Godaan Gula Memang Masalah Klasik. Jumpa Pula ‘The Most Wanted Tart’ Ini. Serius Mesti Cuba

Orang Malaysia memang senang sekali makanan manis. Tambah pula pada musim perayaan ini, hidang saja manisan lazat pasti habis.

Sebenarnya tak susah pun nak ‘Wow-kan!’ tetamu yang datang beraya di rumah anda. Trik paling penting, kenalah sediakan juadah yang sedap-sedap dan berbeza daripada menu biasa.

Kali ini Nona hendak kongsikan juadah manisan yang patut disajikan pada sanak-saudara dan kenalan. Ini bukan biskut raya biasa yang menggunakan ramuan mentega dan acuan yang pelbagai itu ya! Kami gelarkan sajian pencuci mulut ini sebagai ‘The Most Wanted Tart’. Makan sekali pasti mahu nikmatinya berkali-kali. Selamat mencuba.  

KEY LIME PIE

Bahan-bahan pie shell:

  • 150 gram biskut digestive
  • 40 gram mentega (dicairkan)
  • 20 gram gula

Bahan-bahan filling:

  • 1 tin @ 400 gram susu pekat manis
  • 100 ml jus limau nipis
  • 1 sudu teh kulit limau nipis (diparut)
  • 4 biji kuning telur

Bahan-bahan topping:

  • 1 cawan krim putar
  • Parutan kulit limau nipis

Cara membuat:

Untuk membuat pie shell, kisar biskut digestive sehingga halus. Tambah gula dan gaul bersama mentega sehingga sebati. Tekap ke dalam tin pembakar pai bersaiz 8 inci. Bakar selama 7 minit pada suhu 180 darjah Celsius. Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk sepenuhnya. Sementara itu, sediakan filling dengan putar kuning telur selama 2 minit. Tambah susu pekat dan putar selama 2 minit lagi. Kemudian, masukkan jus limau nipis dan gaul sebati. Putar lagi selama 2 minit sehingga semua bahan bercampur dengan baik. Tapis adunan melalui penapis halus untuk menyingkirkan buih kecil. Tambah parutan limau. Tuang ke dalam pie shell yang sudah sejuk tadi dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit. Setelah masak, sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan bersama krim putar.  

BERRY TART

Bahan-bahan tart shell:

  • 250 gram mentega
  • 120 gram gula aising
  • 2 biji telur
  • 480 gram tepung gandum

Bahan-bahan krim pastri:

  • 4 biji kuning telur
  • ¼ tepung jagung
  • ½ cawan gula kastor
  • 2 cawan susu
  • Ekstrak vanila
  • 1 cawan krim putar

Cara membuat:

Untuk menyediakan tart shell, ayak gula aising terlebih dahulu. Pukul gula aising dan mentega. Jangan pukul terlalu lama. Masukkan telur dan adun sebati. Juga, jangan terlalu lama. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung. Bakar selama 17 minit pada suhu 170 darjah Celsius atau sehingga masak. Sementara itu, panaskan susu di dalam periuk dengan api kecil. Masukkan tepung jagung, gula dan kuning telur dalam satu mangkuk. Kacau sebati. Setelah susu berbuih, masukkan separuh susu ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau sebentar untuk melarutkan gula, kemudian tuang semula ke dalam periuk susu tadi. Gaul menggunakan whisker

 atau senduk kayu sehingga adunan likat. Adunan sudah masak jika ia mengeluarkan letupan angin. Tutup api dan masukkan ekstrak vanila. Biarkan sejuk. Akhir sekali, pukul krim putar dan gaulkan ke dalam adunan kastard yang sudah sejuk. Paipkan ke dalam tart shell dan hias bersama pilihan buah beri anda.

Resipi: Terima kasih Nurul Izni, Chirpy Cake (www.chirpy-cake.blogspot.com)

Share
Published by
Zully