Tak sangka rupanya sudah setahun kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ ini mendapatkan rawatan di Kota London. Ketika itu kisah adik Ainul Mardhiah ini telah mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri.
Ads
Pelajar cemerlang SPM 2004 ini telah bertanggungjawab menjalankan koordinasi pasukan perubatan di hospital di London dengan menghubungi konsultan dan pelbagai bidang kepakaran seperti pediatrik, onkologi, radiologi serta pakar telinga, hidung dan tekak.
Tambah Dr Amalina lagi, “Terutama sekali Prof David Dunway dan Mr Juling Ong dan seluruh pasukan. Tidak lupa juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu. Anda adalah hero yang sebenar. Tidak sabar mahu melihat Ainul berlari-lari di taman permainan, InsyAllah,” coretnya di laman Twitter.
Mengimbas kembali detik sebelum Adik Ainul dibedah, Dr Nur Amalina Che Bakri ketika ditemubual oleh Buletin Utama berkata, “Saya buat ini bukan nak dapat nama tapi nak menolong orang yang dalam kesusahan. Sebagai seorang doktor dan seorang manusia biasa, kita semua nak menolong orang yang dalam kesusahan.
Ads
Apa yang saya boleh tolong, saya tolong sebab saya ada kawan di hospital ini dan ada connection di London. Saya akan try my best to help whatever I can.
And I mentioned about the fact that to help the family, I really want to help me to get this family over here. That why I want to say thank you all Malaysian for the donation and also to the team anaesthetists who company Ainul while in the plane and also the team Malaysian doctors who actually living in London at the moments to help out with sorting accomodation, finance and everything else,” kata Dr Amalina.
Ads
Kini anak kepada pasangan Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin Abdul Razak, masing-masing berusia 25 tahun ini sudah semakin sihat dan aktif. Semoga Adik Ainil terus sihat dan boleh berlari seperti yang mahu dilihat oleh Dr Amalina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah perjalanan haji DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dikongsikan melalui laman Instagram rasmi Selangor Royal Official menarik perhatian rakyat jelata yang melihat kebersamaan pasangan ini dalam mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Untuk rekod, pasangan diraja sudah selamat berangkat pulang ke tanah air tanah air selepas selesai menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci. Turut menyambut kepulangan pasangan diraja di lapangan terbang ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari.
Sebelum berangkat pulang ke tanahair, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan penghargaan buat pengurusan Tabung Haji khususnya TH Travel & Services (THTS) yang mengiringi dan membimbing Baginda berdua serta rombongan sepanjang tempoh menunaikan ibadah Haji kali ini.
Baginda berdua amat berbesar hati dan memuji kelancaran operasi Haji kendalian THTS dalam menguruskan perjalanan melaksanakan rukun-rukun Umrah dan Haji dari Madinah sehingga ke Arafah dan Mina di Mekah.
Menjengah ke laman Instagram rasmi Selangor Royal Official, kebanyakan rakyat jelata mendoakan kesejahteraan pasangan diraja sepanjang berada di tanah suci. Malah, ramai yang memuji sikap humble yang dimiliki oleh pasangan diraja ini ketika berada di tanah suci.
Tuanku berdua sangat humble, nampak seperti rakyat biasa sahaja, guna beg silang yang dibekalkan tabung haji, tak sibuk pun ganti guna Hermes, LV, Burberry seperti influencer baru nak kaya. Daulat tuanku.
Untuk rekod, selain kerabat diraja Selangor, ibadah Haji tahun ini turut dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat ke Tanah Suci, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum menceburi bidang hiasan dalaman Hazlinda Mohd Hashim atau lebih mesra disapa Linda Uzir, menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, (Pemasaran), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, ini pernah bekerja dengan beberapa syarikat dalam bidang pemasaran dan pengurusan serta pembangunan perniagaan bersama syarikat peruncitan fesyen, media, teknologi maklumat serta minyak dan cari gali.
“Kemudian pada tahun 2010 saya mula mengendalikan perniagaan keluarga dengan membuka Interior Decoration Boutique yang pertama seumpamanya. Butik yang diberi nama House of Hazienda ini beroperasi di Ara Damansara. Di House of Hazienda saya menguruskan bahagian operasi syarikat dan juga bahagian pemasaran. Kami terlibat secara langsung untuk projek mereka hiasan dalaman di kawasan residen Ara Damansara dan juga mereka dan mereka bentuk perabot mengikut keperluan pelanggan.
Lima tahun selepas itu saya melebarkan sayap perniagaan dengan membuka a small set up cafe called Decor Tea Room. Cafe yang berkonsepkan Parisian Chic Style ini diwujudkan untuk pelanggan menikmati hidangan ringan dan minum petang sambil menikmati hiasan dekorasi yang indah ataupun mencari inspirasi dekorasi idaman mereka.
Tahun ini pula saya memberanikan diri mengembangkan empayar perniagaan dengan membuka sebuah lagi syarikat hiasan dalaman bersama rakan kongsi, sahabat baik dan juga hos televisyen, Suraya Yeop Junior. Minat kami berdua dalam bidang hiasan dalaman telah melonjak rasa melahirkan idea yang sangat istimewa melalui LUxS Interiors.
