Inspirasi

Gendong Anak Sambil Berniaga, Semangat Sharifah Aryana Urus Keluarga & Bisnes Tanpa Pembantu Buat Ramai Kagum!

Orang wanita memang diciptakan punya semangat kuat dan luar biasa! Misalnya, adik kepada Sharifah Amani iaitu Sharifah Aryana ini. Walau masih muda tapi kematangan anak bongsu kepada pasangan Syed Zainal Abidin Rashid dan Fatimah Abu Bakar ini jelas terserlah.

Dalam temu bual bersama Nona, Sharifah Aryana atau mesra disapa Yana kini ibu kepada seorang anak lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021, Yana memberi tumpuan sepenuhnya menguruskan keluarga tersayang.

Tidak sekadar menjadi suri rumah, pelakon filem Mukhsin ini sedang ligat menceburi bidang perniagaan dan bergelar pengasas Confidence Cosmetics.

Paling mengharukan apabila penulis bertemu dengan Yana ketika dia rancak berniaga sambil menggendong anak sulung. Kuat semangat!

“Alhamdulillah, ini rezeki anak. Kita usahakan untuk dia juga. Siapa yang kenal saya dari dulu, kulit saya memang bermasalah. Terdetik untuk buat produk penjagaan wajah ini bila suami bagi sokongan untuk buat bisnes ini. Alhamdulillah nak dekat dua tahun, kiranya Januari nanti genap dua tahun Confidence Cosmetics di pasaran.”

Hampir dua tahun menembusi pasaran, Yana berbangga kerana salah satu produk keluarannya memenangi Lifestyle Beauty Asia Award.

Artikel https://www.nona.my/tak-tergambar-bahagia-jadi-ibu-sharifah-amani-syukur-ahmed-mohsein-kian-besar-sihat/

“Kalau suami tak Ada, tak mungkin adanya Confidence Cosmetics. Sebab saya jenis ada idea, saya tahu apa saya nak tapi cepat rasa gelabah nak buat banyak benda. Jadi, suami banyak bantu uruskan hal-hal seperti di kilang.

Syarikat ini cuma saya dan suami. Kami baru ambil dua staf. Bisnes ini setiap hari ada je cabaran. Lagi-lagi saya jaga anak sepenuhnya tanpa bantuan pembantu. Saya tak hantar dia ke day care lagi.

Bila dah penat, stress, otak tepu, memang menangislah. Hari tu ada ikut buka booth.

Dalam kereta dah menangis, tapi bila dah sampai tempat tu, lap mata dan terus cakap jom kita jual!

Bila dah jadi mompreneur ni, saya pilih untuk buat kedua-duanya iaitu bisnes dan jaga anak. Susah tapi alhamdulillah masih terkawal.”

Semoga usaha keras dan ketabahan Yana membantu suami demi keluarga tersayang diberkati Allah SWT.

Share
Published by
Suzi