Dari pelakon, Twinkle Khanna kini penulis buku berjaya. Meniti usia 49 tahun, bekas bintang Bollywood yang juga anak kepada seniwati Dimple Kapadia ini masih jelita. Bukan hanya raut wajah cantiknya menjadi bualan malah kejayaan Twinkle atau nama sebenarnya Tina Jatin Khanna turut mencetus inspirasi masyarakat di India.
Buat kesekian kalinya Twinkle melancarkan sebuah lagi karya baharu iaitu Welcome to Paradise pada November lalu. Lebih bermakna, pertengahan Januari lepas, suri hati kesayangan Akshay Kumar ini selamat bergraduasi di Goldsmiths, University of London di peringkat Ijazah Sarjana Penulisan Fiksyen.
“And it’s here. Graduation day. My first day at Goldsmiths feels like it was both yesterday and years ago. A sunny day, a pretty sari, and having my family with me make this day even more perfect than I ever imagined.
There comes a stage when the easiest way to grow is horizontally, but we have to push ourselves to grow in myriad other ways.”
Sementara itu, suami tercinta turut menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian membanggakan isteri kesayangan yang dalam masa sama sibuk menguruskan keluarga.
“Two years ago, when you told me you wanted to take up studies all over again, I wondered if you meant it. But the day I saw you work so hard and perfectly manage a full-fledged student life along with home, career, me, and kids, I knew I had married a super woman.
Ads
Today on your graduation, I also wish I had studied a bit more to know enough words to tell you how proud you make me, Tina. Congratulations and all my love.”
Twinkle memutuskan untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak, Akshay Kumar pada tahun 2001. Sepanjang bergelar anak seni, dia pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Baadshaah dan Barsaat.
Ads
Dia merupakan anak perempuan kepada dua superstar Bollywood iaitu Rajesh Khanna dan Dimple Kapadia yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat Bollywood kerana memiliki rupa paras kacak dan cantik selain berbakat besar dalam industri lakonan.
Selepas bersara daripada bidang lakonan, bekas aktres ini dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Selain aktif menulis di blog popularnya, Twinkle juga merupakan kolumnis, penerbit filem, hos dan penulis buku berjaya.
Lebih dua dekad berkahwin, Twinkle dan Akshay dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aarav Kumar dan Nitara Kumar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 23 Februari 2012 menyaksikan pasangan Datuk Yusry Abdul Halim menjadikan Datin Lisa Surihani Mohamed sebagai suri hatinya. Semalam, genap 11 tahun usia perkahwinan pasangan bahagia ini.
“11 today. Alhamdulillah. Selamat Hari Kita, sayang. Love you”- Datin Lisa Surihani.
Tidak perlu menzahirkan ucapan panjang lebar di media sosial untuk suami tersayang sempena ulang tahun perkahwinan ke 11, Lisa Surihani selesa menzahirkan raya syukur apabila usia perkahwinan mencecah usia 11 tahun.
Namun begitu, ungkapan Selamat Hari Kita mengiringi ucapan tersebut sebagai simbolik ungkapan yang sering digunakan baik Lisa mahupun Yusry sepanjang tahun sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, Datin Lisa Surihani sering menjadi pendorong buat suaminya dalam melaksanakan tugasan pengarahan dan sebagainya. Malah ibu kepada tiga cahayamata ini amat bersyukur dikurniakan suami yang amat memahami dan sentiasa mendahulukan keluarga dalam apa jua perkara yang dilakukannya.
Malah, dalam posting Instagram Datin Lisa Surihani, dia meletakkan dirinya sebagai “peneman setia dia”.
Malah laman Instagram milik Lisa Surihani dipenuhi ucapan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke 11 perkahwinannya dari rakan selebriti dan para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan selebriti yang sama cantik dan sama padan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia hiburan dan fesyen antarabangsa dikejutkan dengan skandal seks penerbit Harvey Weinsten. Terbongkarnya perkara ini membawa kepada banyak perubahan dan juga pergerakan yang membela karyawan wanita dalam dunia fesyen, media dan hiburan.
Namun begitu dalam kekecohan yang berlaku, ada hati yang terluka. Individu tersebut ialah isteri Harvey, Georgina Chapman yang juga merupakan seorang pereka fesyen dan pengasas bersama jenama popular Marchesa.
Georgina dan Harvey disaat bahagia melayari rumahtangga
Bayangkan dek kontroversi ini, dia terpaksa menunda pertunjukan fesyennya serta merta. Di samping itu dia juga dituduh menyembunyikan sikap buruk suaminya ini dan mengambil kesempatan di atas pengaruh suaminya untuk membangunkan jenamanya menerusi aktres-aktres wanita yang berlakon di bawah arahan Harvey agar memakai busana rekaannya.
Menafikan perkara tersebut, Georgina yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata cukup terkejut dan malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Sebaik sahaja perangai buruk suaminya ini terbongkar dia terus mengeluarkan satu kenyataan kepada umum.
Luahnya, “My heart breaks for all the women who have suffered tremendous pain because of these unforgivable actions. I have chosen to leave my husband. Caring for my young children is my first priority and I ask the media for privacy at this time.”
Seiring dengan penceraiannya dengan Harvey, Georgina diberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anak mereka yang maisng-masing berusia 10 dan 4 tahun. Mencapai persetujuan dalam penyelesaian kes perceraian, wanita berusia 41 tahun ini dijangka bakal menerima wang sebanyak $20 ke $25 juta selain itu dia juga bakal menerima elaun perumahan dan bonus tahunan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan April ini adalah bulan kesedaran Caesarean. Mungkin ramai yang tak tahu tapi hari ini diraikan di seluruh dunia. Buang paradigma kolot yang mengatakan ibu bersalin ikut tingkap hilang nikmat menjadi ibu!
Sama seperti ibu hamil lain, wanita yang terpaksa memilih kaedah Caesarean juga melalui tempoh kehamilan selama sembilan bulan. Ada juga terpaksa berhadapan dengan alahan teruk sehingga sepanjang kehamilan.
Jom kita baca fakta mengenai pembedahan Caesarean.
Pembedahan Caesarean kecemasan pula tidak dirancang, dan boleh berlaku jika:
Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi air ketuban anda pecah, atau anda tiba-tiba sakit hendak bersalin sebelum tarikh pembedahan.
Atau, jika anda merancang untuk bersalin secara normal, tetapi proses kelahiran terhenti, atau berlangsung sangat lambat. Dalam kes ini, pembedahan akan dijalankan dalam masa beberapa jam, jika anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
Berlakunya komplikasi serius terhadap anda ataupun bayi ketika dalam kehamilan atau ketika proses pelahiran sudah bermula, namun ianya tidaklah mengancam nyawa anda ataupun bayi anda.
Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi ketika dalam kehamilan atau semasa proses pelahiran yang mengancam nyawa.
APAKAH YANG ANDA AKAN LALUI SEBELUM PEMBEDAHAN?
Sampel darah akan diambil untuk memeriksa kalau-kalau anda menghidap anaemia, kerana jika ini berlaku, badan anda tidak akan dapat menangani kehilangan darah.
Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidural atau sekatan spina.
Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan.
Kawasan di mana pemotongan akan dilakukan, akan dicukur rapi dan dibersihkan dengan antiseptik.
Anda mungkin diberi stoking putih, cecair tambahan atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risiko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
Peralatan untuk memantau tekanan darah akan diletakkan pada lengan dan elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
Plat plastik berpelekat akan diletakkan pada kaki. Ia digunakan oleh pakar bedah untuk aliran elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Ini tidak membahayakan.
Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
Ubat tahan muntah untuk menghalang muntah.
Ubat, contohnya antacid, kalau-kalau anda perlukan bius umum, untuk mengurangkan risiko pnenumonia.
Ubat penahan kesakitan yang kuat semasa dan sejurus selepas pembedahan, serta sebarang kesakitan pada minggu-minggu yang akan datang.
Oksigen melalui topeng, jika bayi anda mengalami tekanan.
Itu baru sebelum pembedahan, kesakitan dilalui selepas pembedahan lain pula ceritanya. Paling penting, ibu yang melalui pembedahan Caesarean perlu menjaga diri lebih baik. Untuk anda yang bersalin secara normal, janganlah terlalu membangga diri. Baik bersalin normal atau pembedahan, kedua-duanya adalah seorang IBU!
Sumber artikel dari Baby Center dan video dari FB Dr Rizal Fitni.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...