• Setelah menerima sambutan hangat, cincin Ami daripada Siti Adira Suhaimi kini kolaborasi sekali lagi bersama Mira Gold dengan memperkenalkan ‘Cincin Siti Adira’. Cincin ini mempunyai rekaan yang lebih eksklusif, disertakan dengan sijil khas dan hanya 1,000 unit yang dikeluarkan.

Walaupun baru dilancarkan pada petang tadi, hampir 400 unit cincin dengan rekaan ‘Six Loop’ dan ‘Eight Loop’ telah terjual.

Ads

Gimik Dato Red ‘Meminang’ Menjadi, Buat Kemunculan Sarung Cincin Di Jari Manis Adira

Menurut pengasasnya, Nor Dhamirah binti Daling, 33 tahun, ini merupakan projek kedua bersama Adira. Bekerjasama dan menjadi rakan kongsi dengan selebriti tersebut sangat mudah bagi beliau dalam membincangkan rekaan eksklusif demi memenuhi keinginan para wanita, seiring dengan tagline mereka.

“Adira adalah seorang yang mempunyai aura positif. Cara dia bercakap dan melayan orang lain sangat menyenangkan. Bincang tentang perniagaan pun menjadi sangat lancar, jadi kami terbuka untuk terus mengadakan kolaborasi bersama,” ujarnya.

Gimik Dato Red ‘Meminang’ Menjadi, Buat Kemunculan Sarung Cincin Di Jari Manis Adira

“Kadang-kadang kami terpaksa berjumpa hingga 1-2 pagi untuk membincangkan cincin khas ini, kerana kami ingin menyampaikan betapa istimewanya rekaan Siti Adira kali ini.”

Bagi Adira, walaupun sentiasa sibuk sebagai seorang selebriti, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi pengasas emas hasil kolaborasi bersama Mira Gold. Katanya semasa majlis pelancaran.

“Kami sering berbincang tentang rekaan ini sehingga larut malam kerana kami ingin memastikan hasilnya cantik. Kadang-kadang sampai ke subuh,” jelasnya.

Ads

Dalam pada itu, Datuk Red juga muncul untuk melakukan gimik pelancaran dengan memberikan cincin kepada Adira sebagai kejutan bersama anak-anaknya di pentas utama. Dhamira menjelaskan bahawa gimik ini bukanlah mengambil kesempatan atas isu yang berlaku terhadap Adira, tetapi sekadar mencantikan perjalanan majlis pelancaran.

Gimik Dato Red ‘Meminang’ Menjadi, Buat Kemunculan Sarung Cincin Di Jari Manis Adira

Gimik Dato Red ‘Meminang’ Menjadi, Buat Kemunculan Sarung Cincin Di Jari Manis Adira

Ads

“Kami bukan mengambil kontroversi, tetapi bagi saya, tidak salah untuk meraikan kedatangan Datuk Red. Kami sudah bersama Adira, jadi apa salahnya kami bersama keluarganya juga bersama Mira Gold.”

Adira turut berterima kasih kepada bekas suaminya yang sudi melakukan gimik tersebut demi menjayakan majlis pelancaran ini. “Gimik ini untuk mencantikan perjalanan Siti Adira Collection dan Mira Gold. Kami pun pujuk dia bukan main lama, tetapi kami tidak mendesak. Alhamdulillah, Tuhan mempermudahkan dan melembutkan hatinya untuk menyertai gimik ini.”

Gimik Dato Red ‘Meminang’ Menjadi, Buat Kemunculan Sarung Cincin Di Jari Manis Adira

Untuk rekod, kedai Mira Gold mula beroperasi pada 2018 dan kini mempunyai dua cawangan di Pasir Gudang, Johor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Mira Gold juga menawarkan pembelian barang perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI