but also for other people, whoever’s in dire need of help.
Even if she’s not obligated to help a certain someone, but she will help in any way she can. And she never expects anything in return. I am half of her, I live my life with kindness for other people (sometimes too much) but I don’t think I can be as nice as she was.
Anyways my mum deserves more credit than she has ever received in life, don’t all mums do? And that’s the reason why I worked so hard in my teenage and young adult years to ease my mothers (and fathers) burden. You don’t need to worry about me anymore mum.”
Selain ramai yang memuji keanggunan ibunya, raut wajah Che Puan Juliana sewaktu kecil turut menjadi perhatian. Sememangnya dia mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Malah, walau kini dia sudah berkahwin dan menjadi ibu namun kejelitaan Che Puan Juliana kekal menawan. Wanita berusia 33 tahun ini mula mencipta nama dalam bidang pengacaraan seawal usia belasan tahun dan popular menerusi program REMAJA.
Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang puteri iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Nama Che Puan Juliana turut tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.
Selain mempunyai kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata Miss Intercontinental 2017 Malaysia, Sanjna Suri…
“Jika kena bersolek tebal kerana fotografi atau pertunjukan pentas, penat macam mana pun kita tetap perlu bersihkan solekan dengan sempurna. Kulit wajah perlu bernafas ketika tidur jika tidak pori-pori akan tersumbat dan jerawat akan muncul. Ngeri!”
Tip Cantik:
Membersihkan wajah adalah amalan wajib buat semua wanita. Diikuti pula dengan langkah melembap dan menyegar. Sebelum menyapu bedak asas perlu bijak memilih rona yang sesuai. Bagi kelihatan segar dan awet muda sapu bedak asas dengan nipis dan merata.
Sembunyikan cela dan noda dengan menyapu penyamar noda. Tekan pada bahagian yang berkedut atau cela dengan menggunakan span agar kedutan dan cela itu boleh disamarkan. Lebih kemas kalau menggunakan span basah.
Bagi mencipta bentuk wajah guna dua atau lebih bedak asas dengan tona sedikit gelap dan terang mengikut rona kulit. Sapu yang terang di dahi tengah, pipi kiri dan kanan, tengah hidung dan dagu. Kemudian sapu bedak asas yang tona gelap pada dahi atas dan bawah, sisi hidung, hujung hidung, sisi pipi luar dan dalam dan bahagian rahang. Ratakan kedua-dua bedak asas tadi.
Kemudian sapu bedak debu untuk kelihatan lebih natural dan tahan lama. Solekan lebih manis dengan mengalit pensel mata di bahagian atas mata sahaja. Maskara pula lebih elok jika tidak disapu di bahagian bawah bulu mata.
“Sebelum bersolek jangan lupa letakkan primer sebagai base. Ini kerana primer bertindak sebagai lapisan yang memisahkan di antara kulit dan solekan. Langkah pembersihan wajah lebih mudah jika menggunakan primer dan kulit terpelihara bebas cela.”
Lembapkan kulit dengan krim yang mampu mengunci kelembapan jauh di bawah kulit. kulit yang lembap akan menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit dari dalam terus memancar ke luar. Apabila ditambah dengan solekan bertambah ayu dan kelihatan sempurna.
Tonjolkan keindahan tulang pipi dengan pulasan rona berani. Apabila tulang pipi tinggi, gunakan perona mata dengan warna senada namun lebih tipis untuk memberi kontur yang tegas. Lebih sempurna dengan kontur untuk menyeimbangkan solekan pipi.
Begitu juga dengan solekan mata yang galak. Adunan rona hitam di seluruh kelopak mata sama lantang dengan alis mata bahagian bawah. Biarkan rona menyatu demi mencetus inspirasi solekan mata.
Miliki alis mata tebal dengan yang memiliki sudut. Lukis kening dengan pensel lebih tebal daripada kening asal. Penuhkan kening yang telah dilukis tadi dengan pensel kening atau datang dalam bentuk palet. Berus dengan berus kening agar lebih teratur dan kemas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...