Ads
Home Berita Gila SELFIE & Tonjolkan Diri Di Media Sosial, Hati-Hati Jangan Sampai Jadi...

Gila SELFIE & Tonjolkan Diri Di Media Sosial, Hati-Hati Jangan Sampai Jadi NARSIS!

Ads

Istilah narsis atau narsisme amat popular di kalangan anak muda yang didefinisikan sebagai gangguan keperibadian narsistik. Contoh paling mudah ialah ketaksuban individu atau hobi untuk ber’selfie’ di media sosial. Gangguan ini boleh didiagnosis oleh doktor atau pakar kesihatan mental. Umumnya, individu yang narsis suka membangga diri secara berlebihan, angkuh, suka memanipulasi serta menuntut sesuatu.

Ads

Golongan ini juga obses dengan diri sendiri serta terlalu yakin bahawa mereka berhak mendapat layanan istimewa dan terbaik daripada orang sekelilingnya. Jadi, bagaimana nak kenal ciri-ciri seseorang yang narsis? Berikut dikongsikan ciri-ciri umumnya.

Gila SELFIE & Tonjolkan Diri Di Media Sosial, Hati-Hati Jangan Sampai Jadi NARSIS!

Ads
  1. Terlalu melebih-lebihkan bakat dan pencapaian diri sendiri.
  2. Sentiasa dahagakan perhatian dan pujian daripada orang lain.
  3. Sukar menjalin dan menjaga hubungan yang sihat. Selalunya seorang yang narsis bersikap dominan dan suka mengatur atau mengarah.
  4. Sering berada di alam fantasi berhubung kesempurnaan fizikal, kejayaan mahupun sebagai pasangan paling bahagia serta sempurna.
  5. Cemburu terhadap orang lain yang lebih berjaya berbanding dirinya serta merasakan orang lain juga cemburu dengannya.
  6. Suka mempergunakan orang lain demi kepentingan dirinya atau mendapatkan apa yang diinginkan tanpa rasa bersalah.
  7. Kurangnya sikap empati iaitu tidak pernah mengendahkan perasaan orang lain.
  8. Tidak boleh menerima kritikan, sebaliknya dia akan membalas dengan kemarahan atau meremehkan nasihat orang lain.
  9. Sentiasa mengharapkan orang lain bersetuju dengan dirinya.
  10. Mudah murung dan tertekan jika merasakan dirinya kurang sempurna atau orang lain lebih daripadanya.
  11. Tidak sabar dan mudah marah jika tidak mendapat layanan istimewa.
  12. Apabila bercakap, jelas terpancar sikapnya yang angkuh dan sombong.
  13. Sentiasa memastikan apa yang dilakukan adalah yang ‘terbaik’ sambil memperlekehkan kemampuan orang lain.
  14. Tak mahu kalah dengan orang lain.
  15. Mahu sentiasa dianggap sebagai seorang yang sangat hebat walaupun pencapaiannya tak seberapa.

Gila SELFIE & Tonjolkan Diri Di Media Sosial, Hati-Hati Jangan Sampai Jadi NARSIS!

Ads

Maka, berwaspadalah dengan ‘sindrom’ media sosial kerana jika anda menyalahgunakan manfaatnya ia akan menjuruskan diri anda menjadi seorang yang narsis. Sebaiknya kongsikan sisi inspirasi anda yang dapat memberi manfaat buat netizen.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI