Godaan Masakan Oriental & Melayu Yang Tak Mampu Anda Tolak!

Dunia kulinari memang luas untuk diterokai. Di Malaysia saja ada pelbagai jenis masakan terdiri dari cita rasa India, Melayu dan Cina. Itu belum lagi ambil kira sajian dari Borneo yang pasti lebih unik dan menyelerakan.

Jom, asah bakat memasak hari ini dengan penyediaan hidangan berasaskan Oriental dan Melayu yang dikongsikan berikut. Selamat mencuba!

SOTONG MASAK KAM HEONG

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong
  • 40 gram udang kering
  • 1 batang serai
  • 80 gram halia
  • 4 tangkai cili padi
  • 30 gram daun kari
  • 150 gram bawang merah
  • 6 gram tepung jagung
  • 10 ml minyak masak
  • 10 ml air
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 ½ sudu makan serbuk kari German
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan sos soya
  • 6 gram serbuk stok ayam
  • 1 gram kicap pekat
  • 1 sudu makan gula

Cara membuat:

Masak sotong dalam air panas seketika dan ketepikan. Panaskan minyak dan kemudian masukkan udang, daun kari, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi. Tumis bahan-bahan ini selama dua minit. Seterusnya, bubuh bahan perasa (sos tiram, serbuk kari German, serbuk kari, sos soya, serbuk stok ayam dan kicap pekat) dan tuang air secukupnya. Masukkan pula sotong dan tepung jagung. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa sebelum dihidangkan.

GULAI DARAT UDANG DENGAN PISANG MUDA

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang muda (dihiris nipis & direndam air garam)
  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan santan
  • 1 kg udang besar (dibuang kulit)
  • 4 sudu minyak
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 cm halia
  • 2 tangkai daun kari

Cara membuat:

Buang kulit luar pisang dan belah dua. Rendam dalam air garam supaya pisang tidak lebam. Kemudian, jerang air dalam periuk dan masukkan pisang bersama rempah kari. Kacau rata. Tutup periuk dan masak hingga pisang lembut. Tambahkan air jika perlu. Seterusnya, masukkan udang dan tuang santan. Tambah serbuk lada sulah dan garam. Kacau sekali-sekala hingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis (bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari) hingga kekuningan dan terbit bau. Tuang bahan yang siap digoreng tadi ke dalam gulai dan kacau rata. Siap untuk dihidang.

Resipi: TERIMA KASIH CEF SHAARI ISMAIL DAN CEF CHEW KENG CHAI, SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR

Share
Published by
Suzi