Jadi tak keruan bila lalu di kaunter kosmetik. Lebih-lebih lagi di bahagian gincu bibir. Kalau ikutkan hati, semua warna hendak ada dalam koleksi peribadi. Disebabkan sudah rambang mata, ramai di antara wanita yang membeli gincu bibir lebih daripada apa yang diperlukan. Itu belum lagi yang tersalah beli sebab warna yang tidak sesuai dengan tona kulit. Sudahnya, hanya guna beberapa kali saja. Membazir betul!
Untuk mengelakkan anda daripada ulangi kesilapan sama, praktikkan tip ini setiap kali berkunjung ke kaunter kosmetik pusat membeli-belah.
Warna yang terkuat kerana bertekstur matte. Ia mengandungi banyak pigmen. Tidak berkilat dan kurang berkesan memantulkan cahaya. Sapuan gingu matte bertahan lebih lama berbanding sapuan gincu tekstur berkilat. Tidak menyerlah apabila disapu tebal atau berkedut kerana ia tidak mengandungi formulasi pelembab berbanding gincu berkilat. Dapatkan pelbagai jenis warna gincu matte di NITA Cosmetics dengan harga yang berpatutan di sini.
Gincu jenis ini biasanya pilihan di antara matte dan berkilat. Tektur krim mengandungi lebih lilin (wax)
berbanding matte. Gincu jenis krim juga lebih melindungi bibir berbanding jenis lain. Bagaimanapun, penggunaannya penyebab bibir lebih kering.Juga dikenali sebagai mutiara (pearly) atau frost, gincu berkilau diperkaya formulasi partikel pantulan cahaya mica, silica, mutiara sintetik atau mungkin sisik ikan. Hari ini, gincu berkilat sering disapu untuk menyerlahkan bibir dengan rona warna lebih ringan ketika menghadiri majlis istimewa.
Masalah dengan semua gincu adalah kerana perlu disapu berulang kali kerana mudah pudar. Gincu jenis tahan lama merupakan pilihan terbaik jika malas untuk bersolek lagi. Adakalanya gincu kategori ini teksturnya sangat kering. Formulasinya berasaskan daripada dua kandungan iaitu bahan asas yang mengandungi minyak silikon untuk mengekalkan warna.
Apabila gincu mulai kering, sapuan berkilat yang tidak berwarna akan mengekalkan kilatan. Sapuan berkilat boleh disapu berulang namun warna asas kekal selagi tidak memadamkannya kecuali menggunakan penanggal solekan.
This website uses cookies.