Tidak hanya membina pengaruh menerusi karya-karyanya yang diterima ramai, penyanyi Ernie Zakri terus mencipta sensasi selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
Meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terbaharu itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri menganggap ia sebagai pencapaian manis dalam kerjaya seninya.
“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.
”Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,”
ujarnya.Dalam masa sama, penyanyi Gundah itu turut menyifatkan 2023 sebagai tahun yang banyak memberikan kenangan manis buatnya secara peribadi, selain pelbagai perancangan yang sedang disusun rapi.
Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ernie. Semoga terus sukses!
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri
Sumber: Sinarplus
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.