Kombinasi saya dan Suraya sangat padu kerana kelebihan saya adalah mereka perabot hiasan dalaman dan pemilihan corak dan fabrik. Manakala Suraya pula sangat berbakat dan begitu bijak menyusun dan menghias perabot menjadikan sesuatu ruang itu begitu istimewa dan selesa didiami. Biasanya pelanggan kami sangat berpuas hati setelah melihat hasil yang telah tercipta.
Dalam masa yang sama saya mengorak langkah membuka sebuah studio yang digelar The Conversation Studio bersama tiga orang wanita inspirasi iaitu Ratu Perhubungan Awam, Selina Yeop Junior, Penyanyi Pop and R&B, Ning Baizura Dalton dan Suraya Yeop Junior. Cetusan idea studio ini adalah apabila Selina berhasrat untuk menjual koleksi baju. Saya dan Suraya pula bertanggung jawab untuk mereka dan menghias dalaman studio tersebut.
Studio yang terletak di Medan Damansara ini dihias indah berkonsepkan beautifulParisian style of french interior designing menjelmakan suasana elegan dan classy di setiap ruang dan sudut. The Conversation Studio lebih kepada home boutique kerana kami mahu menonjolkan konsep live by design, lifestyle studio of fashion and decoration demi mencipta gaya hidup setiap pelanggan. Kami sangat berharap agar setiap pelanggan mengambil inspirasi dengan setiap perincian dekorasi yang ditonjolkan di sini.
Reka bentuk dalaman adalah berkait rapat dengan penempatan dan reka bentuk perabot serta elemen-elemen ruang lain seperti tingkap, dinding, pintu, tekstur, kemasan dan cahaya. Kuasa seorang penghias dalaman untuk memanipulasi segenap ruang. Tugas seorang penghias dalaman ini nampak mudah tetapi sebenarnya turut mempunyai cabaran yang tersendiri.
“I don’t work in a big team so banyak tanggung jawab yang harus dipikul. Daripada tugas mereka bentuk hingga ke pengurusan perniagaan saya lakukan sendiri. Kebanyakan projek kami akan menggunakan khidmat pembekal dan memanggil kontraktor luar dan sebagainya. Jadi memang sangat banyak cabaran apabila berhubung dengan individu yang datang daripada latar belakang pendidikan yang berbeza serta gaya hidup yang berlainan,” ungkap Linda yang mempunyai darah campuran Melayu Indo ini.
Walaupun masih muda tetapi wanita yang berasal dari Petaling Jaya ini nyata berjaya mencipta nama dalam dunia hiasan dalaman. Merungkaikan rahsia kejayaan bekas pelajar Sekolah Menengah (Perempuan) Sri Aman ini, pintasnya, “always be confident with your style and never be afraid to explore beyond your comfort zone.
Saya masih belajar untuk menjadi seseorang yang benar-benar berjaya and the secret is to never give up and always dream big. I love to challenge myself and push myself to do something more than my own comfort zone. I like to be inspired from a lot of successful people especial women. But the secret is always stay humble and be happy!
Kalau menghias kediaman pelanggan, cuba untuk memahami gaya hidup pelanggan tersebut sebaiknya supaya idea yang dihasilkan dapat memberi impak dalam kehidupan harian pelanggan. Ini kerana hiasan dalaman yang menarik mencerminkan karakter seseorang tersebut. It brings out the best in you!” ungkapnya sambil tersenyum.
Saya berharap to be a well known and successful entrepreneur, interior designer and have my own line of home decor products. Also to venture into other business especially in fashion, beauty and health. Always dream big, tak salah pun!” ungkapnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Inilah rahsia Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022, Sofizah Mousin yang turut merupakan seorang Guru Geografi, isteri dan ibu dalam satu masa.
Alunan bacaan suci Al-Quran bergema di seluruh Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M bermula 12 hingga 17 Jun lalu.
Pada acara final Jumaat lepas, piala Johan Qariah menjadi milik Guru Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya iaitu Sofizah Mousin dari Selangor.
Berusia 33 tahun, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi itu sering menjadikan sokongan dan kata-kata semangat keluarganya sebagai kekuatan untuk menyertai pertandingan tilawah.
Biarpun kebanyakan peserta lain kebanyakannya muda-muda, namun wanita berkulit putih ini tidak menjadikan usia sebagai faktor halangan.
Sebagai seorang guru, beliau juga berdepan banyak halangan dari segi latihan kerana kekangan masa. Antaranya terpaksa membuat latihan suara sambil memandu.
“Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari.” Sofizah Mousin
Malah kebetulan pula dua minggu sebelum pertandingan bermula, anaknya mengalami masalah kesihatan. Ini menambah lagi kesukaran beliau membuat persiapan rapi.
Dengan semua kekangan yang dihadapinya, Sofizah Mousin langsung tidak menyangka menjadi Johan Qariah setelah tiga kali menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.
Berkat kelunakan taranum, tajwid dan fasahah yang tepat serta ketenangan Sofizah Mousin mengalunkan bacaan berjaya menambat hati juri pertandingan.
Beliau menerima wang tunai RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...