Tanggal 18 April lalu, genap 17 tahun usia Suri Cruise, puteri tunggal Katie Holmes dan bekas suaminya, Tom Cruise. Pada usia 17 tahun, kejelitaan Suri Cruise benar-benar terserlah dan banyak mewarisi kejelitaan ibunya, Katie Holmes.

Genap Usia 17 Tahun, SURI CRUISE Warisi Kejelitaan KATIE HOLMES. 11 Tahun Tidak Berjumpa TOM CRUISE

Ads

Umum mengetahui, hubungan Suri Cruise dan Tom Cruise tidak berjalan dengan baik di mana hubungan anak-beranak ini terputus sejak 11 tahun yang lalu. Usai perceraian Tom Cruise dan Katie Holmes, aktor tersebut dikatakan tidak lagi memiliki akses untuk menemui Suri. Pasangan tersebut bercerai pada tahun 2012 yang lalu.

Genap Usia 17 Tahun, SURI CRUISE Warisi Kejelitaan KATIE HOLMES. 11 Tahun Tidak Berjumpa TOM CRUISE

Malah dalam perjanjian perceraian antara Tom Cruise dan Katie Holmes ada menyebut bahawa aktor tersebut bersetuju memberikan sejumlah USD 400 ribu setahun sehingga Suri mencecah usia 18 tahun.

Genap Usia 17 Tahun, SURI CRUISE Warisi Kejelitaan KATIE HOLMES. 11 Tahun Tidak Berjumpa TOM CRUISE

Pada usia 17 tahun, Suri Cruise dikatakan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan kelibat figura Tom Cruise sebagai seorang bapa tidak kelihatan dalam perjalanan puterinya itu melangkah ke alam universiti.

Malah sumber mengatakan kedua-duanya sudah lama tidak bertemu dan hubungan bapa dan anak itu renggang. Suri Cruise menetap di New York, manakala bapanya menetap di Los Angeles.

Memetik portal Dailymail.co.uk, Katie ingin Suri melanjutkan pelajaran di New York agar sentiasa berada dekat dengan dirinya. Suri sendiri dikabarkan ingin mengambil jurusan fesyen dan mendapatkan sokongan tanpa berbelah bahagia dari ibu tersayang.

Genap Usia 17 Tahun, SURI CRUISE Warisi Kejelitaan KATIE HOLMES. 11 Tahun Tidak Berjumpa TOM CRUISE

Ads

Genap Usia 17 Tahun, SURI CRUISE Warisi Kejelitaan KATIE HOLMES. 11 Tahun Tidak Berjumpa TOM CRUISE

Melihat penampilan remaja berusia 17 tahun ini, wajahnya saling tidak tumpah dengan wajah ibunya ketika di zaman remaja. Suri Cruise banyak mewarisi raut wajah Katie Holmes.

Malah bintang berusia 44 tahun itu  menjaga diet dan  rajin bersenam sebagai sebahagian gaya hidupnya. Katie juga menjaga kulit dengan menyapu bahan pelembap sebagai rutin penjagaan wajah. Katie  mengambil pendekatan untuk menjaga kesihatan dari luaran dan dalaman dan  meletakkan penggunaan kosmetik secara berlebihan di tempat kedua berbanding penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam usaha untuk mengekalkan kecantikan dirinya.

Ads

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI