Bakal mencecah separuh abad, ternyata faktor usia bukanlah halangan buat selebriti jelita, Vanidah Imran menggenggam Master. Kejayaan ibu tunggal itu turut sekaligus membuktikan bahawa anak seni juga berpelajaran tinggi.
Merupakan bekas naib juara Miss World Malaysia 1993, Vanidah yang mesra disapa Vee, baru saja menerima Sarjana Seni Persembahan (Drama) di Istiadat Konvokesyen ke-61 Universiti Malaya.
Ads
Beliau sebelum ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia (2015).
Berasal dari Pulau Pinang, kejayaan Vee yang merupakan ibu tunggal kepada Mikail dan Maryam cukup menyuntik inspirasi. Bahkan beliau turut menjadikan semangat bapanya, Haji Imran Abdullah sebagai motivasi untuk terus belajar ke tahap tertinggi.
Lebih sebak bila membaca perkongsian Vee tentang hasrat Abahnya yang tak kesampaian menggenggam Master dulu…
“Saya tujukan kejayaan ini buat cinta pertama saya, iaitu Abah saya sendiri, Haji Imran Abdullah @ Indiran Koothayan.
Abah pernah melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Master sewaktu arwah ibu jatuh sakit dan dikesan menghidap kanser.
Ketika itu, saya baru berumur 3 tahun sementara adik baru berumur 10 bulan ketika arwah ibu meninggal dunia. Abah terpaksa bekerja sambil menjaga kami dua beradik (dengan bantuan nenek).
Dalam masa yang sama Abah sangat bersedih dengan kehilangan isteri tercinta. Akhirnya beliau tidak dapat meneruskan pengajian tersebut.
Abah, hari ini saya di sini kerana kasih sayang, restu, redha dan berkat doa Abah untuk saya. Terima kasih kerana menjadi sangat tegas tentang menjaga maruah diri dan keluarga.
Ads
Semoga Allah SWT panjangkan umur dan berikan kesihatan yang baik kepada Abah hingga akhir perjalanan saya ke peringkat PhD. InshaAllah… Amin, saya sayang Abah.
Untuk anak-anakku, Mikail dan Maryam… Kejayaan, malah hidup itu sendiri, tidak akan bermakna tanpa kehadiran kalian berdua. Hidup ibu akan sentiasa bersama anak-anak ibu, no matter how big you get.” Vanidah Imran
Ads
Siapa bilang anak seni tak mementingkan pelajaran? Kini bekas pelajar Convent Bukit Nanas itu membuktikan tanggapan negatif masyarakat silap.
Selepas melalui pelbagai halangan, kejayaan Vee menggenggam Master pastinya menjadi kenangan termanis buat pelakon, model dan pengacara terkenal itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor pada 5 hingga 13 Mac melibatkan lebih 7,000 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2021.
Selain itu beliau juga membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk terus belajar ke peringkat tertinggi. Vee kini berusia 49 tahun tapi masih yakin akan kemampuan dirinya menambah ilmu pengetahuan.
Bercakap tentang rancangan masa depan, Vee yang kini masih aktif berlakon merancang untuk meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi sekaligus memberi manfaat kepada orang lain. Syabas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik tanggapan segelintir pihak Dato’ Pandelela Rinong sudah di penghujung kariernya dalam sukan terjun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik ini pamer watak berbeza dengan kembali mengharumkan nama negara di persada dunia!
3 Oktober lalu pastinya menjadi momen terindah buat atlet kelahiran Sarawak ini apabila dia berjaya menambah koleksi pingat acara individu sekaligus menghadiahkan dua pingat gangsa dalam Sukan Asia ke-19 yang berlangsung di Huangzhou, China.
Salah satu kejayaan dan pencapaian termanis buat Dato’ Pandelela apabila dia akhirnya merangkul kembali pingat acara individu setelah 13 tahun ‘dahagakan’ koleksi itu. Hasil
ketenangan dan komitmen yang ditonjolkan, atlet berusia 30 tahun ini meraih pingat gangsa pada final 10 meter platform wanita.
Pada saingan final itu, dia yang membuat penampilan keempatnya di Sukan Asia menerima tentangan sengit penerjun Jepun Matsuri Arai untuk posisi ketiga, selepas dua wakil China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi jauh meninggalkan mereka di kedudukan dua teratas.
Ketenangan ditunjukkan Pandelela pada dua terjunan terakhir membantunya mengesahkan gangsa selepas mengumpul keseluruhan 280.50 mata di belakang Quan yang merangkul emas (438.20 mata) dan Chen membawa pulang perak (435.65 mata).
Pencapaian itu menyaksikan beliau mengulangi kejayaan merangkul gangsa dalam acara sama pada penampilan pertamanya di Guangzhou, China pada 2010.
Pada usia 30 tahun, ramai beranggapan Dato’ Pandelela Rinong sudah di penghujung kariernya dalam sukan terjun. Namun bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia dari Sarawak itu, bagaimanapun berjaya mengubah persepsi itu.
Dato’ Pandelela tidak beraksi di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang akibat kecederaan, pun begitu dia kembali bersemangat tahun ini dan berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara final 10 meter platform seirama wanita bersama pasangannya, Nur Dhabitah Sabri.
Atas sambutan luar biasa koleksi tudung bawal bertatahkan mutiara, kali ini Che Ta berjaya ‘restock’ berkotak-kotak tudung viral tersebut demi memenuhi permintaan pelanggan!
Laris dijual pada hujung Januari lepas, tak sampai tiga bulan tudung harga berpatutan milik pelakon dan usahawan cantik ini ‘mendarat’ di pasaran.
Stok yang tiba dalam bulan Ramadan ini pastinya sesuai dimiliki pembeli untuk digayakan ketika Aidilfitri nanti. Bijak strategi pemasaran ibu tiga anak ini!
Berkongsi khabar gembira itu, Che Ta memuat naik video menunjukkan dirinya berada di sebuah gudang yang penuh dan dikelilingi dengan kotak-kotak tudung berkenaan.
“Sampai dah, sampai dah! Tudung Bawal Che Ta bertatahkan mutiara 20 warna. Pilih ambil! Nak beli dekat mana? Dari stokis-stokis kami di seluruh Malaysia.”
Tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi ini bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan yang kini berusia 50 tahun semakin rancak mendalami dunia perniagaan. Bersandarkan popularitinya, tidak hairanlah apa saja produk yang dijual pasti ‘laku keras’ dan jadi rebutan pembeli khususnya peminat setia.
Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin yang turut mendapat sambutan hangat di pasaran.
Bila sebut saja nama Zara Zya pasti sudah terbayangkan wajah manisnya menghiasi drama Love You Mr Arrogant. Berbekalkan bakat semula jadi dalam lakonan pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini terus diterima peminat drama tempatan.
Bukan sahaja cantik malah Zara Zya terkenal dengan kebolehan memasak dan pernah memiliki sebuah restoran, Zarazyacooks. Walaupun begitu restoran ini terpaksa ditutup atas sebab yang tersendiri. Atas kebolehan memasak juga Zara Zya pernah menjadi TV Host rancangan masakan. Suka tengok program kendalian wanita ini yang nampak bersahaja ‘bermain’ kuali dan senduk.
Penampilan Zara Zya semakin anggun selepas mengambil keputusan untuk berhijab tahun lalu. Apa yang pasti jiwa murni yang dimiliki wanita kecil-molek ini telah mencetus inspirasi. Zara Zya begitu aktif dan optimis melakukan kerja-kerja kebajikan.
Sebelum ini Zara Zya telah melancarkan Projek Zara Prihatin #zaraprihatin untuk membalas balik jasa Frontliners. Kini Zara Zya terpanggil untuk menyuntik keceriaan kepada penghantar makanan atau rider dengan merancang untuk menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan.
Mahu berkongsi nikmat melakukan kebajikan dengan orang lain, Zara Zya telah menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan untuk merealisasikan niat berkenaan.
“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil. Saya rasa lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama-sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” kata Zara Zya.
“Sebagai permulaan, Zara Zya akan meletakkan pek sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam. “Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan makanan di setiap stesen minyak. Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya sambil membuka peluang memberi sumbangan di Instagram @malaysia.prihatin.
Beruntung para rider apabila dapat menikmati sendiri masakan daripada air tangan Zara Zya. “Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran. Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...